Showing posts with label umno terengganu. Show all posts
Showing posts with label umno terengganu. Show all posts

Monday, 8 August 2016

Mat Said Akhirnya Insaf

ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said 'ghaib' dari Sidang DUN Terengganu pagi Isnin selepas persidangan berhenti rehat jam 11.30 pagi.

Sehingga berita ini ditulis bekas Menteri Besar itu tidak masuk semula ke dewan persidangan selepas rehat.

Semua maklum hasrat Mat Said hendak 'goncang' kerajaan BN pimpinan Ahmad Razif Abdul Rahman. Tapi mungkin kerana sedar tidak cukup kekuatan maka beliau tersenyum-senyum beritahu wartawan seolah-olah beliau tidak tahu apa-apa mengenai usul undi tidak percaya.

"Saya seorang diri, dia kumpulan Ahmad Razif ramai, macam mana boleh lawan," kata Mat Said.

Bekas menteri besar itu tiba di Wisma Darul Iman pada kira-kira jam 9.30 pagi, dan bersalaman dengan pegawai kerajaan, pemerhati dan petugas media sebelum masuk ke dalam dewan.

Walaubagaimanapun Ahmad Said tidak memasuki persidangan yang sedang berlangsung, selain Haji Hadi dan Ahmad Said semua Adun yang lain hadir.

Saturday, 6 August 2016

Speaker Dewan Terengganu Takut 'Urus Mat Said'?


Pendirian Speaker Dewan Terengganu Dipertikai

Integriti Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong mula diragui apabila tindakannya yang dilihat banyak menyebelahi mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tatkala dia berdiri menghentam kerajaan Barisan Nasional.

Mohd Zubir hanya berdiam diri di atas kerusi apabila Ahmad Said memberi hujah-hujah yang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan apabila pembangkang berdiri memberi hujah, Mohd Zubir dengan berani pula mematahkan hujah mereka.

Di mana tahap integriti Mohd Zubir tatkala Ahmad Said mengkritik kerajaan memerintah?

Adakah Speaker Dewan hanya akan membiarkan Ahmad Said mengutuk pentadbiran Ahmad Razif di hadapan khalayak ramai yang menyaksikan persidangan itu berlaku?

Namun demikian, ramai yang tidak hairan dengan tindak tanduk Mohd Zubir yang banyak memberi "muka" kepada Ahmad Said kerana pernah dalam satu perbualan, Mohd Zubir dengan tidak sengaja memuji Ahmad Said berbanding Ahmad Razif.

Adalah tidak menghairankan juga apabila Mohd Zubir memberi "muka" kepada Ahmad Said untuk menghentam kerajaan negeri kerana Ahmad Said merupakan bekas boss kepadanya suatu ketika dahulu.

Tatkala Mohd Zubir kalah dalam pilihanraya umum yang ke-13 di peringkat parlimen, Ahmad Said mengangkat Mohd Zubir menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri dan sudah pasti, Mohd Zubir terhutang budi dengan Ahmad Said.

Namun harus difikirkan kembali, apabila Ahmad Razif dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Ahmad Said, Mohd Zubir banyak diberi keistimewaan oleh Ahmad Razif dan malahan, Mohd Zubir seolah-olah diberi sambungan "nyawa" untuk terus memegang jawatan Speaker Dewan.

Namun kini, apabila terlalu banyak krisis yang berlaku dan menimpa Ahmad Razif sejak Ahmad Said melancarkan "perang" dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada Mac lalu, dan diikuti pula dengan penarikan darjah kebesaran oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Mohd Zubir mula mencari "dahan" lain untuk berpaut.

Kepada Mohd Zubir, diharapkan agar anda dapat menjalankan tugas sebagai Speaker Dewan dengan penuh bertanggungjawab dan integriti.

Adakah dengan tindakan anda membenarkan Ahmad Said mengkritik kerajaan negeri dan berlaku pertukaran kerajaan, anda masih akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri?

