ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said 'ghaib' dari Sidang DUN Terengganu pagi Isnin selepas persidangan berhenti rehat jam 11.30 pagi.
Sehingga berita ini ditulis bekas Menteri Besar itu tidak masuk semula ke dewan persidangan selepas rehat.
Semua maklum hasrat Mat Said hendak 'goncang' kerajaan BN pimpinan Ahmad Razif Abdul Rahman. Tapi mungkin kerana sedar tidak cukup kekuatan maka beliau tersenyum-senyum beritahu wartawan seolah-olah beliau tidak tahu apa-apa mengenai usul undi tidak percaya.
"Saya seorang diri, dia kumpulan Ahmad Razif ramai, macam mana boleh lawan," kata Mat Said.
Bekas menteri besar itu tiba di Wisma Darul Iman pada kira-kira jam 9.30 pagi, dan bersalaman dengan pegawai kerajaan, pemerhati dan petugas media sebelum masuk ke dalam dewan.
Walaubagaimanapun Ahmad Said tidak memasuki persidangan yang sedang berlangsung, selain Haji Hadi dan Ahmad Said semua Adun yang lain hadir.
No comments:
Post a Comment