Belum cukup sebulan dari jawatan yang disandang dengan jalan mudah, di atas desakan yang kuat dari team J13 PKR pro Wan Azizah, akhirnya Ratu Naga tidak lagi menjadi ketua pasukan elit siber PKR.
Menurut sumber rapat pakatan harapan, Ratu Naga gagal di dalam isu menyerang Jamal Yunos dan gagal menaikkan imej Bersih5. Banyak dana yang dikeluarkan untuk bersih5 tetapi Ratu Naga gagal mengeluarkan artikel yang boleh memberi impak yang besar. Hanya mencedok dari Malaysiakini dan tidak berada di lokasi yang sepatutnya. Turut gagal menempatkan anggota pasukan elit siber PKR seperti yang dijanjikan pada hari tersebut. Kesannya, hanya cerita dan gambar Tun Dr Mahatir sahaja yang mendapat liputan meluas sedangkan cerita kehadiran pemimpin PKR tidak wujud langsung.
Sumber rapat pakatan harapan juga mendedahkan bahawa Ratu Naga bukannya seorang penulis dan blog beliau tidak tersenarai langsung di Alexa Ranking. Nama blog beliau juga tidak pernah muncul di mana saluran berita internet. Beliau hanya seorang pelayar facebook, tidak lebih dari itu.
Imej Ratu Naga juga turut tercalar sejak beliau terlibat dari skandal penipuan tandatangan deklarasi rakyat idea Dr Mahathir. Terdedah salah laku penipuan wang upah. YB Zuraidah seperti orang kena guna-guna apabila membuat majlis besar-besaran menyambut Ratu Naga menyerahkan borang keahlian PKR. Acara yang tidak pernah berlaku pada mana-mana individu pemain internet dan YB Zuraidah lakukannya dengan perbelanjaan yang besar. Untuk siapa? Untuk Apa?
Elaun RM8ribu sebulan berbaloi? - pertanyaan dari kem pasukan siber elit Wan Azizah.
No comments:
Post a Comment