Tuesday 29 November 2016

Ratu Naga Dipecat Dari Pasukan Elit Siber PKR

Belum cukup sebulan dari jawatan yang disandang dengan jalan mudah, di atas desakan yang kuat dari team J13 PKR pro Wan Azizah, akhirnya Ratu Naga tidak lagi menjadi ketua pasukan elit siber PKR.

Menurut sumber rapat pakatan harapan, Ratu Naga gagal di dalam isu menyerang Jamal Yunos dan gagal menaikkan imej Bersih5. Banyak dana yang dikeluarkan untuk bersih5 tetapi Ratu Naga gagal mengeluarkan artikel yang boleh memberi impak yang besar. Hanya mencedok dari Malaysiakini dan tidak berada di lokasi yang sepatutnya. Turut gagal menempatkan anggota pasukan elit siber PKR seperti yang dijanjikan pada hari tersebut. Kesannya, hanya cerita dan gambar Tun Dr Mahatir sahaja yang mendapat liputan meluas sedangkan cerita kehadiran pemimpin PKR tidak wujud langsung.

Sumber rapat pakatan harapan juga mendedahkan bahawa Ratu Naga bukannya seorang penulis dan blog beliau tidak tersenarai langsung di Alexa Ranking. Nama blog beliau juga tidak pernah muncul di mana saluran berita internet. Beliau hanya seorang pelayar facebook, tidak lebih dari itu.

Imej Ratu Naga juga turut tercalar sejak beliau terlibat dari skandal penipuan tandatangan deklarasi rakyat idea Dr Mahathir. Terdedah salah laku penipuan wang upah. YB Zuraidah seperti orang kena guna-guna apabila membuat majlis besar-besaran menyambut Ratu Naga menyerahkan borang keahlian PKR. Acara yang tidak pernah berlaku pada mana-mana individu pemain internet dan YB Zuraidah lakukannya dengan perbelanjaan yang besar. Untuk siapa? Untuk Apa?

Elaun RM8ribu sebulan berbaloi? - pertanyaan dari kem pasukan siber elit Wan Azizah.

Man Badak Cabar Datuk Seri 'Sulu' Zainal Dan Abang Kucing Bertumbuk Di Depan Rumah

Tidak sampai seminggu nampaknya cabaran kumpulan Datuk Seri Zainal Abidin mencabar Datuk Seri Jamal Yunos bertumbuk telah disambut oleh penyokong tegar Jamal yang hanya ingin dikenali sebagai Man Badak.

Menurut Man Badak, beliau mengenali Zainal sejak sekian lama. Zainal pernah mengaku beliau adalah Presiden Karyawan Malaysia dan semua yang terlibat di dalam industri hiburan Malaysia kenal sangat dengan "Datuk Seri" ini. Siasatan telah dibuat dan mendapati beliau tidak pernah menerima gelaran Datuk Seri tersebut dari mana-mana istana di negara ini. Menurut sumber, Zainal menerima gelaran ini dari 'Kerajaan Sulu' - Zainal perlu tampil menjawap isu berhubung dengan anugerah Datuk Seri ini.

Zainal seorang pembohong besar. Dahulunya dana yang beliau perolehi dari UMNO atau mana-mana agensi kerajaan untuk membuat program atas nama kelab yang beliau sertai dikatakan tidak pernah beliau nyatakan bahawa itu sumbangan dari UMNO atau Kerajaan Pusat. Beliau cuba tonjolkan bahawa itu 'dari beliau sendiri'?.

Zainal juga turut mengaku beliaulah yang memujuk Wanita UMNO Kedah supaya terima Mukhriz sebagai Menteri Besar dan mengaku beliau amat rapat dengan Sultan Johor sehinggakan boleh berhubung bila-bila masa melalui aplikasi WhatsApp.

Zainal juga mengaku beliau begitu rapat dan bertanggungjawab memenangkan Aziz Sheikh Fadhil di kerusi parlimen Kulim. Kata Man Badak lagi.

Saya yakin bahawa Zainal yang terkenal dengan kaki auta, kaki cucuk dan kaki ampu yang berada di belakang 'abang kucing' dan mahukan ini berlaku - Man Badak.

