Thursday 17 November 2016

Isteri Adam Rosly Hidup Seperti Permaisuri Raja

Menatang minyak yang penuh. Kecil tapak tangan, Istana Disney Ampang aku sediakan. Barangkali itu ungkapan Adam kepada isterinya Puteri Balqis yang dilumuri dengan kemewahan mengatasi isteri-isteri konglomerat atau korporat yang mengambil masa berpuluh tahun untuk membina empayar perniagaan dan mengecapi kemewahan. Tidak bagi Adam dan isterinya.

Kisah terhangat terkini, menurut sumber pakatan harapan, isterinya sibuk sakan bershopping di dalam dan luar negara hampir setiap bulan. Destinasi pilihan berbelanja mewah ialah di London dan Paris. Beg, pakaian dan kasut berjenama global menjadi kegemaran isteri beliau. Manakala shopping barang kemas pula hampir setiap minggu?

Benarkah soksek soksek ini? 

Hanya Adam dan isterinya sahaja yang tahu dan bila SPRM masuk menjenguk mereka berdua maka soksek ini bakal terjawab sempurna.

No comments:

Post a Comment