Tidak ramai yang sedar Tun M selalu menyerang kepimpinan Pak Lah dan Najib ketika musim mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian.
Sewaktu serangan ke atas Pak Lah dulu, Tun Mahathir bertanding merebut tempat perwakilan G7 UMNO Bahagian Kubang Pasu.
Dalam pemilihan tersebut, Tun M tumpas. Hanya dapat 227 undi dan berada di tempat ke -9. Anaknya Mukhriz menang dan berada di tempat ke-5.
Perwakilan UMNO Kubang Pasu memang terkesan dengan lirik lirik lagu Setia "kepada pemimpin kepada rakyat.. khidmat diberi penuh taat". Mereka lebih taat kepada Pak Lah pada masa itu berbanding Mahathir.
Mahathir kalah, Mukhriz menang. Ramai perwakilan yang kata "anak bunuh bapa" bila keputusan itu keluar. Kalau Mukhriz tidak masuk, tentu peluang Mahathir menang akan lebih besar.
Kini, Tun Mahathir menyerang lagi. Musim yang sama iaitu pada musim mesyuarat cawangan dan bahagian. Amat berbeza sekali, serangan dulu dan sekarang.
Dulu ada usul dan gelombang di peringkat cawangan. Kini tiada, majoriti ahli UMNO tidak bertepuk pun menyambut tamparan tamparan Mahathir itu.
Boleh dikira dengan jari individu yang membeli bila Mahathir menjual. Rata ratanya ada kes dan skandal. Orang orang itu yang memenuhi K Klub tempoh hari.
Siri perjumpaan yang dibuat Mahathir dulu secara jelas membuktikan Mahathir dalam masa yang sama bercakap untuk kepentingan anaknya. Dalam salah satu perjumpaan, Mahathir menyalahkan Pak Lah kerana tidak memberi peluang kepada anaknya bersaing dengan sama rata.
Bila Mahathir menyerang sekarang, ramai yang kata serangan itu sebenarnya seumpama "bapa membunuh anak". Serangan Mahathir membuatkan Mukhriz berada dalam keadaan ditelan mati bapak, diluah mati anak.
Kedudukan Mukhriz di Kedah yang baru sepenggal sudah tergugat. Pencapaian pun tidak seberapa. Lebih sibuk bermain badminton di Mentaloon dari melawat rakyat di kampung kampung. Hujung minggunya di Kuala Lumpur bukan berada dalam lumpur bersama rakyat.
Oleh kerana itulah, Muhkriz terpaksa mencari tapak baru di Jerlun bukannya di Kubang Pasu. Bertanding lawan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu pun kalah pada tahun 2004. Kalah dengan taukeh beras.
Bukan taukeh beras yang jadi faktor kekalahan Muhkriz tetapi orang Kubang Pasu sebenar sudah letih dan jemu dah melayan karenah Mahathir di Kubang Pasu. Anaknya pun ditolak di Kubang Pasu.
Itu bukti, orang Kubang Pasu sudah lama tolak Mahathir. Jika dilihat pembangunan di Kubang Pasu, Jitra dan Bukit Kayu Hitam ianya tidak mencerminkan kawasan itu pernah diwakili oleh Perdana Menteri yang 22 tahun memerintah.
Kalau diselak dan diteropong betul betul akan terjumpa rakyat yang masih susah dan miskin di kampung. Mereka ini tidak mendapat nikmat BR1M pada zaman Mahathir. Kepada yang baru memuja dan menyembah nama Mahathir kini, malulah sikit dengan orang Kubang Pasu.
Mereka sudah kenal Mahathir lama dah. Itu belum dicerita bab Perwaja lagi. Pernah dengar Mahathir jelaskan pada rakyat isu Perwaja? Tunggulah kisah seterusnya.
No comments:
Post a Comment