Sunday, 12 February 2017

Calon Parlimen Tun Razak: Datuk Zaharin Menipu Atau Ugut?


Bersatu difahamkan bakal mempertaruhkan bekas veteran UMNO yang kebelakangan ini lebih
menonjol sebagai pengkritik nombor satu Najib Razak di media sosial dan juga aktivis politik terkenal di kawasan itu, Datuk Zaharin Yassin sebagai calon parti tersebut dalam PRU14 yang akan datang. Menurut Zakaria Moeinuddin Moeinuddin.

Menarik tentang Zaharin, beliau dikatakan mendapat tawaran secara peribadi dari Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti tersebut – sesuatu yang amat jarang berlaku dalam politik negara ini melainkan individu tersebut benar-benar hebat.....??

headbomb.blogspot

Masa untuk "black mail" mana2 parti dah bermula oleh mereka2 yg berjuang untuk kepentingan diri sendiri, kalau betul atau tidak laporan ni, kita harap pemimpin Najib tak payah lah nak main sorong tarik orang2 mcm ni dengan hulur dedak, jgn buang masa, tolonglah buang terus......!!!


Sumber dalaman Yayasan Kepimpinan Perdana mengesahkan bahawa Bersatu telah hampir selesai dalam rundingan pembahagian kerusi dengan komponen Pakatan Harapan, PKR untuk persediaan menghadapi PRU14 yang dijangka dalam tempoh beberapa bulan sahaja dari sekarang.

Nak diikutkan, banyaklah kejutan yang boleh dilihat dari senarai yang dipamerkan itu tapi sudah tentu yang paling mencuri perhatian ialah kerusi Parlimen Bandar Tun Razak – kerusi parlimen PKR yang sekarang disandang Khalid Ibrahim atas tiket Bebas setelah dibuang dari PKR pada tahun 2014.

Bersatu difahamkan bakal mempertaruhkan bekas veteran UMNO yang kebelakangan ini lebih menonjol sebagai pengkritik nombor satu Najib Razak di media sosial dan juga aktivis politik terkenal di kawasan itu, Datuk Zaharin Yassin sebagai calon parti tersebut dalam PRU14 yang akan datang.

Menarik tentang Zaharin, beliau dikatakan mendapat tawaran secara peribadi dari Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti tersebut – sesuatu yang amat jarang berlaku dalam politik negara ini melainkan individu tersebut benar-benar hebat.

Zaharin yang berpengalaman luas dalam politik sehingga pernah diamanahkan untuk memegang pelbagai jawatan penting dalam UMNO dan BN di Bandar Tun Razak, adalah calon yang paling sesuai dan mampu mendatangkan kejutan kepada BN.

Antara lain, disebalik imej sebagai seorang ahli politik yang dianggap ‘biasa’, Zaharin sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri dalam penulisan politik, dibuktikan dengan kemampuan menarik lebih 40,000 pengikut di akaun Facebook miliknya. Pada zaman hari ini, penguasaan di media sosial seperti Facebook dan Twitter adalah keperluan yang wajib ada bagi setiap ahli politik selain pengalaman dan kelulusan.

Selanjutnya :



Wednesday, 28 December 2016

Setiausaha Agong PERKASA "Makan Keliling"?




Dulu orang tua cakap kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Sekarang anak muda zaman internet cakap kalau tiada bukti masakan ribut dalam grup WhatsApp. Mungkin Syed Hassan perlu perjelaskan mengenai paparan sistem pesanan ringkas (SMS) yang biasa kita terima apabila melakukan transaksi perbankan atas talian. Dan pesanan ini biasanya diterima oleh mereka yang membuat pembayaran dan bukannya yang menerima wang tersebut.

Menurut sumber lagi, kemungkinan besar ini berlaku kerana si pemberi duit sudah tidak tahan lagi dengan perangai Syed yang dikatakan suka meminta minta. Kerja malas tapi berlagak bagaikan orang kaya. Kalau setiap 'mangsa' kena bagi duit RM200-RM300 dan jumlah mangsa 100 orang sebulan. Anda boleh bayang berapa 'hasil tol' yang beliau kutip selama ini?

Tambah sumber, pendedahan ini berlaku mungkin kerana sudah mula berlaku pergeseran pendapat antara mereka berhubung isu-isu politik tanahair yang terkini. 

