Wednesday 26 October 2016

Pasukan Siber Pakatan Harapan Boikot Isu Selangor - Serahkan Kepada Ratu Naga


Semakin kusut pergaduhan antara kumpulan media social Pakatan Harapan berhubung isu perlantikan Ratu Naga sebagai ketua kumpulan siber berbayar penuh dengan kumpulan yang sekian lama setia bermula dari PKR ditubuhkan. Mereka mengeluh kerana selama penglibatan mereka di dalam pasukan media social PKR, mereka tidak mendapat liputan besar-besaran seperti yang diberikan oleh YB Zuraida.

Sumber Pakatan Harapan menjelaskan pasukan media social PKR bermula dengan sukarela dan hanya mendapat imbuhan apabila ada isu-isu panas berbangkit namun layanan kepada Ratu Naga adalah sebaliknya. Sumber menjelaskan kemungkinan Ratu Naga bakal menerima elaun sebanyak RM7k sebulan kerana kemahiran beliau di dalam strategi serangan siber. Pasukan sediada tidak mampu lakukan seperti kemampuan Ratu Naga.

Diberitakan hari ini Ratu Naga bakal menyusun jentera sukarelawan media social yang baru.

YB Zuraida sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

No comments:

Post a Comment