Dari Barisan Rakyat:
Seperti yang diketahui umum rata-rata pemimpin yang mengepalai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini asalnya adalah dari Parti Umno.
Tetapi adakah umum mengetahui kenapakah mereka ini sebenarnya berpaling dari perjuangan mereka yang dahulu?
Perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara…
Contoh yang paling mudah dan jelas di Terengganu...siapakah Datuk Razali Idris?
Kalau disebut Zali anak Derih Tekong siapa di Marang yang tidak mengenali beliau yang kini menjadi Ketua Bahagian PPBM Kuala Nerus.
Mengapakah beliau memilih Kuala Nerus dan bukan Marang?
Di sini dapat dilihat siapa diri beliau sebenarnya di Marang dan tiada sekelumit dirinya berjasa pada orang-orang Marang apatah lagi di Kuala Nerus.
Beliau yang telah ditolak oleh ahli UMNO Marang sejak 8 tahun lalu telah membuka laluan baru dengan PPBM yang kini sedang rancak mengungkit hal BN dan UMNO Terengganu.
Sedangkan rumah beliau sendiri BN yang bayarkan untuk pinjaman semasa menjadi calon BN di Rhu Rendang PRU ke 12 lalu.
Apa kata jika kita fokus pula pada pergolakan dalaman PPBM Terengganu.
Mengapakah begitu mudah Razali merampas gelaran Pengerusi Perhubungan PPBM Negeri Terengganu dari orang-orang yang lebih lama seperti Mastura?
Apakah kehebatan Razali yang kita ketahui adalah ‘orang Mukhriz’ di Terengganu dan sudah pasti Mukhriz mahukan wakil-wakilnya ada di setiap negeri.
Jadi apakah kekurangan Mastura sehingga orang yang mula-mula sekali dilantik untuk menggerakkan PPBM di Terengganu hanya dilantik sebagai Ketua Bahagian PPBM di Dungun?
Nampaknya permainan politik untuk menguntungkan kroni lebih diutamakan berbanding dengan perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia yang didendangkan oleh pihak PPBM.
Dengan meletakkan orang-orang yang dipercayai oleh Mukhriz di setiap negeri akan memudahkan kerja untuk merampas jawatan Presiden PPBM sedikit masa lagi.
Razali pula akan menyusun atur gerakan untuk menyokong Mukhriz Mahathir pada pemilihan Presiden yang akan datang dan mengenepikan Muhyidin Yassin yang kita semua tahu adalah ‘dummy’ pada jawatan Presiden PPBM sekarang. Begitu juga keadaannya di negeri-negeri lain.
Jadi sama-samalah kita fikirkan apa sebenarnya tujuan dan keutamaan parti baru PPBM ini muncul? Adakah untuk kepentingan rakyat atau untuk kepentingan mereka yang telah terbuang dari arus persada politik Malaysia?
No comments:
Post a Comment