Thursday, 16 April 2015

Memali, Benarkah Tun M Terlibat? Bhg.1

Beberapa persoalan yang telah sekian lama ditanya oleh warga Memali dan sehingga kini tiada jawapan yang tepat diberikan.
 

Peristiwa berdarah tersebut terlalu melukakan hati penduduk Memali kerana menurut sumber, kejadian yang berlaku bukan seperti yang dikhabarkan di dalam berita bercetak ataupun berita di kaca TV. 

Ketika peristiwa berdarah tersebut tiada internet seperti hari ini. Tetapi ada bukti kukuh kerana 'saksi utama' dikatakan tiba lebih awal dari 3 batalion yang dikerahkan ke sana seawal subuh.

'Saksi utama' tersebut adalah jurukamera RTM dan juga krew RTM yang datang bersama beliau, mungkin seorang wartawan juga turut serta untuk menggarap cerita yang sehingga kini masih kabur dan tidak boleh diterima oleh penduduk Memali, terutama keluarga mangsa yang ditembak mati. 15 orang kesemuanya.

Sehingga kini, cerita sebenar hanya lahir dari lensa rakaman krew yang bertugas dan tayangan yang dipaparkan hanyalah bahan yang sudah diubah suai/edit, tetapi tidak pernah ada wawancara khas untuk menemubual beliau dan juga wartawan yang ada bersamanya (kiranya wartawan itu ada bersama). Bukti sudah dimusnahkan?

Portal dan blog pro parti Pas juga tidak menceritakan cerita sebenar apa yang berlaku pada 19 Nov 1985. Tulisan portal dan blog pro parti Pas hanya menjurus ke arah 'Pertempuran UMNO-BN dan Pas' dan cuba menokok tambah supaya dijadikan bahan politik kebencian sesama manusia.

Seharusnya peristiwa berdarah ini dilihat lebih jauh dari pertembungan antara dua parti politik kerana ada kisah seperti yang cuba disembunyikan punca sebenarnya. 

Seharusnya semua yang perihatin ingin melihat kebenaran memberi fokus tentang 'Apa punca sebenarnya'

Tanyalah Tun M kerana beliau masih hidup dan tidak boleh diterima alasan bahawa ketika itu beliau berada di luar negara. Beliau sebagai Perdana Menteri yang agak goyang kedudukannya ketika itu dan seharusnya beliau menjawab :

Kenapa dari Operasi Komunis menjadi operasi memerangi kumpulan pelampau? Siapa yang membuat laporan bahawa Memali adalah kem komunis?
Soalan lain di bahagian kedua.




No comments:

Post a Comment