Saya cabar secara rasmi:-

Lokasi - Hadapan rumah Zainal di Mutiara Damansara
Tarikh - Bila-bila masa yang Zainal rasakan beliau bersedia
Masa - Bila-bila masa yang Zainal suka
Syarat - Tiada syarat dan tidak terikat dengan undang-undang kerana sukarela.

Samada saya menang atau kalah di dalam acara tersebut, saya akan teruskan juga cabaran ini terhadap insan yang menggelarkan dirinya abang kucing. Terma yang sama.

Sunday 20 November 2016

Kumpulan Baju Kuning Solat Salah Kiblat & Tidak Berwuduq?

Kedudukan masjid India hanya 3 minit sahaja masa berjalan kaki dari tempat kumpulan ini bersembahyang. Sumber untuk mengambil air sembahyang pula lebih jauh dari masjid India. Walaupun ada hotel berdekatan, Swis Hotel namun menurut pengurusan Hotel mereka tidak benarkan penggunaan tandas sebagai tempat mengamnil air wuduq.


Bagaimana mereka tetapkan arah kiblat kerana arah kiblat masjid India tidak sama dengan tempat kumpulan ini cuba menunjukkan kealiman mereka. Maka hanya sedikit sahaja yang turut bersolat dari jumlah 40 ribu peserta bersih 5 yang hadir.

Thursday 17 November 2016

Isteri Adam Rosly Hidup Seperti Permaisuri Raja

Menatang minyak yang penuh. Kecil tapak tangan, Istana Disney Ampang aku sediakan. Barangkali itu ungkapan Adam kepada isterinya Puteri Balqis yang dilumuri dengan kemewahan mengatasi isteri-isteri konglomerat atau korporat yang mengambil masa berpuluh tahun untuk membina empayar perniagaan dan mengecapi kemewahan. Tidak bagi Adam dan isterinya.

Kisah terhangat terkini, menurut sumber pakatan harapan, isterinya sibuk sakan bershopping di dalam dan luar negara hampir setiap bulan. Destinasi pilihan berbelanja mewah ialah di London dan Paris. Beg, pakaian dan kasut berjenama global menjadi kegemaran isteri beliau. Manakala shopping barang kemas pula hampir setiap minggu?

Benarkah soksek soksek ini? 

Hanya Adam dan isterinya sahaja yang tahu dan bila SPRM masuk menjenguk mereka berdua maka soksek ini bakal terjawab sempurna.

Ratu Naga Berbohong Hamil & Beranak - J13

Satu kumpulan netizen bernama singkatan J13 yang sudah lama bersama Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan terlalu kecewa dengan tindakan yang terbaharu oleh Zuraida. Mereka terdiri dari orang lama dalam perjuangan medan siber. Mereka seperti anjing kurap yang sudah dibuang. Seperti madu disedut licin dan sepah dibuang. Itulah kenyataan yang mereka terpaksa terima kini.

Bagaimana Zuraida begitu mudah melupakan jasa pengorbanan mereka selama ini. Menaikkan dan mematikan langkah musuh dari luar dan juga dalaman PKR.

Isu terbaharu mereka kerja round the clock adalah harta kekayaan Zuraida terbocor dan diketahui umum. Lantas kumpulan J13 mempertahankan Zuraida dengan mengeluarkan senarai hanya beberapa kenderaan yang tidak mewah dan sembunyikan aset kemewahan yang lain terutama harta kediaman yang bertaburan di Selangor, Pulau Pinang dan mungkin di Indonesia.

Taktik menggunakan tajuk kereta Zuraida atas nama orang lain juga digunakan oleh Adam Rosly semalam dan kumpulan ini dapat mengagak Ratu Naga meniru strategi mereka ketika mempertahankan kebocoran kemewahan Zuraida.

Pemaju dan kontraktor mana yang tidak kenal Zuraida. Wan Azizah pula mungkin dapat tempias beberapa buah kondominium dan rumah mewah di Selangor terutama di daerah Ampang.

