Pasukan media social Perak terkejut dengan berita ini, kami terlalu besar hati memohon pihak menteri besar perak memberi penjelasan. Kami hanya pasukan sukarela siber perak sahaja selama ini.
Diambil dari facebook Ab Jalil Backer -
Surat Terbuka Buat Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir:
"Kita Tidak Boleh Upah Penyangak Waktu Malam Untuk Menjadi Polis Di Siang Hari"
Assalamualaikum Datuk Seri.
1. Saya menulis surat terbuka ini bukan berniat untuk melukakan Datuk Seri mahupun menyerang kepimpinan YAB Menteri Besar Perak. Saya sangat hormati Datuk Seri yang akrab dengan seorang lagi sahabat saya, Dr Mohamad Khir Toyo.
2. Saya juga berterima kasih kepada Datuk Seri yang sudi melawat Dr Khir Toyo baru-baru ini. Saya juga berterima kasih dengan usaha beberapa pegawai Datuk Seri yang cuba menghubungi saya hari ini. Saya pohon maaf kerana tidak menjawab. Ini kerana ia bukan lagi hal peribadi saya dengan Salim Iskandar.
3. Saya menulis ini juga bukan kerana serangan-serangan peribadi ke atas saya oleh Editor Perak Today tetapi untuk menyampaikan ketidakpuasan hati ramai pengamal media sosial pro-UMNO. Kami melihat portal PerakToday dan Facebook PerakToday telah dijadikan alat oleh Salim Iskandar untuk menyiarkan serangan-serangan Tun Mahathir ke atas Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.
4. Sebagai portal yang mempunyai kaitan dengan negeri Perak dengan dana berbelas ribu ringgit sebulan (saya percaya lebih) , sudah tentu pegawai Datuk Seri ada tanggungjawab memastikan perjalanan portal tersebut seiring dengan kepentingan parti dan penduduk negeri perak.
5. Selain dari isu Perak Today yang dilihat pro-Tun Mahathir, ketua editornya juga telah melakukan serangan dan kritikan terhadap ramai penyokong Perdana Menteri kerana mengkritik Tun Mahathir. Kami belum jumpa pun naskah-naskah tulisan editor Perak Today yang mempertahankan Perdana Menteri secara bersungguh dan bersepadu, Maka ini menimbulkan tanda tanya di pihak mana Datuk Seri?
6. Lebih serius, Salim Iskandar juga telah menyerang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan pelbagai serangan bersifat maki hamun dan mencerca.
7. Tidak cukup itu, Salim Iskandar juga menyerang Setiausaha Akhbar Perdana Menteri kononnya mahu menjatuhkan Datuk Seri kerana tidak meluluskan permohonan tanah beliau. Apakah ini disuruh oleh Datuk Seri?
8. Saya bersangka baik dan percaya Datuk Seri tidak menyuruh beliau berbuat demikian. Malah saya percaya pegawai-pegawai Datuk Seri juga rasa serba salah untuk menegur kerana takut dimaki hamun oleh Salim Iskandar ini.
9. Memang benar Datuk Seri tidaklah boleh dipertanggungjawab semuanya atas apa yang ditulis oleh Salim Iskandar sekiranya beliau mengkritik mengenai polisi kerajaan atau keputusan kerajaan.
10. Namun apabila seorang penulis di bawah Datuk Seri menyerang dan memaki hamun DS Ahmad Zahid Hamidi, ini boleh menimbulkan tanggapan ia dibuat dengan restu Datuk Seri kerana kem berlainan di Perak.
11. Apabila SUA PM dituduh mahu menjatuhkan Datuk Seri kerana tidak dapat tanah sudah tentu ramai yang beranggapan idea ini datang dari orang sekeliling Datuk Seri.
Datuk Seri,
12. Kita tidak boleh membayar seorang penyangak waktu malam untuk menjadi Polis di siang hari.
13. Percayalah Datuk Seri, beliau mungkin akan menyerang dan memaki hamun Datuk Seri sekiranya perkhidmatan beliau ditamatkan. Namun sampai bila Datuk Seri terpaksa membayar kerana takut dimaki hamun oleh beliau?
14. Saya percaya ramai lagi pengamal media sosial pro-UMNO bersedia mempertahankan Datuk Seri secara percuma pun bila diperlukan. Selama ini pun apa yang Perak Today bantu Datuk Seri?
15. Jika Datuk Seri terus membenarkan orang seperti ini berleluasa menghina Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri, maka tentulah ramai melihat ini sebagai satu restu dari Datuk Seri yang juga diketahui rapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
16. In Sha Allah, jika suatu hari nanti Datuk Seri dimaki hamun oleh Salim Iskandar, saya akan mempertahankan Datuk Seri selagi setia kepada kepimpinan parti sedia ada,
17. Pisau dan mentimun di tangan Datuk Seri. Kami aktivis media sosial pro-UMNO dan pro-Najib Razak sudah bosan melihat orang yang mendapat imbuhan lumayan dengan Datuk Seri menjadi duri dalam daging kepada usaha mempertahankan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.
18. Bukan ingin menutup pintu rezeki bekas sahabat saya tersebut. Kasihanilah beliau, Berilah sedikit gaji bulanan untuk hidup. Cuma sudah tiba masanya Datuk Seri menjarakkan diri dari beliau.
19. Selagi beliau dibenarkan menggunakan Perak Today, selagi itulah Datuk Seri dianggap dalang di sebalik semua perbuatan Salim Iskandar. Sedangkan saya percaya beliau sebenarnya "bekerja" bagi kem Mahathir.
No comments:
Post a Comment