Sunday, 26 April 2015

Geng 5 Sekawan, Mereka Dapat Projek RM77 Juta Dari Kementerian Belia dan Sukan?

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan ada ahli beliau yang mengerakan usaha untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ada usaha pecahkan perpaduan antara pemimpin UMNO terutama antara saya dan presiden UMNO. Saya lihat ini usaha lagakan presiden parti dan Pemuda UMNO terutama saya sebagai ketua.

“Gerakan ini tidak wujud. Ia telah disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan (Tengku) Mansor,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara di Bukit Mertajam hari ini.

Namun penafian itu agak sukar untuk diterima begitu sahaja memandangkan usaha mereka berlima itu didakwa banyak pihak sebagai mendapat restu Khairy sendiri.

Jadi, kalau Khairy sendiri hendak nafikan, nampak pelik jugak la.

Mungkin beliau kena tampil dengan penafian yang lebih menyakinkan dari sekadar air liur semata-mata.

Lima sekawan yang didakwa mahu menjatuhkan Najib itu diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

Pendedahan mengenai isu telah dibuat secara eksklusif oleh portal MyKMU.net baru-baru ini.

Portal berkenaan memetik sumber yang memiliki kredibiliti yang tinggi dan boleh dipercayai sebelum mengupas isu berkenaan.

Wajah 5 sekawan yang dimaksudkan ialah;

mynewshub.cc

Khairul Azwan Harun

mynewshub.cc

Arman Azha Abu Hanifah aka Panglima Ludah

mynewshub.cc

Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi

Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman

Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman

Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz

Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz

Menurut sumber, ada kisah menarik tentang 5 sekawan ini, antaranya 'projek RM77juta' dan apakah portal Mykmu akan dedahkannya kuta sama-sama tunggu.

No comments:

Post a Comment