Bagaimana Zuraida sanggup membayar Ratu Naga sebanyak RM8000 sebulan dan akan dilantik menjadi Ahli Majlis PBT sedangkan kami hanya RM2000 untuk dikongsi dengan 13 orang cybertrup. Keluhan J13 ini bagaimanapun tidak diendah oleh Zuraida.

J13 ada rahsia besar Ratu Naga tentang kesah hamil & Beranak.

Wednesday 16 November 2016

Adam Bayar Ratu Naga Untuk Bersihkan Reputasi?

Licik. Itulah Ratu Naga menurut sumber. Hari ini diberitakan wakil Ratu Naga bertemu dengan pegawai khas Adam semata-mata untuk selesaikan isu kekayaan luarbiasa yang dimiliki oleh Adam.

Pendedahan memiliki rumah mewah dengan harga jutaan ringgit dan beberapa kereta yang juga bernilai jutaan ringgit telah membawa reputasi Adam sebagai pegawai khas Zuraidah. Walaupun Zuraidah telah menafikannya namun menurut sumber pakatan harapan, jawatan Adam sebagai pegawai khas Zuraidah mengkhususkan tanggungjawab sebagai broker projek antara PBT dan kontraktor.

Bukan jawatan rasmi yang tercatat di dalam organisasi pentadbiran Zuraidah tetapi Pegawai Khas kerja-kerja yang sulit dan kerana itu maka Adam tiada di dalam carta pegawai politik Zuraidah.

Ratu Naga sedang menyusun untuk membalas serangan media pro BN. Adam dikatakan mengeluarkan arahan supaya mengeluarkan isu yang sama, mendedahkan rumah-rumah pemimpin BN kecuali Najib kerana rumah Adam lebih besar dari rumah Najib perdana menteri.

Sasaran Ratu Naga adalah rumah pemimpin pemuda BN yang asalnya zero.

Sumber mendedahkan Ratu Naga perolehi bayaran yang lumayan dan Adam tidak yakin pasukan siber PKR yang lain mampu menguruskan isu peribadi beliau.

Ratu Naga Bakal Dilantik Ahli Majlis PBT

Menurut sumber pakatan harapan, hasrat Ratu Naga musnah apabila isu kekayaan luarbiasa Adam Rosly mula terdedah. Keputusan beliau menyertai PKR bukanlah untuk perjuangkan kebebasan Anwar semata-mata tetapi untuk menjadi seperti Adam Rosly. Jutawan Muda rangkaian YB Zuraidah.

Pendakian beliau untuk menjadi Adam Rosly baru sahaja bermula. Lantikan sebagai Ketua Unit Media Sosial PKR di bawah YB Zuraidah adalah langkah kanan menuju cita-citanya. Namun hampa berikutan kekecohan isu skandal rasuah mega ini. Elaun bulanan, menurut sumber pakatan harapan, Ratu Naga dibayar RM8000 sebulan melalui proksi YB Zuraida?

Sumber dari pakatan harapan juga mendedahkan, Ratu Naga sedang melobi untuk menjadi Ahli Majlis di bawah naungan parlimen YB Zuraida dan perlantikan tersebut bakal berlaku setelah tamat tempoh kontrak penggal jawatan ahli-ahli majlis.

Walaupun mendapat tentangan tetapi siapa yang berani melawan YB Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR Malaysia? Pernah sekali kumpulan pro Azmin Ali cuba menyusun anggota Majlis PBT namun semuanya ditolak mentah-mentah oleh YB Zuraidah.


Tahun 2017, rakyat Selangor bakal menyaksikan muka-muka baharu Ahli Majlis PBT dan kesemuanya adalah dari kumpulan YB Zuraidah.



Hiasan

Tuesday 15 November 2016

Group Kami Guru Malaysia (KGM) Isytihar Perang Dengan Kerajaan Pusat?

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Facebook telah menjadi medium sosial kegilaan ramai sejak 5 tahun kebelakangan ini. Walaupun hebat menghadapi saingan dari medium sosial alternatif seperti Telegram, Whatsapp, Tweeter dan lain-lain, namun ia tetap menjadi pilihan orang lama dan baru untuk menjadi sebahagian daripada 'dunia baharu' ciptaan Mark Zuckerberg ini.

