Adakah Tun Dr Mahathir sedang mengalami Alzheimer yang merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif?
Mungkin boleh di katakan Tun masih lagi di peringkat awalan untuk terkena penyakit itu.
Penyakit Alzheimer adalah satu keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya dan paling serius ianya boleh mengakibatkan pesakitnya tidak mampu mengurus diri sendiri tetapi Tun masih boleh bergaya kesana kemari walaupun di temani oleh body guard dan pegawai pengiringnya.
Mengapa di syaki bahawa Tun sedang dalam proses mengidapi penyakit Alzheimer ini?
Selain dari faktor umur kerana Alzheimer kebiasaannya menyerang orang yang sudah lanjut usia dan ciri ciri itu ada pada Tun yang kini sudah menjangkau ke usia 90 tahun dan ciri ciri yang jelas ialah Tun kini mudah lupa.
Oleh kerana lemahnya daya ingatan, maka Tun sering membuat teguran tetapi terlupa membuktikan rujukkan mana yang beliau ambil dan dari sumber mana maklumat yang diambil. Sehingga ada ketikanya beliau berkata 'Saya dengar orang kata, maka saya sampaikan' tanpa terlebih dahulu menyiasat duduk sebenar perkara tersebut.
Malah ada perkara yang di bangkitkan oleh pembangkang kini di sampaikan oleh Tun dan Tun sudah menjadi penyampai suara pembangkang.
Setelah gagal didalam serangan beliau terhadap Dato' Seri Najib melalui tulisan blognya, beliau mula menyerang keluarga Dato Seri Najib termasuk isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur. Banyak perkara yang tidak benar Tun sampaikan terutama kononnya Datin Seri Rosmah berbelanja boros, bila di tanya dari mana sumber atau bukti Tun sekadar menjawab 'Orang habaq kat saya'.
Penyokong taksub Tun juga sudah seperti tidak boleh berfikir dengan waras, kemungkinan juga sedang mengalamai proses menghidapi penyakit Alzheimer, apa sahaja yang keluar dari mulut Tun di lihat seperti mendengar wahyu dari langit.
Dengarnya kini Tun di bantu oleh beberapa NGO yang kononnya prihatin terhadap keadaan hari ini. Membuat gerakkan untuk mengatur gerak dan pertemuan untuk Tun menyampaikan apa yang beliau ingin sampaikan, sama seperti ketika gerakan menjatuhkan kepimpinan Tun Abdullah Badawi di sekitar tahun 2008.
Walaupun NGO ini bergabung dengan beberapa NGO lainnya, malah ada NGO ini dikatakan mempunyai ahli teramai dan di serata Malaysia tetapi melihat pada kehadiran di Dewan K Club tempoh hari tidaklah boleh di banggakan, begitu juga dengan kelab penyokong Tun yang kononnya mendapat sokongan beratus ribu pengiat media sosial.
Jika NGO ini hebat didalam persidangan dan perancangan tetapi gagal menghadirkan puluhan ribu pada pertemuan dengan Tun Dr Mahathir pada majlis tersebut amat memalukan Tun sendiri yang bertaraf Negarawan.
Lebih memalukan isu yang di perkatakan didalam pertemuan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanya berkisar 'Depa habaq kat saya'.
Artikel: alang saberi
Berapa Rosmah bayo ko wat blog jilat bontot nie?
ReplyDelete