Siang tadi Tun Mahathir berucap di USM dalam program Mendepani Pemikiran Tun Mahathir di Dewan Tuanku Syed Putra. Program tersebut dihadiri oleh 3,000 orang pelajar.
Ada pihak sudah menjadikan angka kehadiran 3,000 itu sebagai satu tanda sokongan kuat terhadap Tun Mahathir yang ketika ini mengkritik kepimpinan Perdana Menteri secara terbuka. USM secara tidak langsung sudah menjadi tempat berkempen Tun M untuk meraih sokongan daripada rakyat.
Ada sumber menyatakan, beberapa orang pelajar sudah mula bersikap taksub dengan bekas Perdana Menteri itu. Mereka mulai bersikap kritikal dan mempercayai bulat bulat apa yang ditulis di blog Che Det.
Apa yang pasti, pihak pentadbiran tertinggi Universiti Sains Malaysia seolah olah tidak gentar dan berasa bersalah menjemput Tun Mahathir ke program terbabit. Apakah pihak USM berani berbuat demikian jika tidak mendapat restu daripada Kementerian Pendidikan?
Program tersebut boleh dibatal dan ditangguhkan sebanyak 3 kali sebelum ini kerana alasan kesihatan Tun Mahathir. Apakah program yang sama tidak boleh ditangguh lagi sekali?
Jika Muhyiddin menyokong penuh kepimpinan Najib Razak, mengapa beliau seolah olah benarkan program di USM itu diteruskan penganjurannya? Muhyiddin dan pihak kementerian boleh sahaja memberikan arahan agar program itu dibatal atas alasan tertentu, mengapa itu tidak dilakukan?
Ketika BN sedang hadapi dua pilihanraya kecil di Pulau Pinang dan Rompin, Tun M terus mengasak kepimpinan dengan isu isu yang nampaknya lebih bersifat peribadi berbanding hujah. USM tidak wajar menjadikan universiti sebagai gelanggang persepsi untuk Tun M melemparkan tuduhan tuduhan negatifnya terhadap kepimpinan negara.
Sebelum hadir ke USM, Tun M telah menjadikan German Malaysian Institute (GMI) sebagai tempat untuk beliau mengkritik kerajaan. Apakah kehadiran Tun M di institusi pengajian swasta itu juga telah mendapat restu dari Kementerian Pendidikan? Hasil kehadiran di GMI itu tersebar berita berita menghentam Najib Razak di Malaysiakini dan portal portal pembangkang.
Lebih buruk lagi, bila ada kempen kempen tidak sihat dibuat oleh media propaganda Tun M seperti Kelab Che Det yang terang terang menjadikan kehadiran Tun Mahathir ke USM itu sebagai subjek untuk mengkritik kepimpinan kerajaan.
Malah, KCD tanpa segan silu mempromosi jualan t shirt Tun M yang bertulis "Dare To Speak Out Dr M" kepada pelajar pelajar universiti di laman facebooknya.
Siapa yang harus dituding jari jika pelajar pelajar USM ini bersikap memberontak terhadap kepimpinan kerajaan suatu hari nanti? Pihak Kementerian, Naib Canselor atau MPP yang harus dipersalahkan? Seronoklah Guan Eng tersenyum melihat Kementerian Pendidikan memberi pisau kepada USM dan pelajar pelajar untuk menikam balik kerajaan dari belakang.
No comments:
Post a Comment