Friday, 2 September 2016

Mahathir, Perdana Menteri Paling Bersih Dalam Malaysia



Pakatan Harapan secara rasmi hari ini mengiktiraf Tun Dr. Mahathir Mohammd sebagai Perdana Menteri paling bersih dalam sejarah Malaysia – gelaran yang sebelum ini disandang oleh bapa Najib, Tun Abdul Razak selama lebih 40 tahun!!

Ini berikutan kajian yang dilakukan Merdeka Center baru-baru ini mendapati, semua kontroversi yang berlaku pada zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sama ada dibuat oleh orang lain atau tidak lebih dari permainan politik PAS semata-mata.

Dr. Mahathir sendiri, secara individu tidak pernah melakukan sebarang kesalahan seperti yang sering di dakwa, sebaliknya beliau diihat bertanggungjawab kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

ISA yang kita sangka Dr. Mahathir bertanggungjawab itupun, rupanya dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri sewaktu zamannya – tidak kiralah Megat Junid atau orang lain, yang penting Dr. Mahathir sendiri tidak terlibat dengan semua dokumen berkaitan dalam simpanan kerajaan sebagai buktinya.

Kenyataan ini juga disokong oleh hakikat bahawa sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir tidak pernah di dakwa di Mahkamah atas apa juga salah laku yang dikaitkan dengannya, tidak seperti Najib hari ini yang terlibat dengan kes saman sivil di Amerika Syarikat sebagai MO1 walaupun namanya tidak tercatat dalam dokumen saman tersebut.

Jika pun Dr. Mahathir ada melakukan kesalahan seperti mengurangkan kuasa Yang Dipertuan Agung, beliau dengan berjiwa besar telah memohon ampun dan maaf kepada baginda.

Maka itu tepatlah Dr. Mahathir tidak bersalah dan beliau layak digelar sebagai Perdana Menteri Malaysia paling bersih. Tahniah Tun!!

Anda setuju?


No comments:

Post a Comment