Saturday, 5 September 2015

Artis Bakal Dedah Bekas Menteri Menjarah Isterinya?

Cerita lama baru terbongkar atau cerita baru yang lama tersimpan? Kemungkinan satu cerekarama wayang politik untuk nyahkan seseorang?

Beliau terkenal alim orangnya, mustahil mudah tergoda dengan isteri orang atau mana-mana masturah yang melenggok di hadapan mata. Perhatikan apabila beliau berucap, ayat quran al karim lembab basahi bibirnya sambil bersulam riak wajah yang serius penuh nur taqwa.

Terkenal dengan pendidikan yang tinggi dan mempunyai pengaruh politik luarbiasa di bahagiannya maka ini bukti beliau bukan jenis mata menjuling pada si genit yang menggoda.

Mustahil bekas menteri ini sanggup mengusung isteri artis terkenal ke Singapura untuk berbelanja dan berdinner. Tidak mungkin beliau sanggup mengunyah daging sisa lapahan orang.

Artis tersebut diberitakan sudah menceraikan isterinya dan bakal mendedahkan siapa bekas menteri yang menggauli isterinya di luar Negara.

Orang Kanan Ketua Negeri Bakal Ditangkap - Bhg-1

Manusia tidak mampu untuk lari dari melakukan kesilapan tetapi ini bukannya alasan untuk sengaja menjadikan diri manusia yang melakukan kesalahan dengan sengaja.

Pokok bergoyang hanya ada dua kemungkinan, dilanda angin atau ada haiwan yang miang menggeselkan badan legakan kurap dibadannya.

Sikap mudah cair atau kerana ada bisikan luar biasa membuatkan beliau hilang pedoman?

Berbuah kenderaan baru dan mewah dan beristana tunggal walau hanya 500 hari menjadi orang kanan Wai A Bi?

MalaysiaRespons tunggu info sumber selanjutnya.

Friday, 4 September 2015

Cucu Ghaffar Baba Melenting Kerana Kelulusan Akademik?

Jangan siakan masa yang diberi walaupun siapa kita dan jangan kita berhasad dengki dengan rezeki yang bukannya hak kita.

Begitu juga masa yang diberikan kepada kita, jangan bazirkan kerana satu hari nanti kita bakal menyesal apabila masa itu sudah tidak boleh diundur lagi.

Siapa yang kita ingin persalahkan apabila kita sendiri tidak pernah menganggap masa menuntut ilmu adalah masa yang sepatutnya kita pergunakan dengan sebaik mungkin? Ilmu yang bermanfaat akan berguna bila tiba waktunya. Ketika itu seribu penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Siapa kita sebelum ini bukannya satu tiket untuk kita jadikan kata laluan mudah untuk menempatkan kita sebaris dengan orang yang selama ini menghabiskan masa menuntut ilmu demi perjuangan mengubah nasib hidup di zaman yang serba mencabar. Zaman yang memerlukan pemikiran yang kritis dan mampu merancang serta bertindak sesuai dengan peredaran masa.

Duit bukan segalanya dan segalanya memerlukan duit bukan satu slogan untuk kita menjadikan diri kita disegani. Ilmu di dada adalah pemacu utama untuk uruselia slogan tersebut. Tersilap urus kerana miskin ilmu maka jadilah kita seorang manusia yang bakal tertipu dan ditipu sepanjang hayat.

Zahid Mat Arip juga tidak terlepas dengan situasi ini walaupun beliau adalah cucu seorang negarawan, allahyarham Tun Ghaffar Baba yang juga Timbalan Perdana Menteri satu waktu dahulu. Kedudukan dan nama gah datuknya bukan satu jaminan untuk beliau menempatkan diri seperti yang heboh diperkatakan oleh masyarakat internet.

Untung sabut dan untung batu samada tenggelam atau timbul bukan pemanis kata untuk dijadikan pedoman hidup. Fakta amat jelas, bukan semua yang tidak berpelajaran berjaya di dunia yang serba mencabar ini. Yang berilmu, campaklah ke pulau mana pun akan mampu untuk teruskan survival hidup.

Benarkah Zahid cucu Tun Ghaffar melontar batu sembunyi tangan di dalam isu perlantikan pegawai khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib?

