Monday, 18 May 2015

Tun M Perguna ‘Doa Siti Hasmah’ Untuk Menarik Simpati

Terpukul kewibawaan seorang Negarawan yang dihormati sekelian alam apabila cubaan memalukan Datuk Seri Najib gagal lagi. Isu pengumuman perletakan jawatan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia memakan diri Tun M sendiri.

Sebaik sahaja memijak bumi Malaysia, Tun M kelihatan tidak sabar untuk membawa perkhabaran gembiranya kepada penyokong yang setia menunggu di sebuah hotel di Ipoh. Khabar bahawa Speaker Parlimen Malaysia meletak jawatan dan beliaulah orang pertama yang bertemu dengan Pandikar Amin Mulia.

Kegembiraan Tun M dan pengikutnya hanya bertahan sementara sahaja apabila Pandikar membuat penafian bahawa itu semua fitnah.

Tun M sendiri mengaku bahawa beliau terasa amat malu dengan penafian tersebut dan membuat kenyataan bahawa Pandikar seperti menipu beliau. Pandikar sendiri mengaku ada bertemu Tun M tetapi bukan kerana masalah meletak jawatan.
 
Tim media sosial pro Tun M dengan segera memainkan cerita yang belum pernah rakyat Malaysia dengar sebelum ini. Isteri Tun M, Siti Hasmah diseret buat pertamakalinya dalam serangan terbaru Tun M dan pengikutnya. Kisah Siti Hasmah berdoa munajat di hadapan Kaabah menghiasi laman sosial milik pro Tun M.
Doa Hasmah supaya Perdana Menteri “tidak buat sesuatu yang tidak baik terhadap Islam”.

Sepanjang 22 tahun Tun M memerintah Malaysia, inilah kali pertama Tun M dilihat terpaksa mengheret isterinya terlibat di dalam gerakan menjatuhkan seorang Perdana Menteri. Penganalisa politik berpendapat, Tun M sudah kehabisan modal dan kehilangan arah dalam merangka strategi menjatuhkan Najib.
 
Strategi menyeret Siti Hasmah ini bukanlah pertama kali? Masihkah rakyat malaysia ingat bagaimana majoriti wakil rakyat Kedah menolak Sanusi Junid sebagai Menteri Besar? Bertanyalah kepada kesemua Adun yang dipanggil mengadap Tun M ketika itu. Siapakah yang ada bersama di dalam bilik Tun M?
 
Benarkah Siti Hasmah berdoa di hadapan Kaabah dengan doa khas atau hanya gimik murahan tim media pro Tun M?
 
Mungkin selama 22 tahun rakyat Malaysia tidak sedar siapakah sebenarnya yang banyak campurtangan di dalam diam dan mungkin ada logiknya bila melihat anak-anak Siti Hasmah kaya megawan kesemuanya.

Permintaan halus seorang isteri mampukah ditolak oleh seorang suami? Dan permintaan apakah yang selayaknya selain daripada ingin melihat kesemua zuriat kaya megawan?

No comments:

Post a Comment