Thursday 19 October 2017

Penceramah Tidak Bertauliah : JHEAT Tutup Mata?

Negara sebelum ini sudah pernah digemparkan dengan perlantikan seorang wanita sebagai Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT). Berita tersebut begitu sensasi sehinggakan menjadi headines dan tajuk utama beberapa akhbar tempatan. Perlantikan tersebut yang turut mengundang kontroversi membuatkan timbulnya persoalan dan pertikaian di beberapa buah blog mengenai wanita sebagai pemegang teraju dalam Hal Ehwal Islam.

Kontroversi yang melanda JHEAT dari dulu sehingga kini menjadikannya sebuah Jabatan yang bermisteri. Ada yang mengatakan perlantikan Samsiah Awang sebagai pengarah hanyalah untuk memangku dan bersifat sementara. Terdapat juga dakwaan sumber yang mengatakan kini sudah ada yang menggantikan beliau. Sejauh mana kesahihannya tidaklah dapat diketahui, malah lebih meragukan lagi apabila tiada carta organisasi di dalam laman web JHEAT yang memaparkan nama-nama pegawai di Pejabat Induk sebagai rujukan.

Jabatan misteri ini seperti sudah lali dengan isu-isu keagamaan yang berlaku di Terengganu. Lepas tangan atau tidak buat kerja? Bukan sahaja mengenai isu moral dimana anak-anak muda dibiarkan berpeleseran tanpa sebarang penguatkuasaan, aduan-aduan juga tidak diendahkan. Lihat sajalah pantai-pantai di sepanjang Terengganu sebagai ‘port’ aktiviti maksiat yang semakin berleluasa tanpa pemantauan.

Kelemahan jabatan ini diburukkan lagi apabila tidak lagi mengambil peduli akan pendakwah dan penceramah bebas yang tidak bertauliah memberikan tunjuk ajar kepada orang ramai. Siapa-siapa saja bisa menjadi ‘ustaz’ segera, siapa-siapa saja bisa menjadi ‘tok guru’. Maka tidak hairanlah jika Terengganu pernah menjadi satu tempat paling ulung di Malaysia dalam menyebarkan ajaran sesat. Contohnya kerajaan langit Ayah Pin di Besut.

Jabatan ini dilihat tidak serius dan tidak konsisten dalam menjalankan tugas apatah lagi untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka. Kemunculan penceramah dan pendakwah bebas yang menerapkan unsur-unsur politik dan kebencian terhadap pemerintah di rumah-rumah Allah dibiarkan begitu saja. Pendakwah-pendakwah ini dengan sesuka hati menggunakan dalil-dalil yang hanya diambil separuh-separuh dalam menghalalkan kerjasama dengan pihak tertentu yang berkepentingan.

Perkara-perkara seperti ini sepatutnya dipandang serius dan dititikberatkan oleh JHEAT sebelum merebaknya kepada ideologi yang lebih menyesatkan seperti mana yang sudah pernah berlaku. Adakah sikap lepas tangan JHEAT adalah kerana mereka menyokong tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini? Pengarah JHEAT yang masih misteri... SILA JAWAB!!!


Jangan ambil mudah dan salahkan orang lain.

No comments:

Post a Comment