Pelbagai fungsi dan kelebihan yang disediakan oleh Facebook membolehkan pengguna mewujudkan platform seperti 'page', group dan terkini FB LIVE yang membolehkan para pengguna merakam serta memuat turun video secara langsung dari lokasi mereka berada.

Di Malaysia, pelbagai genre 'page' dan 'group' tumbuh bagai cendawan selepas hujan turun. Ada yang menetapkan hala sokongan politik tertentu, ada yang berkongsi hobi dan ada juga yang sekadar 'syok' sendiri. Ada juga dalam kalangan 'group' tertentu yang ditubuhkan mengikut pekerjaan majoriti ahli kumpulan dan juga kegemarannya.

Dalam kalangan penjawat awam juga aktif memainkan peranan mewujudkan 'group' yang murni pada awal tujuan penubuhan dan kemudian lama kelamaan bertukar menjadi sarang kumpulan anti kerajaan. Dengan penetapan 'admin' yang mempunyai kecenderungan politik tertentu mengambil kesempatan untuk menabur racun serta doktrin memburukkan kerajaan semasa yang memerintah kepada ahlinya.

Walaupun mereka menyedari ia sebenarnya menjadi kesalahan mengikut Buku Perintah Am kerana mengeluarkan kenyataan di media tanpa kebenaran ketua jabatan masing-masing kerana mereka beranggapan bahawa akaun FB mereka bersifat peribadi dan adalah menjadi hak mutlak mereka untuk menulis apa jua secara bebas.

Paling menarik perhatian ketika ini ialah pertembungan ego dan super ego serta bengong dan super bengong sebuah group penjawat awam dengan seorang doktor pakar. Isu ini dikatakan bermula apabila doktor pakar berkenaan yang sentiasa menulis mengenai isu dan pelbagai perkara berkaitan kerajaan menyentuh mengenai guru dalam tulisannya.

'Printscreen' status doktor pakar tersebut telah viral dan dilaporkan telah dipaparkan dalam sebuah group yang dikenali sebagai Group Kami Guru Malaysia (KGM) yang turut mempunyai sub-group kononnya khusus untuk memberikan guru yang ada meluahkan perasaan, geram dan marah kepada kerajaan.

Sumber memberitahu hampir tiada status menghentam keburukan pembangkang yang dinaikkan atau diluluskan admin group tersebut. Hanya isu atau status pro pembangkang sahaja yang dilepaskan serta sentiasa menjadi perhatian untuk diprovokasi oleh barisan admin yang majoritinya adalah guru yang masih berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelik tetapi ia benar berlaku. Alasan yang selalu diberikan ialah ia adalah hak bersuara dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Namun hujah tersebut biasanya tidak akan terpakai untuk setiap status yang cenderung kepada pro kerajaan.

Di antara pemimpin negara yang sering menjadi sasaran hentaman, hinaan, caci maki ahli group tersebut ialah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dan Dato Ahmad Maslan serta beberapa orang lagi pemimpin yang sentiasa akan menjadi bahan mainan mereka yang ada dalam sub-group berkenaan.

Menurut sumber, pihak KPM sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kewujudan group ini tetapi anehnya mereka tidak mengambil apa apa tindakan sekali pun terhadap mana mana admin atau ahli yang secara terang menjadi 'tali barut' kepada pembangkang dalam group ini.

Walaupun ada yang lebih berani mencabar pihak atasan di KPM namun sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada tindakan lanjut yang tegas diambil terhadap salah laku dan etika guru dalam group tersebut. Menteri pula sekadar memberi amaran lembut mungkin kerana risau guru guru membenci beliau dan ini akan mengancam populariti menteri yang dikatakan sedang menyasarkan kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan datang.

Lantaran itu mungkin telah memberikan satu ruang yang luas kepada guru dalam group itu untuk terus menunjukkan kepakaran mereka melaksanakan doktrin pembangkang dan tidak hairanlah kenapa prestasi keseluruhan akademik dalam peperiksaan utama menunjukkan data yang kurang memberangsangkan.