Syed Hassan mula menonjolkan diri sebagai panglima perang siber Mahathir nombor satu. Sepatutnya kedudukan beliau di NGO Perkasa perlu berhati-hati memuat naik status di facebook atau sebagainya terutama tentang isu-isu politik semasa kerana bakal mengundang persepsi negatif terhadap NGO yang diwakilinya.

Syed Hassan wajar perjelaskan sekiranya dakwaan tentang 'makan keliling' ini tidak benar dan Ibrahim Ali juga perlu membuat kenyataan rasmi bahawa status 'Setiausaha Agong Perkasa' sememangnya tidak bergaji atau sebaliknya.

Mahfuz guna istilah 'makan keliling' ini juga untuk membidas PAS.

Tuesday, 27 December 2016

Perlukah Isteri Wakil Rakyat Tunjuk Bermegah Mewah?




Samada Wakil Rakyat dari pihak kerajaan yang memerintah atau pun dari parti pembangkang, semuanya perlu peka dengan sensitiviti rakyat sekarang.

Di Selangor, pelbagai masalah rakyat masih dan belum dapat diselesaikan dengan sempurna. Wakil Rakyat Pakatan hidup mewah dan isteri mereka juga tumpang bermewah sakan.

Di Pulau Pinang, keluarga Ketua Menteri, Lim Guan Eng hidup senang lenang tidak seperti mana yang beliau selalu tohmah orang lain amalkan rasuah. Perlukah sambut harijadi ayah kepada Ketua Menteri secara bermewah?

Di Kelantan, rakyat semakin terhimpit tetapi pemimpin kerajaan PAS hidup mewah. Lihat sahaja kereta mewah mereka dan rata-rata wakil rakyat PAS ada lebih dari sebuah banglo mewah serta mempunyai kondo mewah di KL?

Wakil rakyat yang bertaraf menteri juga perlu jaga sensitiviti yang serupa. Benarkah ini gambar isteri Noh Omar sedang bercuti di Las Vegas?

Tidak salah bercuti ke langit sekali pun namun perlukah tunjukkan gaya hidup mewah?


Saturday, 17 December 2016

'Skandal Seks Anina' - Pemuda PPBM Bakal Buat Laporan MAIK Esok

Menurut sumber bilik gerakan strtegi siber pakatan harapan, satu laporan kepada pihak jabatan agama Islam Kedah bakal dibuat esok oleh anggota pemuda parti PPBM. Ini berikutan kes skandal seks yang didakwa melibatkan Ketua Serikandi PPBM Malaysia Anina Saaduddin dan pasangannya di sebuah hotel di Langkawi.

PPBM dilihat gagal menguruskan isu yang membabitkan imej parti yang baru setahun jagung. Walau ahli di dalam PPBM semuanya orang lama dan hampir 100% bekas ahli UMNO, tetapi gagal mengurus isu. Menurut sumber ini kerana selama mereka di dalam UMNO, mereka tidak peduli sedikit pun tentang hal sebegini.

Tun Dr Mahathir yang memegang kuasa lebih 20 tahun sebagai ketua UMNO Malaysia pun gagal dan dilihat seperti membiarkan sahaja Anina mengharunginya seorang diri. Tidak seperti mana ketika Rafidah Aziz diserang satu ketika dahulu di dalam UMNO.

Wakil pemuda PPBM ingin supaya skandal seks yang didakwa melibatkan ketua wanita mereka ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Jalan terbaik adalah melibatkan pihak jabatan Agama Islam Kedah kerana lokasi yang disebutkan adalah di sebuah hotel di Langkawi.

Friday, 9 December 2016

PWTC: Datuk Facebook Kena Pukul Kerana 'Anjing'



Zaharin Yasin sememangnya terkenal di kalangan pelayar faceebok sebagai individu yang sentiasa memuat naik status yang panas terutamanya apabila memaki hamun kerajaan termasuk memaki hamun Perdana Menteri.

Beliau turut terkenal menyerang 'lawannya' dengan pelbagai gelaran haiwan termasuk 'anjing'. Dan hari ini bagaikan buku bertemu ruas, menurut sumber beliau dipukul dengan tapak kasut di mukanya oleh salah seorang yang beliau gelarkan anjing di PWTC.

