Monday, 27 July 2015

Elok Najib Gugurkan Sahaja Muhyiddin Sebagai TPM

Tindakan Tan Sri Muhyiddin semalam bercakap di hadapan media tentang perkara perkara yang sudah dijawab dan diputuskan oleh MT mengundang persepsi yang semakin tidak baik kepada UMNO dan BN.
 
Sebagai seorang Timbalan dan orang nombor dua, tidak patut Muhyiddin bercakap begitu. Nampak seperti tidak serik. Tan Sri Muhyiddin ulangi cakap benda sama di Janda Baik dalam kursus tertutup UMNO beberapa bulan lepas. Macam lah UMNO ini tidak pernah bermesyuarat langsung mengenai isu negara dan 1MDB.
 
Muhyiddin seolah sengaja bercakap sekali lagi di bahagian yang ramai orang tahu sudah kalah iaitu Cheras. Bercakap pula di atas rostrum yang ditaja Berjaya Times Square, tempat di mana beberapa hari lepas diadakan satu majlis hari jadi untuk Tun Mahathir.
 
Vincent taja mesyuarat UMNO Cheras?
 
Patutlah Tun M berani bergambar secara terbuka di depan wanita bertanduk syaitan, Alice In Wonderland dan Frozen. Rupanya sudah ada penyelamat yang akan memadamkan dosa dosa Tun M itu di tempat yang sama juga.
 
Apakah ini secara kebetulan? Muhyiddin dijemput ke mesyuarat UMNO Cheras, bercakap hentam 1MDB dan kritik 1MDB secara terbuka dengan majlis hari jadi Tun Mahathir serta tempat Vincent Tan iaitu Berjaya Times Square.
 
Cepat benar mesyuarat UMNO Cheras dirancang dan diadakan. Ada komplot berlaku di Berjaya Times Square? Muhyiddin tidak patut cakap perkara yang sudah diputuskan dalam MT. Tangkapan demi tangkapan sudah pun dilakukan berkaitan dalang yang mahu jatuhkan negara menerusi blackmail 1MDB.
 
Audit Negara dan PAC sudah pun dalam proses melakukan siasatan. Laporan awal audit sudah pun nyatakan bahawa tiada perkara yang mencurigakan dalam 1MDB. Jadi apa lagi yang Tan Sri Muhyiddin cuba hendak pertikaikan?
 
Sebagai orang nombor dua, sewajarnya kalau tidak mahu kalah pilihan raya, Muhyiddin perlu membantu orang nombor satu untuk bersama sama menang pilihan raya. Dato Sri Najib seorang yang baik pada kawan dan orang nombor duanya.
 
Tidak seperti Mahathir. Menangguhkan proses pemilihan UMNO sebenarnya telah menyelamatkan Muhyiddin daripada dilawan dan dilanggar oleh lawan yang lebih kuat dan berpengaruh.
 
Patut orang nombor dua berterima kashlah kepada orang nombor satu. Kalau Muhyiddin jadi orang nombor dua pada zaman Mahathir dan bercakap sedemikian secara terbuka dalam mesyuarat UMNO Bahagian, sudah pasti hayat Muhyiddin sebagai Timbalan sudah lama habis.
 
Sama ada dipecat dan disingkir terus dari UMNO. Namun Dato Sri Najib tidak begitu, beliau seorang yang baik pada sahabatnya.
 
Sebenarnya Muhyiddin telah khinati kawan dan rakan rakan lain dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet Malaysia. Jika Kabinet Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional hari ini mahu menang pada PRU14, rasanya Muhyiddin perlu digugurkan sebagai TPM.
 
Beliau sendiri tidak yakin untuk menang pilihan raya, bagaimana hendak berperang jika orang nombor dua sendiri tidak yakin pada pasukannya untuk menang. Majlis Tertinggi UMNO juga perlu buat keputusan segera.
 
Tidak boleh membiarkan orang nombor dua terus menerus bercakap atas kepuasan peribadi di hadapan orang UMNO dan orang ramai. Yang akhirnya akan memberi imej negatif pada UMNO. Majlis Tertinggi UMNO perlu buat satu mesyuarat khas untuk putuskan kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
 
Apakah semua ini berlaku kerana adanya Komplot Berjaya Times Square?

Tuesday, 21 July 2015

"Dato' Seri" Broker Kerajaan Sulu?



Bagaikan cuba menyembunyikan sesuatu, 'Dato Seri' Zaienal terpaksa bekerja keras seharian hari ini bila terpaksa delete dan block komen-komen yang ada di dalam status akaun facebook peribadinya.
Kenapa beliau tergesa-gesa melakukan semua itu? Menurut sumber rakan rapat beliau, Zaienal terpaksa buang dan menyekat semua komen tersebut kerana rakan-rakan facebook beliau mula bertanya, "Dari Sultan manakah beliau mendapat gelaran Dato' Seri tersebut" dan ada juga soalan nakal, "Dari Sultan Sulu dengan bayaran tertentukah?"
Justeru, Zaienal harus memberi penjelasan status gelaran dari istana yang beliau gunakan untuk akaun facebook miliknya tersebut.
Pihak yang berkenaan juga harus peka dengan penggunaan gelaran dan pangkat anugerah dari istana supaya tidak disalahgunakan.

Terdapat banyak kes menipu orang awam dengan menggunakan gelaran khas dari istana ini. Tambahan pula, Zaienal banyak mengeluarkan kenyataan dan pengakuan  dalam strategi menonjolkan diri seumpama orang penting dalam lingkaran politik tanahair.
Lembaga Disiplin UMNO tidurkah apabila bekas Exco Pemuda dari zaman Hishamuddin ini tanpa rasa takut melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri dan juga Presiden Parti?

Benarkah Lembaga Disiplin takut kerana Zaienal dikatakan orang kanan dan yang bertanggungjawab penuh memenangkan Aziz Sheikh Fadhir di Kulim? Mengikut sumber yang rapat dengan beliau, itulah ceritera yang dihebahkan Zaienal tentang kehebatan strateginya politiknya termasuk percaturan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah?

Antara dakwaan dan tuduhan serius Zaienal - di sini




Sunday, 19 July 2015

Lembaga Disiplin Wajar Pecat Zaienal Dari UMNO Kerana Fitnah Presiden

 
Umpama ratib harian, Dato Seri Zaienal bekas Presiden Karyawan menyerang, memfitnah serta cuba mengajak orang lain percaya akan ceritanya melalui status akaun facebook milik peribadinya.

Menurut sumber, beliau dilihat memfitnah Perdana Menteri, isteri dan ahli keluarga pemimpin No1 Negara hamper saban hari. Timbul persoalan, apakah beliau mempunyai sumber yang kukuh untuk terus menuduh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO?

Melihat kepada status terbaru beliau di laman facebooknya, beliau amat yakin bahawa Perdana Menteri bakal didakwa. "Najib akan didakwa..."



Zaienal dengan penuh yakin mengeluarkan kenyataan di atas dan apakah tiada sebarang reaksi dari Lembaga Disiplin UMNO ataupun dari pemimpin UMNO yang lain?

Tidak adakah seorang pun yang ingin ke balai polis dan membuat laporan untuk siasatan segera? Sekurangnya masyarakat tahu dari mana sumber yang diambil oleh Zaienal.

Timbul persoalan, benarkah beliau bekas Presiden Karyawan atau hanya cerita kedai kopi seperti mana kedengaran beliau juga pernah mengaku bahawa beliaulah pengasas PEKIDA?