Monday 27 April 2015

Skandal Perwaja Steel, Eric Chia Dipaksa Mahathir?

Semasa zaman pemerintahan Mahathir, ketirisan dari segi kewangan berjumlah RM 320 billion telah dapat dikenal pasti. Ironinya, Mahathir “berani” mempertikaikan IMDB yang telah disahkan bersih dari sebarang salahlaku.
Penyata kewangan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah disahkan bersih dan menepati standard laporan kewangan antarabangsa oleh firma audit terbesar dunia, Deloitte.
Berbalik kepada kisah Tun Mahathir lagi.
Mungkin terlalu lama Tun dah memimpin Malaysia, jadi mungkin Tun lupa isu-isu yang pernah berbangkit.
Jadi, apa kata kita imbas kembali ketirisan yang berlaku ketika zaman Tun dahulu?
Ia berhubung salah satu projek mega negara yang telah dirancangkan dan dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir sendiri.
Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau nama asalnya, Perwaja Trengganu Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 1982 dan penubuhannya adalah untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’.
Pengeluar besi waja yang berpangkalan di Terengganu itu dikatakan menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion.
Malah, ia pernah dinyatakan sebagai kos siasatan kes penyelewengan yang paling tinggi dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Dan ia menyaksikan Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam syarikat itu yang melibatkan kerugian RM2.9 bilion.
Itu pun ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri.
Paling menarik, kes berprofil tinggi itu berakhir selepas tiga tahun perbicaraan berlangsung dengan Chia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen setelah pasukan pendakwaan didapati gagal membuktikan kes.
Chia juga pernah memberi kenyataan bahawa beliau menerima tugas di Perwaja kerana bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang menggesanya supaya menerima tawaran tersebut pada tahun 1988.
Kes akhirnya terkubur selepas kematian Chia pada 2008.
Selepas tergempar penyelewengan itu, terbuka lagi penyelewengan baru berhubung isu skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ) yang melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, dari RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion.
Dan individu dan tokoh pemimpin lain yang boleh dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah Tun Mahathir supaya skandal PKFZ Malaysia ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Malah, bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik pernah melemparkan tanggungjawab atas kos dan penilaian tanah daripada PKFZ itu kepada Tun Mahathir kerana kos dan penilaian daripada tanah itu ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu, Tun Mahathir.
Itulah orang kata, jangan buka aib orang kalau takut pekung sendiri terbuka.
Manakala isu 1MDB pula amat jelas dan nyata bersih dari semua penyelewengan. Deloitte dan KPMG iaitu sebuah lagi firma audit terkemuka telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan kewangan 1MDB bertepatan dengan standard laporan kewangan Malaysia serta standard laporan kewa­ngan antarabangsa selain menepati syarat-syarat Akta Syarikat 1965. Beliau berkata, komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan urus niaga 1MDB telah ditunjukkan apabila Ketua Audit Negara diminta mengesahkan akaun syarikat itu selain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan penilaian terhadapnya.
Oleh itu kita mempertikaikan tindakan Mahathir yang begitu rakus dan ghairah memfitnah Datuk Seri Najib dalam isu 1MDB ini. Kami menggesa PM kita mengambil tindakan tegas dengan menyaman Mahathir yang dilihat menghasut  rakyat dengan mengadakan “Road Tour” ke seluruh negara. Rakyat keliru, Mahathir ini ular ke manusia? Walau apa pun dan siapa pun Mahathir, kami tidak mahu bertolak ansur lagi dengan segala kerenah beliau yang merosakkan negara ini.
- See more at: http://www.pru14.tv/2015/04/27/mahathir-wajib-jawab-isu-ketirisan-rm320-bilion-part-iii/#sthash.vympJgKs.dpuf
Ketika zaman pemerintahan Mahathir, ketirisan dari segi kewangan berjumlah RM 320 billion telah dapat dikenal pasti.

Ironinya, Mahathir “berani” mempertikaikan IMDB yang telah disahkan bersih dari sebarang salahlaku.

Penyata kewangan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah disahkan bersih dan menepati standard laporan kewangan antarabangsa oleh firma audit terbesar dunia, Deloitte.

Mungkin terlalu lama Mahathir memimpin Malaysia, jadi mungkin beliau lupa isu-isu yang pernah berbangkit.

Apakah ini bukan ketirisan?

Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau nama asalnya, Perwaja Trengganu Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 1982 dan penubuhannya adalah untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’.

Pengeluar besi waja yang berpangkalan di Terengganu itu dikatakan menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion.

Malah, ia pernah dinyatakan sebagai kos siasatan kes penyelewengan yang paling tinggi dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ia menyaksikan Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam syarikat itu yang melibatkan kerugian RM2.9 bilion.

Itu pun ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri.

Paling menarik, kes berprofil tinggi itu berakhir selepas tiga tahun perbicaraan berlangsung dengan Chia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen setelah pasukan pendakwaan didapati gagal membuktikan kes.

Chia juga pernah memberi kenyataan bahawa beliau menerima tugas di Perwaja kerana bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang menggesanya supaya menerima tawaran tersebut pada tahun 1988.

Kes akhirnya terkubur selepas kematian Chia pada 2008.

Selepas tergempar penyelewengan itu, terbuka lagi penyelewengan baru berhubung isu skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ) yang melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, dari RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion.

Dan individu dan tokoh pemimpin lain yang boleh dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah Tun Mahathir supaya skandal PKFZ Malaysia ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Malah, bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik pernah melemparkan tanggungjawab atas kos dan penilaian tanah daripada PKFZ itu kepada Mahathir kerana kos dan penilaian daripada tanah itu ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu, Tun Mahathir.

Isu 1MDB pula amat jelas dan nyata bersih dari semua penyelewengan.


Deloitte dan KPMG iaitu sebuah lagi firma audit terkemuka telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan kewangan 1MDB bertepatan dengan standard laporan kewangan Malaysia serta standard laporan kewa­ngan antarabangsa selain menepati syarat-syarat Akta Syarikat 1965.

Beliau berkata, komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan urus niaga 1MDB telah ditunjukkan apabila Ketua Audit Negara diminta mengesahkan akaun syarikat itu selain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan penilaian terhadapnya.

Oleh itu kita mempertikaikan tindakan Mahathir yang begitu rakus dan ghairah memfitnah Datuk Seri Najib dalam isu 1MDB ini.


Kami menggesa PM kita mengambil tindakan tegas dengan menyaman Mahathir yang dilihat menghasut rakyat dengan mengadakan “Road Tour” ke seluruh negara. Rakyat keliru, Mahathir ini ular ke manusia? Walau apa pun dan siapa pun Mahathir, kami tidak mahu bertolak ansur lagi dengan segala kerenah beliau yang merosakkan negara ini.

2 comments:

  1. Sekarang dia dah jadi PM balik, janji gst takde harga barang turun, tapi 1 sen pun harga barang tak turun, harga minyak kononnya akan turun 1.50 sen seliter, tapi harga tetap 2.20 sen seliter, berdalih pulak tu, penyangak tua yang pandai bermuka², berlagak suci konon dia manusia mulia tak buat dosa.

    ReplyDelete
  2. Sekarang dia dah jadi PM balik, janji gst takde harga barang turun, tapi 1 sen pun harga barang tak turun, harga minyak kononnya akan turun 1.50 sen seliter, tapi harga tetap 2.20 sen seliter, berdalih pulak tu, penyangak tua yang pandai bermuka², berlagak suci konon dia manusia mulia tak buat dosa.

    ReplyDelete