SURAT TERBUKA BUAT ZAIDI MUDA, PENGERUSI BELIA TERENGGANU
Assalamualaikum wbt. Salam perjuangan dan salam silaturrahim.
ANTARA TANGGUNGJAWAB & AGENDA PERIBADI
Selepas ditamatkan jawatan sebagai Pengerusi Kluster Belia, Saudara dilihat begitu kuat mahukan supaya MB Terengganu, Cikgu Razif ditukar. Bahkan kata-kata supaya MB Terengganu ditukar sudah menjadi seperti zikir harian Saudara samada melalui percakapan, media maya atau sebagainya.
Amat menghairankan apabila segala kata-kata dan tindakan Saudara ini berlaku HANYA selepas kontrak Saudara ditamatkan!
Sebagai Pengerusi Belia dan orang yang dilihat berilmu kami rasa tindakan Saudara itu amat tidak wajar dan mempunyai agenda peribadi. Tindakan yang amat memalukan bagi seorang pemimpin belia kerana sepanjang tugasan sebagai Pengerusi Kluster Belia apa yang telah Saudara lakukan untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan belia-belia? Apa yang belia boleh bangga dengan hasil atau buah fikiran daripada Saudara? Atau hanya Saudara yang sahaja yang seronok dan syok sendiri apabila mendapat elaun bulanan sebagai Pengerusi? Harus diingat bahawa Saudara adalah Pengerusi Belia Negeri bukan Pengerusi Belia Daerah Marang sahaja!
Semua orang (bukan sahaja orang-orang Marang) tahu dan faham bahawa Saudara bercita-cita untuk menjadi Yang Berhormat (YB) walaupun Saudara telah kalah sebanyak 2 kali sebagai calon pilihanraya. Ada impian dan cita-cita itu tak salah namun kami ingin memberi nasihat kepada Saudara ; Cermin-cermin dan muhasabah diri kenapa Saudara kalah dalam 2 kali pilihanraya? Apakah Saudara rasakan diri begitu hebat sehingga peluang ketiga harus lagi diberikan kepada Saudara?? Maaf cakaplah, ukur baju di badan sendiri.
Jangan bermegah dengan jawatan yang ada untuk menjadikan diri kononnya hebat kerana masih ramai lagi insan-insan yang hebat di Marang!
Nasihat kami para belia untuk Saudara, berhati-hatilah dalam setiap langkah dan kata-kata kerana niat yang ikhlas pasti akan menghasilkan sesuatu yang baik. Belajarlah untuk redha menerima ketentuan Ilahi. Tak perlu salahkan orang lain andai diri sendiri mempunyai kepentingan peribadi!
Wassalam.
Ikhlas,
Belia Harapan Jaya
Terengganu
2 Ramadhan 1437H
No comments:
Post a Comment