Tiba-tiba nama Pengerusi JMM Azwandin dijadikan punching bag kononnya dilantik menjadi pegawai khas Najib. Timbul tanda tanya kerana menjadikannya tajuk utama perbincangan di newsnet forum, facebook dan blog upahan. Menjadikan lebih tanda tanya bila nama cucu Ghafar disebut sebagai mastermind yang dahagakan jawatan tersebut?

Bertanyalah diri, layakkah kita kalau hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia yang kurangnya 'A' tertera pada subjek yang diambil? Dan bertanya lagi pada kawan sepermainan kita, betulkah lontaran batu terhadap Azwandin itu?

Semoga apa yang didengar tentang cucu bekas Timbalan Perdana Menteri ini pun tidak benar.

Kalau sayangkan Najib, bukan begini caranya bermain lontar batu.

Friday, 21 August 2015

PAS Menggunakan Ahmad Said Jatuhkan PM, Umno

Sebuah poster yang disebarkan di media sosial mengenai "Flashmob Save TRG" jelas menunjukkan bahawa Pas terdesak menggunakan mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Poster yang turut menggunakan lambang 1MDB berlatar belakangkan pelantar minyak dan gambar Ahmad Said turut mengajak orang ramai menunjuk perasaan ketidakpuas hatian terhadap Najib dalam isu 1MDB itu dengan memakai pakaian bertema hitam putih.

Dalam masa yang sama, Pas turut memperdayakan rakyat Terengganu dengan mengadakan tunjuk perasaan tersebut pada hari yang sama Najib datang ke Terengganu untuk merasmikan Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kuala Nerus.

Dikatakan Pas amat tercabar dengan kepimpinan dan kewibawaan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sehingga terpaksa melakukan pelbagai cara untuk melihat mesyuarat Umno bahagian yang diketuai oleh Ahmad Razif tidak berjaya.

Pas semakin takut apabila melihat perpecahan dalaman parti dengan tertubuhnya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Pas juga ingin melihat Umno di Terengganu musnah apatah lagi Umno di Kuala Nerus yang dilihat semakin bertambah dan kuat.

Amat menyedihkan ialah apabila Pas terpaksa menggunakan Ahmad Said untuk menyebarkan fitnah kerana buat masa sekarang, Ahmad Said paling jelas dilihat mengkritik perdana menteri selepas dipecat dari jawatan menteri besar.

Apabila gagasan Transformasi Terengganu Baharu yang membawa slogan kecil bagi kita, besar bagi rakyat benar-benar berkesan pada rakyat Terengganu, kedudukan Pas mulai tergugat apabila kebanyakan ahlinya kini, hari demi hari mulai meninggalkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Ini dapat dilihat apabila lebih daripada 150 orang ahli Pas telah keluar dari parti itu untuk menyertai Umno, seperti yang diumumkan di Besut minggu lalu ketika lawatan Ahmad Razif di sana.

Jika dilihat sekarang, Umno di Terengganu semakin kuat walaupun Ahmad Said kian menghentam.

Namun demikian, Ahmad Said tidak dilihat menghentam Umno tetapi terlalu kuat mengkritik pentadbiran Najib dan mengaitkannya dengan 1MDB.

Apabila banyak kali dianalisis ucapan Ahmad Said dalam mana-mana majlis yang dihadirinya, ucapannya lebih kepada mengkritik dan berbaur masalah peribadi dan bersifat dendam.

Tiada sedikit pun Ahmad Said menyentuh mengenai perjuangan Umno dan Pas melihat Ahmad Said merupakan kunci utama untuk melemahkan lagi Najib dan memporakperandakan kekuatan Umno.

Pas dilihat kian terdesak apabila nakhodanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih banyak bersikap mendiamkan diri daripada mengawal ahli-ahli Pas yang kian memberontak.

Tambahan pula 21 Ogos ini GHB akan mengadakan satu majlis perjumpaan di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganj di mana sebuah parti baharu "Parti Amanah Rakyat (AMANAH)" akan diumumkan nanti.

Ini yang membuatkan Pas terutamanya di Terengganu makin gelisah akan kehadiran beberapa Individu terutama yang menggerakkan GHB.

Pas tidak mahu hanya partinya sahaja yang musnah dan cuba mengheret Umno ke kancah kemusnahan yang sama.