Menurut sumber yang lalu lalang di dalam PWTC, Zaharin yang memperolehi gelaran Datuk dari Sultan Pahang terus melarikan diri setelah dipukul dengan tapak kasut dan sempat memuat naik status facebook peribadinya seperti yang tertera.

Sebagai seorang Datuk bergelar, beliau sepatutnya menjaga airmuka istana. Tambahan pula beliau sudah mencapai umur lebih 65 tahun. Tidak manis seorang pemain tegar facebook yang mengaku pro BN menulis perkara yang tidak sepatutnya. 

Beliau juga terkenal dengan gelaran "Salam Balik Tiang". Penunggu tiang PWTC. Apa maksudnya gelaran yang diberikan kepadanya itu?

Thursday, 8 December 2016

Cucu Mahathir Sambut Krismas?


Cucu kepada negarawan Mahathir yang juga perdana menteri negara selama 22 tahun ini sememangnya terkenal dengan aksi-aksi yang seksi melalui akaun peribadi intagram miliknya. Beliau yang juga anak kepada bekas menteri besar Kedah yang dipecat kerana gagal menguruskan rakyat Kedah dengan baik. Ally, itulah nama akaun instagram anak Mukhriz yang juga cucu kesayangan Mahathir ini.

Hangat diperbahaskan mengenai tingkah beliau yang tidak manis dan ada yang mengatakan Ally mencabar akidah sebagai umat Islam. Cucu Mahathir ini juga dikatakan dengan teruja menyambut hari hantu atau halloween sebelum menjelang hari raya orang kristian, krismas.

Di dalam gambar yang beliau sendiri muat naikkan di laman internet miliknya, menurut sumber itu adalah sepupu beliau dan sekiranya benar maka individu seorang lagi itu juga cucu Mahathir. Seluruh rakyat Kedah dan warga Malaysia tahu bahawa hampir kesemua anak cucu Mahathir mendapat pendidikan di luar negara. 

Gaya hidup anak Mukhriz ini sudah menjadi bualan warga internet dan kebanyakannya meluahkan betapa bebasnya gaya hidup cucu mantan perdana menteri selama 22 tahun ini. Gambar di dalam akuan intagram miliknya sentiasa menunjukkan kemewahan yang beliau kecapi bersama adik beradik dan isteri Mukhriz juga.

Barangan berjenama, percutian mewah dan tempat makan yang mahal-mahal menjadi tayangan anak Mukhriz ini kepada rakyat Malaysia. 

Ally Mukhriz ingin perjelaskan sesuatu?

Anwar Bebas Bersidang Media: Ada Unsur 'Upah'?

Pihak penjara Sungai Buluh perlu dedahkan perkara sebenar apabila sudah mula membangkitkan persoalan demi persoalan berkaitan dengan ketelusan 'mengiring Anwar' dan juga beberapa tatacara banduan yang lain. Anwar dilihat begitu istimewa sehinggakan tidak ada satu pun gambar yang menunjukkan Anwar "patuh" kepada peraturan am penjara.

Dari gaya rambut, pakaian banduan, sel penjara dan kebebasan mengeluarkan kenyataan samada melalui peguam beliau, ahli keluarga atau ketika beliau berada di mahkamah. Pihak penjara Sungai Buluh perlu keluarkan kenyataan rasmi berhubung kekeliruan yang tertera di atas. Ini bagi memberi keadilan kepada banduan yang turut menjalani hukuman sebagai penjayah turut sama menikmati apa yang Anwar perolehi.

Sekiranya apa yang Anwar lakukan bercanggah dengan peraturan penjara maka Kerua Penjara Sungai Buluh perlu diambil tindakan termasuk memecat beliau. Sekiranya tidak bercanggah maka banduan lain yang melakukan jenayah setara dengan apa yang Anwar lakukan berhak mendapat keistimewaan tersebut juga.

Pihak penjara Sungai Buluh perlu dedahkan segera peraturan penjara untuk banduan yang melakukan jenayah berat seperti meliwat kerana peguam Anwar membuat kenyataan bahawa Anwar bebas membuat kenyataan akhbar dan penjara tidak boleh menahan hak tersebut.