Apakah KPM masih mahu mengekalkan status quo mereka dengan hanya melaksanakan polisi memantau tanpa sebarang tindakan tegas kerana melanggar peraturan yang sedia digariskan dalam Buku Perintah Am yang sedang berkuatkuasa....?


Gambar: Kumpulan 'Admin' KGM yang hangat tersebar di laman media sosial. Kalau tidak benar maka Malaysia Respons mohon maaf. 

-Yadeqq Khalifah

Monday 14 November 2016

Pemilik Syarikat Kosmetik Terkenal Tempatan Sokong Mahathir Secara Terbuka

Mungkin keterujaan dan ketaksuban tanpa batasan maka pemilik syarikat kosmetik suam-suam kuku muncul di Konvensyen Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti DAP

Kemungkinan besar juga kerana baru ternampak ruang luas untuk "money make money" setelah gagal menyaingi pasaran kosmetik tempatan yang tumbuh melata bagaikan cendawan buntat selepas hujan.


Bila manusia mula berduit, perkara pertama terlintas di fikirannya, berlagak kaya dan mula mencari tapak baru untuk tambah kekayaan walaupun pada hakikat mereka sedang menurun tangga kejayaan. Politik boleh naikkan balik kekayaan. Itu pandangan songsang sesetengah ahli perniagaan yang kayanya suam kuku sahaja.

Keterujaan mengikut trend kononnya perlu benci Najib untuk popular seperti artis artis sebelum ini. Mungkin juga.


Gambar ini kami perolehi di laman sosial facebook, pemilik Kosmetik D' Wajah bersama suaminya dan ahli keluarga yang lain.

Sunday 13 November 2016

Video Jamal Ditumbuk Ratu Badak?

Pihak berwajib wajar bertindak tegas terhadap mana-mana himpunan atau demontrasi yang mengganggu gugat emosi rakyat negara ini. Sudah terang lagi bersuluh pihak penganjur demostrasi haram yang menggunakankan nama 'Bersih' mengaku ditaja oleh penyangak matawang dunia.

Soros ada kepentingan perniagaan. Soros buka menyalurkan dana tanpa ada terma yang memberi kelebihan kepadanya.

Jangan sampai tragedi 13 Mei berulang kembali. Suara minoriti yang berdegil mengancam keselamat negara.


Friday 11 November 2016

Pendedahan Blogger Zaharin Mohd Yasin: Ketua Pengarah Imigresen Ganggu Isteri Orang





Penulis blog kontroversi Zaharin Mohd Yasin atau juga dikenali sebagai Blogger Sang Kelembai hari ini memuat naik satu status di facebook milik peribadinya:

Pagi ini saya ditemui oleh suami sesaorang yang menceritakan akan kisah isteri dia yang bekerja di Jabatan Imigresen Malaysia di mana Ketua Pengarah (saperti photo in) mengganggu isterinya. Khabarnya si Mamat ini masa di SPRM juga ada cerita yang sama. Penyakit suka nak tunjuk handal bawa bini orang sampai ke katil ni, memang ada pada manusia. Saya tidak mengaibkan ya.. saya tidak melanggar seksyen 504. KK dan SKKM.. Saya ditemui oleh suaminya sendiri. Saya cuba menasihatkan suami atau isterinya buat aduan Polis. Soalnya adakah Polis akan bertindak dan bagaimana perlindungan saksi dan pengadu.



Ketua Pengarah Imigresen perlu jawab pertuduhan serius ini. Pendedaahan dari blogger kontroversi ini akan mencemarkan nama baik jabatan sekiranya tidak tampil menjawab isu tersebut.




Friday 4 November 2016

Pegawai Khas Media SKMM Biro Promosi Parti Bunga Raya?

Melihat kepada status akaun facebook milik peribadinya beliau mengaku bekerja di SKMM. Netizen mula beranggapan patutlah sukar SKMM untuk bertindak ke atas pemilik akaun facebook atau seumpanya yang jelas memfitnah dan sebagainya.

Pemilik facebook ini perlu tampil menjelaskannya dan pihak SKMM wajar siasat.