Monday 24 October 2016

Butohkan Najib - Bagaimana Zahid Hamidi Tutup Mulut Zaharin


Melihat kepada perkembangan terkini seorang yang mengaku penulis pojok siber Datuk Zaharin Mat Yasin ini, TPM Zahid Hamidi seperti sudah 'selesaikan' masalah beliau membutohkan Najib beberapa hari yang lalu. Begitu juga dengan Tengku Adnan.

Timbul pertanyaan mengenai status Zaharin ini. Adakah Zahid terpaksa tutup mulut Zaharin dengan 'dedak' sebagai jalan pintas untuk redakan suasana panas pertelagahan antara penggiat siber pro kerajaan?

Persoalan lain, apakah mampu Zaharin menulis atau menyerang pembangkang yang mana beliau tidak pernah lakukan selama ini?

Tambahan pula Zaharin pernah mengaku bahawa sudah bertahun tahun Tengku Adnan 'membiayai' periuk nasi beliau secara bulanan. Kini Zahid Hamidi berjanji "akan selesaikan masalah lain"? Apakah masalah tersebut?

Maksud apakah yang hendak Zaharin katakan - "Maka ayat mencarut yang ditujukan kepada YAB Dsri Najib Razak di tarik balik, kerana ayat telah membantu menyelesaikan perang ni, yang sekian hari tidak dipedulikan". Adakah bermaksud Najib tidak pedulikan beliau? Mencarut dapat selesaikan masalah apakah itu?

Murahnya maruah Najib apabila Zahid bertindak begitu, kalau betullah seperti yang Zaharin dakwa.

Hello Zahid, are you OK?

No comments:

Post a Comment