Sunday 23 October 2016

Peserta KERIS 2314 Dedahkan Tidak Sokong Najib?


Nampaknya kursus yang dianjurkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sudah tidak selamat lagi. Seakan badi, kalau dahulunya ketika Muhyiddin Yassin menjawat jawatan tersebut, berlaku insiden di mana intipati kursus menjadi kacau bilau kerana ada pihak merakam video dan menyebarkannya untuk pengetahuan umum demi kepentingan perjuangan kumpulan berhaluan kiri di dalam UMNO. Kini kumpulan tersebut sudah dipecat dan menubuhkan parti politik mereka sendiri.

Kini hampir sama dengan waktu insiden tersebut. Giliran Zahid Hamidi pula. Apakah pertemuan alumni kumpulan yang menggelarkan diri mereka Keris 2314 ini pertemuan sulit untuk menyertai kumpulan Anti Najib? Zahid Hamidi perlu jelaskan penjelasan peserta yang bernama Zaharin Mat Yasin yang juga menurut sumbe baharu saja menerima gelaran Datuk di Istana Pahang.

Beliau turut menggelarkan penyokong Najib sebagai anjing. Adakah ini juga intipati pertemuan kumpulan Keris ini memandangkan pengakuan beliau bahawa semua peserta bersetuju dengan beliau apabila beliau "membutuhkan" Najib? Ucapan tahniah dari peserta kumpulan Keris kerana wakil mereka iaitu Zaharin Berjaya membutuhkan Najib?

Menariknya apa maksud beliau apabila statusnya jelas menyatakan bahawa Ketua Bahagiannya seperi menyokong apa sahaja yang beliau lakukan.

UMNO Malaysia, are you OK?



1 comment: