Wednesday 26 April 2017

Rumah Pengerusi Parti Bunga Terengganu Di Lunaskan Oleh BN?

Dari Barisan Rakyat:

Seperti yang diketahui umum rata-rata pemimpin yang mengepalai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini asalnya adalah dari Parti Umno.

Tetapi adakah umum mengetahui kenapakah mereka ini sebenarnya berpaling dari perjuangan mereka yang dahulu?
Perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara…

Contoh yang paling mudah dan jelas di Terengganu...siapakah Datuk Razali Idris?

Kalau disebut Zali anak Derih Tekong siapa di Marang yang tidak mengenali beliau yang kini menjadi Ketua Bahagian PPBM Kuala Nerus.

Mengapakah beliau memilih Kuala Nerus dan bukan Marang?

Di sini dapat dilihat siapa diri beliau sebenarnya di Marang dan tiada sekelumit dirinya berjasa pada orang-orang Marang apatah lagi di Kuala Nerus.

Beliau yang telah ditolak oleh ahli UMNO Marang sejak 8 tahun lalu telah membuka laluan baru dengan PPBM yang kini sedang rancak mengungkit hal BN dan UMNO Terengganu.

Sedangkan rumah beliau sendiri BN yang bayarkan untuk pinjaman semasa menjadi calon BN di Rhu Rendang PRU ke 12 lalu.
Apa kata jika kita fokus pula pada pergolakan dalaman PPBM Terengganu.

Mengapakah begitu mudah Razali merampas gelaran Pengerusi Perhubungan PPBM Negeri Terengganu dari orang-orang yang lebih lama seperti Mastura?

Apakah kehebatan Razali yang kita ketahui adalah ‘orang Mukhriz’ di Terengganu dan sudah pasti Mukhriz mahukan wakil-wakilnya ada di setiap negeri.

Jadi apakah kekurangan Mastura sehingga orang yang mula-mula sekali dilantik untuk menggerakkan PPBM di Terengganu hanya dilantik sebagai Ketua Bahagian PPBM di Dungun?

Nampaknya permainan politik untuk menguntungkan kroni lebih diutamakan berbanding dengan perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia yang didendangkan oleh pihak PPBM.

Dengan meletakkan orang-orang yang dipercayai oleh Mukhriz di setiap negeri akan memudahkan kerja untuk merampas jawatan Presiden PPBM sedikit masa lagi.

Razali pula akan menyusun atur gerakan untuk menyokong Mukhriz Mahathir pada pemilihan Presiden yang akan datang dan mengenepikan Muhyidin Yassin yang kita semua tahu adalah ‘dummy’ pada jawatan Presiden PPBM sekarang. Begitu juga keadaannya di negeri-negeri lain.

Jadi sama-samalah kita fikirkan apa sebenarnya tujuan dan keutamaan parti baru PPBM ini muncul? Adakah untuk kepentingan rakyat atau untuk kepentingan mereka yang telah terbuang dari arus persada politik Malaysia?

Tuesday 25 April 2017

Pengerusi PPBM Terengganu Gaji RM20 Ribu Sebulan?


Ketua Bahagian PPBM Kuala Nerus hidup mewah diatas jasa-jasa pemerintahan BN di Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.

Beliau yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Marang pada satu ketika dahulu telah menjadikan jawatan itu sebagai batu lonjatan mengaut keuntungan peribadi dan bukan parti.

Menjaja nama KP UMNO Marang sehinggakan telah menjadi orang kuat kepada Mukhriz Mahathir di bumi Terengganu sehingga kini.

Menurut sumber semasa Mukhriz bertanding KP UMNO Pusat beliau salah seorang penggerak di pantai timur dan akhirnya beliau sanggup berhabis ratusan ribu ringgit kerana mengharapkan balasan jutaan ringgit dari Mukhriz dikenali sebagai anak-beranak terkaya di Malaysia.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengerusi sebuah anak syarikat kerajaan negeri dengan gaji RM 20,000.00 sebulan tetapi tidak pernah menjalankan amanah dengan baik serta membawa keuntungan kepada syarikat tersebut.

Sumber menyatakan beliau tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa diamanahkan untuk menjaga anak syarikat itu dan membuang masa dengan hobinya dengan sukan kereta lasak 4 X 4.

Menjadi amalan mana-mana syarikat yang dilantik ianya akan ditamatkan kontrak lebih awal atau sebaliknya jika ahli jemaah syarikat tidak bersetuju dan membuat keputusan ditambahkan pula jika ada perbuatan menyeleweng duit syarikat.

Disebabkan itu juga beliau telah ditamatkan kontrak lebih awal dari tarikh sebenar sejak 2015 yang lalu dan selepas itu bertindak keluar daripada UMNO kononnya merajuk dan menyertai PPBM.

Sehari dua ini tular berkaitan ketua bahagian PPBM dikenakan bayaran sebanyak RM 250,000.00 tetapi pengerusi perhubungan PPBM Terengganu yang di "hijack" oleh razali dari orang yang sepatutnya.

Rata-rata pemerhati senario politik Terengganu ini telah melihat akan kecelaruan PPBM Terengganu sehinggakan untuk menubuhkan jawatankuasa bahagian amat susah dan masih belum dipenuhi jawatankuasa mereka di sesetengah antara 8 bahagian yang ada.


sumber