Pas tidak lagi relevan apabila lebih banyak menggunakan fitnah dan boikot sebagai alat perjuangan mereka bagi memenangi hati rakyat.

Dalam isu mempergunakan Ahmad Said pula, Pas lebih selesa menggunakan Ahmad Said kerana Adun Kijal itu langsung tidak mengambil tindakan atau mengeluarkan kenyataan tentang apa yang dibuat oleh Pas.

Apabila Ahmad Said dilihat seolah-olah "redha", maka Pas akan terus menggunakan Ahmad Said sebagai kunci utama merosakkan Umno.

Hanya satu pesanan kepada ahli Pas. "Jika mahu boikot dan memperalatkan Ahmad Said dalam membawa agenda busuk mereka, Pas harus mula fikir untuk membuat cara lain pula bagi menunjuk perasaan. Ini kerana tunjuk perasaan FLASHMOB itu sudah sebati dan sinonim dengan Pemuda Pas Terengganu atau bahasa ringkas "TOO CLICHE".

Monday, 27 July 2015

Elok Najib Gugurkan Sahaja Muhyiddin Sebagai TPM

Tindakan Tan Sri Muhyiddin semalam bercakap di hadapan media tentang perkara perkara yang sudah dijawab dan diputuskan oleh MT mengundang persepsi yang semakin tidak baik kepada UMNO dan BN.
 
Sebagai seorang Timbalan dan orang nombor dua, tidak patut Muhyiddin bercakap begitu. Nampak seperti tidak serik. Tan Sri Muhyiddin ulangi cakap benda sama di Janda Baik dalam kursus tertutup UMNO beberapa bulan lepas. Macam lah UMNO ini tidak pernah bermesyuarat langsung mengenai isu negara dan 1MDB.
 
Muhyiddin seolah sengaja bercakap sekali lagi di bahagian yang ramai orang tahu sudah kalah iaitu Cheras. Bercakap pula di atas rostrum yang ditaja Berjaya Times Square, tempat di mana beberapa hari lepas diadakan satu majlis hari jadi untuk Tun Mahathir.
 
Vincent taja mesyuarat UMNO Cheras?
 
Patutlah Tun M berani bergambar secara terbuka di depan wanita bertanduk syaitan, Alice In Wonderland dan Frozen. Rupanya sudah ada penyelamat yang akan memadamkan dosa dosa Tun M itu di tempat yang sama juga.
 
Apakah ini secara kebetulan? Muhyiddin dijemput ke mesyuarat UMNO Cheras, bercakap hentam 1MDB dan kritik 1MDB secara terbuka dengan majlis hari jadi Tun Mahathir serta tempat Vincent Tan iaitu Berjaya Times Square.
 
Cepat benar mesyuarat UMNO Cheras dirancang dan diadakan. Ada komplot berlaku di Berjaya Times Square? Muhyiddin tidak patut cakap perkara yang sudah diputuskan dalam MT. Tangkapan demi tangkapan sudah pun dilakukan berkaitan dalang yang mahu jatuhkan negara menerusi blackmail 1MDB.
 
Audit Negara dan PAC sudah pun dalam proses melakukan siasatan. Laporan awal audit sudah pun nyatakan bahawa tiada perkara yang mencurigakan dalam 1MDB. Jadi apa lagi yang Tan Sri Muhyiddin cuba hendak pertikaikan?
 
Sebagai orang nombor dua, sewajarnya kalau tidak mahu kalah pilihan raya, Muhyiddin perlu membantu orang nombor satu untuk bersama sama menang pilihan raya. Dato Sri Najib seorang yang baik pada kawan dan orang nombor duanya.
 
Tidak seperti Mahathir. Menangguhkan proses pemilihan UMNO sebenarnya telah menyelamatkan Muhyiddin daripada dilawan dan dilanggar oleh lawan yang lebih kuat dan berpengaruh.
 
Patut orang nombor dua berterima kashlah kepada orang nombor satu. Kalau Muhyiddin jadi orang nombor dua pada zaman Mahathir dan bercakap sedemikian secara terbuka dalam mesyuarat UMNO Bahagian, sudah pasti hayat Muhyiddin sebagai Timbalan sudah lama habis.
 
Sama ada dipecat dan disingkir terus dari UMNO. Namun Dato Sri Najib tidak begitu, beliau seorang yang baik pada sahabatnya.
 
