Sunday, 27 March 2016

Benarkah Ini Senarai Kekayaan Mahathir Yang Disembunyikan?


Satu kelebihan pemimpin-pemimpin Malaysia, khususnya Mahahtir dan Daim, ialah kelicikan mereka dalam menyembunyikan kekayaan mereka. Barangkali inilah sebabnya Mahathir masih bertahan sedangkan Suharto telah pun jatuh. Bagi mereka yang hampir dengan Mahahtir dan keluarganya, mereka tidak dapat lari daripada merasa kagum atau hairan dengan kekayaan Mahathir. Bagi mereka yang tidak peka dengan penyelewengan Mahathir mereka akan rasa kagum dengan kekayaannya. Tetapi mereka yang peka dengan keadaan sebenar akan tentu hairan bagaimana dia boleh menjadi begitu kaya.

Di antara harta milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai tempat. Sebagai contoh, sesiapa yang berada di tol plaza Sg. Besi dapat melihat sebuah bungalo besar yang terletak di atas banjaran bukit di The Mines. Ini adalah satu dari rumahnya. Dia juga memiliki sebuah rumah di Subang yang dibina oleh Rin Kei Meng. Selain ini, terdapat juga sebuah lagi rumahnya di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing, sebuah lagi di Country Height (kini diduduki Mirzan) dan yang terbaru ialah di Bukti Tinggi. Rumah di Bukti Tinggi ini dibangunkan oleh Vincent Tan dengan harga RM21 juta.

Selain itu, Mahathir juga memiliki rumah-rumah lain di luar negara.Ini termasuklah sebuah mahligai di London yang dibeli menggunakan nama Daim, sebuah di Vancouver yang dibeli menggunakan nama Mirzan, sebuah lagi di Florida di atas namanya sendiri. Mahathir juga memiliki sebuah ladang (ranch) di Argentina.

Satu peristiwa yang mendedahkan kekayaan Mahathir ialah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui mengenai tindakan Daim memindahkan RM1 bilion ke akaun di sebuah bank Switzerland sebelum Malaysia mengenakan kawalan ke atas ringgit. Anwar telah melaporkan mengenai hal ini kepada Mahathir. Tetapi Mahahtir hanya mendiamkan hal ini. Hanya selepas itu baru Anwar ketahui bahawa rupanya akaun itu adalah akaun bersama Mahathir dan Daim. Patutlah Mahathir dan Daim mahadiam mengenai pemindahan wang ini.

Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta. Ini bererti dalam 17 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM6.12 juta. Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina. Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak? Di sinilah kita dapat melihat kelicikan Mahathir. Dia menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya. Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri. Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahun rakyat.

Patutkah seorang Perdana Menteri yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat berkorban? Dan kita juga ingin tahu berkorban untuk apa? Berkorban supaya wang Petronas dapat digunakan untuk menyelamatkan syarikat anaknya Mizan? Berkorban supaya tol dapat dinaikkan untuk menyelamatkan syarikat milik UMNO, Renong? Berkorban supaya sebanyak RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dapat digunakan untuk membantu Rashid Husin dan RHB Bank? Berkorban supaya Mahathir dapat membina mahligai bernilai RM200 juta di Putra Jaya dan membeli jet Global Express juga dengan harga RM200 juta.

Sekiranya kita mendapatkan kembali semua wang Mahathir dan Daim di bank Switzerland dan menggunakannya untuk membiayai pembinaan lebuhraya mungkin rakyat tidak perlu membayar lagi tol untuk selama-lamanya. Sekiranya kerajaan tidak membina mahligai Mahathir di Putra Jaya wang RM200 juta itu mencukupi untuk memberi pendidikan percuma selama setahun untuk semua pelajar di sebuah universiti tempatan seperti Universiti Malaya. Wang sejumlah itu juga boleh membina 8,000 buah rumah kos rendah untuk rakyat miskin. Bayangkanlah berapa banyak sekolah, komputer dan subsidi untuk petani yang boleh diberikan dengan wang yang dibelanjakan untuk menyelamatkan Mirzan dan RHB? Kenapakah anak-anak Mahathir yang telah pun kaya perlu dibantu lagi. Mirzan memiliki saham bernilai RM726.5 juta di sebelas syarikat yang disenaraikan di KLSE. Mokhzani pula memiliki saham bernilai RM624 juta.

Sebaliknya, nasib penanam padi tidak terbela. Harga barangan semakin naik. Pengangguran semakin meningkat. Dan kita semua disuruh terus berkorban. Apakah pula pengorbanan Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka? Apakah terlalu besar pengorbanan sekiranya kekayaan Mirzan, Mokhzani, Daim, Rashid Husein dan lain-lain kroni Mahathir yang beratus juta ringit itu berkurangan menjadi beberapa puluh juta ringgit?

Sekiranya keadaan ini berterusan, kita akan menjadi rakyat miskin dalam negara yang kaya. Petani kita tidak akan mampu menyuapkan makanan kepada keluarga mereka. Siswa-siswi tidak dapat belajar dengan sempurna kerana kelengkapan yang serba kurang di universiti-universiti. Graduan kita tidak mendapat pekerjaan kerana hanya segelintir syarikat yang mendapat manfaat dari program pemulihan ekonomi. Para eksekutif kita pula akan menjadi pegawai yang memiliki nama jawatan yang besar tetapi tidak mampu membeli rumah untuk keluarga sendiri.

Dan kita disuruh berkorban dan terus berkorban pada ketika Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka membongkah kekayaan negara untuk diri mereka. Adakah rakyat harus mahadiam melihat golongan mahakaya ini terus mahamenindas kita?

BANGUN MEMBAWA PERUBAHAN

oleh: Ibn Fansuri

Tuesday, 15 March 2016

"Penyangak Media Sosial"; Surat Terbuka Buat Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir


Pasukan media social Perak terkejut dengan berita ini, kami terlalu besar hati memohon pihak menteri besar perak memberi penjelasan. Kami hanya pasukan sukarela siber perak sahaja selama ini.

Diambil dari facebook Ab Jalil Backer -

Surat Terbuka Buat Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir:

"Kita Tidak Boleh Upah Penyangak Waktu Malam Untuk Menjadi Polis Di Siang Hari"

Assalamualaikum Datuk Seri.

1. Saya menulis surat terbuka ini bukan berniat untuk melukakan Datuk Seri mahupun menyerang kepimpinan YAB Menteri Besar Perak. Saya sangat hormati Datuk Seri yang akrab dengan seorang lagi sahabat saya, Dr Mohamad Khir Toyo.

2. Saya juga berterima kasih kepada Datuk Seri yang sudi melawat Dr Khir Toyo baru-baru ini. Saya juga berterima kasih dengan usaha beberapa pegawai Datuk Seri yang cuba menghubungi saya hari ini. Saya pohon maaf kerana tidak menjawab. Ini kerana ia bukan lagi hal peribadi saya dengan Salim Iskandar.

3. Saya menulis ini juga bukan kerana serangan-serangan peribadi ke atas saya oleh Editor Perak Today tetapi untuk menyampaikan ketidakpuasan hati ramai pengamal media sosial pro-UMNO. Kami melihat portal PerakToday dan Facebook PerakToday telah dijadikan alat oleh Salim Iskandar untuk menyiarkan serangan-serangan Tun Mahathir ke atas Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

4. Sebagai portal yang mempunyai kaitan dengan negeri Perak dengan dana berbelas ribu ringgit sebulan (saya percaya lebih) , sudah tentu pegawai Datuk Seri ada tanggungjawab memastikan perjalanan portal tersebut seiring dengan kepentingan parti dan penduduk negeri perak.

5. Selain dari isu Perak Today yang dilihat pro-Tun Mahathir, ketua editornya juga telah melakukan serangan dan kritikan terhadap ramai penyokong Perdana Menteri kerana mengkritik Tun Mahathir. Kami belum jumpa pun naskah-naskah tulisan editor Perak Today yang mempertahankan Perdana Menteri secara bersungguh dan bersepadu, Maka ini menimbulkan tanda tanya di pihak mana Datuk Seri?

6. Lebih serius, Salim Iskandar juga telah menyerang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan pelbagai serangan bersifat maki hamun dan mencerca.

7. Tidak cukup itu, Salim Iskandar juga menyerang Setiausaha Akhbar Perdana Menteri kononnya mahu menjatuhkan Datuk Seri kerana tidak meluluskan permohonan tanah beliau. Apakah ini disuruh oleh Datuk Seri?

8. Saya bersangka baik dan percaya Datuk Seri tidak menyuruh beliau berbuat demikian. Malah saya percaya pegawai-pegawai Datuk Seri juga rasa serba salah untuk menegur kerana takut dimaki hamun oleh Salim Iskandar ini.

9. Memang benar Datuk Seri tidaklah boleh dipertanggungjawab semuanya atas apa yang ditulis oleh Salim Iskandar sekiranya beliau mengkritik mengenai polisi kerajaan atau keputusan kerajaan.

10. Namun apabila seorang penulis di bawah Datuk Seri menyerang dan memaki hamun DS Ahmad Zahid Hamidi, ini boleh menimbulkan tanggapan ia dibuat dengan restu Datuk Seri kerana kem berlainan di Perak.

11. Apabila SUA PM dituduh mahu menjatuhkan Datuk Seri kerana tidak dapat tanah sudah tentu ramai yang beranggapan idea ini datang dari orang sekeliling Datuk Seri.

Datuk Seri,

12. Kita tidak boleh membayar seorang penyangak waktu malam untuk menjadi Polis di siang hari.

13. Percayalah Datuk Seri, beliau mungkin akan menyerang dan memaki hamun Datuk Seri sekiranya perkhidmatan beliau ditamatkan. Namun sampai bila Datuk Seri terpaksa membayar kerana takut dimaki hamun oleh beliau?

14. Saya percaya ramai lagi pengamal media sosial pro-UMNO bersedia mempertahankan Datuk Seri secara percuma pun bila diperlukan. Selama ini pun apa yang Perak Today bantu Datuk Seri?

15. Jika Datuk Seri terus membenarkan orang seperti ini berleluasa menghina Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri, maka tentulah ramai melihat ini sebagai satu restu dari Datuk Seri yang juga diketahui rapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

16. In Sha Allah, jika suatu hari nanti Datuk Seri dimaki hamun oleh Salim Iskandar, saya akan mempertahankan Datuk Seri selagi setia kepada kepimpinan parti sedia ada,

17. Pisau dan mentimun di tangan Datuk Seri. Kami aktivis media sosial pro-UMNO dan pro-Najib Razak sudah bosan melihat orang yang mendapat imbuhan lumayan dengan Datuk Seri menjadi duri dalam daging kepada usaha mempertahankan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.

18. Bukan ingin menutup pintu rezeki bekas sahabat saya tersebut. Kasihanilah beliau, Berilah sedikit gaji bulanan untuk hidup. Cuma sudah tiba masanya Datuk Seri menjarakkan diri dari beliau.

19. Selagi beliau dibenarkan menggunakan Perak Today, selagi itulah Datuk Seri dianggap dalang di sebalik semua perbuatan Salim Iskandar. Sedangkan saya percaya beliau sebenarnya "bekerja" bagi kem Mahathir.

Monday, 14 March 2016

Gagal Bayar Anwar Ibrahim, Rumah Papagomo Akan Disita


Rumah pengendali blog kontrovesi Papagomo bakal disita dan dilelong berikutan kegagalannya membayar ganti rugi sebanyak RM850,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang diarahkan oleh mahkamah selepas didapati bersalah memfitnah ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, ketika pihak mahkamah dan peguam yang mewakili Anwar, Lateefa Koya tiba bagi menghantar writ sita dan lelong hari ini, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak berada di rumah.

Pihak mahkamah berulang-kali mengentuk pintu rumah namun tiada sebarang jawapan.

"Kami akan datang semula untuk menyerahkan notis ini dan akan mendapatkan tarikh baru daripada mahkamah," kata Latheefa kepada pemberita di luar Apartmen Villa Danau hari ini.

Papagomo, sebelum ini kalah kes saman berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog miliknya.

Mahkamah turut memerintahkannya membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar termasuk kos RM50,000 kepada plaintif.

Pada 21 Mac 2014, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.