Pilihanraya Parlimen Rompin akan di adakan pada 5hb Mei 2015 dengan penamaan calon akan di adakan pada 22hb April ini dan pengundian awal akan di adakan pada 30hb April 2015. Parlimen ini kosong setelah penyandang sebelum ini, Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah terkorban dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4hb April yang lepas.
Ironinya, pilihanraya ini dikatakan bakal menjadi kayu pengukur penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak setelah beberapa siri serangan yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kredibiliti kepimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri.
Sesuatu yang agak di sesalkan apabila serangan dari Tun Dr Mahathir ini seolah-olah menyebabkan perpaduan di dalam UMNO itu sendiri terpecah kepada 2 kumpulan.
Jelas beberapa tindakan “sumbang” Tun M dalam mempertikaikan beberapa tindakan Perdana Menteri mampu merosakkan sebarang usaha untuk kempen pada 2 pilihanraya kecil yang bakal di adakan iaitu di Parlimen Permatang Pauh dan Rompin.
Pasti berberapa tindakan yang di lakukan oleh Tun M mampu mempengaruhi polar pengundian di 2 kawasan ini. Permatang Pauh jelas menjadi kubu kuat pembangkang terutama kawasan ini seolah olah menjadi tempat wajib menang bagi keluarga Anwar manakala Rompin merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional sejak sekian lama.
Jelas seolah-olah Tun M mahu melihat pengaruh beliau masih berbisa dalam memporak perandakan kempen UMNO dan Barisan Nasional di Rompin dan seolah-olah menterjemahkan keinginan beliau melihat kekalahan UMNO di kubu kuatnya sendiri. Sebagai ahli UMNO yang bijak, mereka pastinya tahu dan menghormati siapa Presiden
Apa yang di lakukan Tun M kini jelas tidak membantu pengukuhan parti samada dari pucuk pimpinan mahupun akar umbi. Di sinilah kebijaksanaan 3.6 juta ahli dalam menilai yang mana intan permata yang mana kaca. Di akui, Tun pernah menabur jasa selama 22 tahun di Malaysia kita amat terhutang budi terhadap jasanya.
Tetapi ini bukan tiket kepada Tun dan pengikutnya untuk merosakkan apa yang telah di lakukan oleh Presiden parti dan mengukuhkan dan menaikkan imej parti di kalangan ahli dan juga rakyat.
Selamat berjuang kepada jentera UMNO BN yang kekal setia dari dahulu hingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment