Thursday 16 April 2015

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding Dolar


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini ketika data ekonomi AS yang lemah mempengaruhi sentimen belian pelabur. 

Pada 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 3,6790/6820 berbanding dolar AS pada penutup semalam iaitu 3,7045/7075. Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur. 

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2,7145/7169 daripada 2,7211/7253 semalam dan mengukuh berbanding yen kepada 3,0911/0939 daripada 3,0987/0015 semalam . 

Ringgit bagaimanapun merosot berbanding pound British kepada 5,4674/4733 daripada 5,4489 /4552 semalam dan susut berbanding euro kepada 3,9443/9482 daripada 3,9205/9251 semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment