Wednesday, 7 December 2016
Ketua Pengarah Penjara Sungai Buluh Wajar Disiasat - Intim Dengan Anwar?
Anwar kelihatan terlalu bebas di bawah seliaan penjara Sungai Buluh bukan suatu perkara baru. Bebas mengeluarkan kenyataan kepada pihak media setiap kali beliau hadir di mahkamah adalah satu 'keistimewaan' yang tidak ada pada banduan yang bersalah atas tuduhan jenayah berat.
Walau pun pihak penjara menafi sekeras-kerasnya namun lensa kamera tidak boleh menipu. Sejumlah pegawai penjara Sungai Buluh yang mengiri Anwar dilihat tidak mampu untuk aturkan bagaimana supaya penjenayah liwat, Anwar Ibrahim tidak boleh atau dilarang keras untuk 'mengadakan sidang akhbar'. Dari lensa kamera boleh dilihat pegawai penjara Sungai Buluh hanya bertindak seperti pegawai pengiring khas Anwar dan bukannya seperti pengiring penjenayah.
Masyarakat Malaysia tahu liciknya Anwar. Bukan sahaja mampu berlakon sakut dan sebagainya tetapi mampu mengeluarkan kenyataan akhbar dari bilik penjara. Anwar juga tidak pernah memakai pakaian banduan seperti banduan yang menjalani hukuman di atas kesalahan yang mereka lakukan. Kecilkah jenayah yang dilakukan oleh Anwar? Meliwat bekas pekerja umpama mengadakan hubungan jenis dengan paksaan.
Dalam kejadian di mahkamah syariah beberapa hari yang lalu, Anwar dilihat tidak diiring oleh pegawai dan pengawal penjara Sungai Buluh. Yang kelihatan adalah isterinya Dr Wan Azizah dan juga peguam Anwar. Kemana pegawai-pegawai tersebut? Naik lif pun Anwar kelihatan bebas di mahkamah tersebut. Ada jawapan yang munasabah dari penjara Sungai Buluh?
Lebih baik pecat atau tukar sahaja ketua penjara sekiranya tidak mampu melayan banduan sama rata. Atau ketua penjara Sungai buluh juga termakan hasutan pembangkang bahawa Anwar hanya banduan politik dan bukannya individu yang melakukan penjenayah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment