Tindakan Tan Sri Muhyiddin semalam bercakap di hadapan media tentang perkara perkara yang sudah dijawab dan diputuskan oleh MT
mengundang persepsi yang semakin tidak baik kepada UMNO dan BN.
Sebagai seorang Timbalan dan orang nombor dua, tidak patut Muhyiddin bercakap
begitu.
Nampak seperti tidak serik. Tan Sri Muhyiddin ulangi cakap benda sama di Janda Baik dalam kursus tertutup UMNO beberapa bulan lepas. Macam lah UMNO ini
tidak pernah bermesyuarat langsung mengenai isu negara dan 1MDB.
Muhyiddin seolah sengaja bercakap sekali lagi di bahagian yang ramai orang tahu sudah kalah iaitu Cheras. Bercakap pula di atas rostrum yang ditaja
Berjaya Times Square, tempat di mana beberapa hari lepas diadakan satu majlis hari jadi untuk Tun Mahathir.
Vincent taja mesyuarat UMNO Cheras?
Patutlah Tun M berani bergambar secara terbuka di depan wanita bertanduk syaitan, Alice In Wonderland dan Frozen.
Rupanya sudah ada penyelamat yang akan memadamkan dosa dosa Tun M itu di tempat yang sama juga.
Apakah ini secara kebetulan? Muhyiddin dijemput ke mesyuarat UMNO Cheras, bercakap hentam 1MDB dan kritik 1MDB secara terbuka dengan majlis hari jadi Tun
Mahathir serta tempat Vincent Tan iaitu Berjaya Times Square.
Cepat benar mesyuarat UMNO Cheras dirancang dan diadakan. Ada komplot berlaku di Berjaya Times Square?
Muhyiddin tidak patut cakap perkara yang sudah diputuskan dalam MT. Tangkapan demi tangkapan sudah pun dilakukan berkaitan dalang yang mahu jatuhkan negara
menerusi blackmail 1MDB.
Audit Negara dan PAC sudah pun dalam proses melakukan siasatan.
Laporan awal audit sudah pun nyatakan bahawa tiada perkara yang mencurigakan dalam 1MDB. Jadi apa lagi yang Tan Sri Muhyiddin cuba hendak pertikaikan?
Sebagai orang nombor dua, sewajarnya kalau tidak mahu kalah pilihan raya, Muhyiddin perlu membantu orang nombor satu untuk bersama sama menang pilihan raya.
Dato Sri Najib seorang yang baik pada kawan dan orang nombor duanya.
Tidak seperti Mahathir. Menangguhkan proses pemilihan UMNO sebenarnya telah menyelamatkan
Muhyiddin daripada dilawan dan dilanggar oleh lawan yang lebih kuat dan berpengaruh.
Patut orang nombor dua berterima kashlah kepada orang nombor satu.
Kalau Muhyiddin jadi orang nombor dua pada zaman Mahathir dan bercakap sedemikian secara terbuka dalam mesyuarat UMNO Bahagian, sudah pasti hayat Muhyiddin
sebagai Timbalan sudah lama habis.
Sama ada dipecat dan disingkir terus dari UMNO. Namun Dato Sri Najib tidak begitu, beliau seorang yang baik pada sahabatnya.
Sebenarnya Muhyiddin telah khinati kawan dan rakan rakan lain dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet Malaysia. Jika Kabinet Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional hari ini
mahu menang pada PRU14, rasanya Muhyiddin perlu digugurkan sebagai TPM.
Beliau sendiri tidak yakin untuk menang pilihan raya, bagaimana hendak berperang jika
orang nombor dua sendiri tidak yakin pada pasukannya untuk menang.
Majlis Tertinggi UMNO juga perlu buat keputusan segera.
Tidak boleh membiarkan orang nombor dua terus menerus bercakap atas kepuasan peribadi di hadapan orang UMNO
dan orang ramai. Yang akhirnya akan memberi imej negatif pada UMNO. Majlis Tertinggi UMNO perlu buat satu mesyuarat khas untuk putuskan kedudukan Muhyiddin sebagai
Timbalan Presiden UMNO.
Apakah semua ini berlaku kerana adanya Komplot Berjaya Times Square?
No comments:
Post a Comment