Sunday, 4 December 2016

Ratu Naga Tidak Dibenarkan Memasuki Persidangan DAP

Dari bilik sektariat pakatan harapan, Ratu Naga dihalang dari cuba memasuki dewan tempat berlangsungnya persidangan DAP bagi tahun 2016. Menurut sunber ini berikutan beliau tidak mempunyai 'pass media' yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sepertimana wakil media yang seperti kelazimannya. Pengeluaran 'pass media persidangan' hanya diberikan kepada mereka yang betul-betul bergelar wartawan, samada media cetak, media elektronik dan media sosial.

Ratu Naga gagal membuktikan beliau mewakili media mana. Gagal membuktikan beliau adalah penulis atau pemilik mana-mana laman sosial kecuali facebook. Sumber menjelaskan, persidangan DAP bukan tempat untuk pelayar facebook.

Ratu Naga juga gagal menunjukkan kad media yang membuktikan beliau wakil parti PKR kerana menurut krew pakatan harapan, Dr Wan Azizah ditemani oleh pegawai medianya sendiri.

Beliau cuba membuat kecoh dengan meninggikan suara namun beliau dihalau keluar dari bangunan tempat berlangsungnya persidangan.

No comments:

Post a Comment