Tuesday 29 November 2016

Man Badak Cabar Datuk Seri 'Sulu' Zainal Dan Abang Kucing Bertumbuk Di Depan Rumah

Tidak sampai seminggu nampaknya cabaran kumpulan Datuk Seri Zainal Abidin mencabar Datuk Seri Jamal Yunos bertumbuk telah disambut oleh penyokong tegar Jamal yang hanya ingin dikenali sebagai Man Badak.

Menurut Man Badak, beliau mengenali Zainal sejak sekian lama. Zainal pernah mengaku beliau adalah Presiden Karyawan Malaysia dan semua yang terlibat di dalam industri hiburan Malaysia kenal sangat dengan "Datuk Seri" ini. Siasatan telah dibuat dan mendapati beliau tidak pernah menerima gelaran Datuk Seri tersebut dari mana-mana istana di negara ini. Menurut sumber, Zainal menerima gelaran ini dari 'Kerajaan Sulu' - Zainal perlu tampil menjawap isu berhubung dengan anugerah Datuk Seri ini.

Zainal seorang pembohong besar. Dahulunya dana yang beliau perolehi dari UMNO atau mana-mana agensi kerajaan untuk membuat program atas nama kelab yang beliau sertai dikatakan tidak pernah beliau nyatakan bahawa itu sumbangan dari UMNO atau Kerajaan Pusat. Beliau cuba tonjolkan bahawa itu 'dari beliau sendiri'?.

Zainal juga turut mengaku beliaulah yang memujuk Wanita UMNO Kedah supaya terima Mukhriz sebagai Menteri Besar dan mengaku beliau amat rapat dengan Sultan Johor sehinggakan boleh berhubung bila-bila masa melalui aplikasi WhatsApp.

Zainal juga mengaku beliau begitu rapat dan bertanggungjawab memenangkan Aziz Sheikh Fadhil di kerusi parlimen Kulim. Kata Man Badak lagi.

Saya yakin bahawa Zainal yang terkenal dengan kaki auta, kaki cucuk dan kaki ampu yang berada di belakang 'abang kucing' dan mahukan ini berlaku - Man Badak.

Saya cabar secara rasmi:-

Lokasi - Hadapan rumah Zainal di Mutiara Damansara
Tarikh - Bila-bila masa yang Zainal rasakan beliau bersedia
Masa - Bila-bila masa yang Zainal suka
Syarat - Tiada syarat dan tidak terikat dengan undang-undang kerana sukarela.

Samada saya menang atau kalah di dalam acara tersebut, saya akan teruskan juga cabaran ini terhadap insan yang menggelarkan dirinya abang kucing. Terma yang sama.

No comments:

Post a Comment