Sebenarnya Muhyiddin telah khinati kawan dan rakan rakan lain dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet Malaysia. Jika Kabinet Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional hari ini mahu menang pada PRU14, rasanya Muhyiddin perlu digugurkan sebagai TPM.
 
Beliau sendiri tidak yakin untuk menang pilihan raya, bagaimana hendak berperang jika orang nombor dua sendiri tidak yakin pada pasukannya untuk menang. Majlis Tertinggi UMNO juga perlu buat keputusan segera.
 
Tidak boleh membiarkan orang nombor dua terus menerus bercakap atas kepuasan peribadi di hadapan orang UMNO dan orang ramai. Yang akhirnya akan memberi imej negatif pada UMNO. Majlis Tertinggi UMNO perlu buat satu mesyuarat khas untuk putuskan kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
 
Apakah semua ini berlaku kerana adanya Komplot Berjaya Times Square?

Tuesday, 21 July 2015

"Dato' Seri" Broker Kerajaan Sulu?



Bagaikan cuba menyembunyikan sesuatu, 'Dato Seri' Zaienal terpaksa bekerja keras seharian hari ini bila terpaksa delete dan block komen-komen yang ada di dalam status akaun facebook peribadinya.
Kenapa beliau tergesa-gesa melakukan semua itu? Menurut sumber rakan rapat beliau, Zaienal terpaksa buang dan menyekat semua komen tersebut kerana rakan-rakan facebook beliau mula bertanya, "Dari Sultan manakah beliau mendapat gelaran Dato' Seri tersebut" dan ada juga soalan nakal, "Dari Sultan Sulu dengan bayaran tertentukah?"
Justeru, Zaienal harus memberi penjelasan status gelaran dari istana yang beliau gunakan untuk akaun facebook miliknya tersebut.
Pihak yang berkenaan juga harus peka dengan penggunaan gelaran dan pangkat anugerah dari istana supaya tidak disalahgunakan.

Terdapat banyak kes menipu orang awam dengan menggunakan gelaran khas dari istana ini. Tambahan pula, Zaienal banyak mengeluarkan kenyataan dan pengakuan  dalam strategi menonjolkan diri seumpama orang penting dalam lingkaran politik tanahair.
Lembaga Disiplin UMNO tidurkah apabila bekas Exco Pemuda dari zaman Hishamuddin ini tanpa rasa takut melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri dan juga Presiden Parti?

Benarkah Lembaga Disiplin takut kerana Zaienal dikatakan orang kanan dan yang bertanggungjawab penuh memenangkan Aziz Sheikh Fadhir di Kulim? Mengikut sumber yang rapat dengan beliau, itulah ceritera yang dihebahkan Zaienal tentang kehebatan strateginya politiknya termasuk percaturan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah?

Antara dakwaan dan tuduhan serius Zaienal - di sini




Sunday, 19 July 2015

Lembaga Disiplin Wajar Pecat Zaienal Dari UMNO Kerana Fitnah Presiden

 
Umpama ratib harian, Dato Seri Zaienal bekas Presiden Karyawan menyerang, memfitnah serta cuba mengajak orang lain percaya akan ceritanya melalui status akaun facebook milik peribadinya.

Menurut sumber, beliau dilihat memfitnah Perdana Menteri, isteri dan ahli keluarga pemimpin No1 Negara hamper saban hari. Timbul persoalan, apakah beliau mempunyai sumber yang kukuh untuk terus menuduh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO?

Melihat kepada status terbaru beliau di laman facebooknya, beliau amat yakin bahawa Perdana Menteri bakal didakwa. "Najib akan didakwa..."



Zaienal dengan penuh yakin mengeluarkan kenyataan di atas dan apakah tiada sebarang reaksi dari Lembaga Disiplin UMNO ataupun dari pemimpin UMNO yang lain?

Tidak adakah seorang pun yang ingin ke balai polis dan membuat laporan untuk siasatan segera? Sekurangnya masyarakat tahu dari mana sumber yang diambil oleh Zaienal.

Timbul persoalan, benarkah beliau bekas Presiden Karyawan atau hanya cerita kedai kopi seperti mana kedengaran beliau juga pernah mengaku bahawa beliaulah pengasas PEKIDA?