Sebagai Speaker Dewan juga, anda kena banyak mentelaah buku undang-undang dewan dan akta kerajaan negeri bagi mematahkan hujah-hujah pembangkang dan musuh dalam selimut kerana kita sedia maklum, mereka hanya "menembak" tanpa ada asas dan fakta yang kukuh.

Dengan pembelajaran dan penelitian anda sebagai Speaker Dewan, anda pasti tahu batas-batas serta apa yang perlu dilakukan sekiranya "pemberontak" negeri memasang langkah.

Betulkah Ada Video Seks Ahmad Said?

Jika mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said seringkali bermain dengan perkataan "saya ada banyak rahsia", adakah dia sedar bahawa dia juga mungkin ada rahsia yang diketahui umum?

Melihat kepada perwatakan Ahmad Said yang suka bercakap semberono dan lepas ketika menjadi pemimpin nombor satu negeri, Ahmad Said juga dilihat sebagai seorang Menteri Besar yang bersikap "nakal."

Bagaimana agaknya respons Ahmad Said tatkala membaca artikel berita ini yang mungkin bakal mendedahkan skandalnya dengan seorang wanita yang seringkali mendakwa dirinya dicabuli oleh Ahmad Said, setiap kali dia datang menghadap Ahmad Said.

Menurut sumber wanita ini dikatakan pernah tampil ke hadapan mengakui bahawa dia pernah dicabuli dan diraba berkali-kali oleh Ahmad Said di kemaluannya sehinggakan satu tahap, dia terpaksa memakai pampers untuk menjaga kemaluannya daripada diraba oleh bekas menteri besar itu?

Menurut sumber yang viral di media sosial, rakyat Terengganu kini mempersoalkan "saya ada banyak rahsia" yang selalu dilaungkan oleh Ahmad Said sedangkan rahsianya sendiri cukup banyak terutama yang dikatakan berkaitan dengan pemberian projek-projek balak dan biji besi kepada ibu-ibu tunggal dan wanita yang datangnya entah daripada mana telah mula terbongkar?

Jika benar dakwaan pemberian projek kepada para ibu tunggal, persoalannya, apakah cagaran yang diberikan oleh ibu-ibu tunggal dan wanita yang seringkali didampingi oleh Ahmad Said sebagai pertukaran projek tersebut?

Ahmad Said boleh ketawa dan mengugut kepimpinan sekarang tetapi adakah dia sedar bahawa wanita-wanita yang dikatakan diragut "kewanitaan"mereka kini dikatakan bersiap sedia untuk membocorkan rahsia Ahmad Said, termasuk gambar dan video?

Jagalah aib orang, maka aib kamu turut dijaga.

Tuesday, 7 June 2016

Pengerusi Belia Terengganu Gagal Manfaat Amanah Yang Diberi?


SURAT TERBUKA BUAT ZAIDI MUDA, PENGERUSI BELIA TERENGGANU

Assalamualaikum wbt. Salam perjuangan dan salam silaturrahim.

ANTARA TANGGUNGJAWAB & AGENDA PERIBADI


Selepas ditamatkan jawatan sebagai Pengerusi Kluster Belia, Saudara dilihat begitu kuat mahukan supaya MB Terengganu, Cikgu Razif ditukar. Bahkan kata-kata supaya MB Terengganu ditukar sudah menjadi seperti zikir harian Saudara samada melalui percakapan, media maya atau sebagainya.

Amat menghairankan apabila segala kata-kata dan tindakan Saudara ini berlaku HANYA selepas kontrak Saudara ditamatkan!

Sebagai Pengerusi Belia dan orang yang dilihat berilmu kami rasa tindakan Saudara itu amat tidak wajar dan mempunyai agenda peribadi. Tindakan yang amat memalukan bagi seorang pemimpin belia kerana sepanjang tugasan sebagai Pengerusi Kluster Belia apa yang telah Saudara lakukan untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan belia-belia? Apa yang belia boleh bangga dengan hasil atau buah fikiran daripada Saudara? Atau hanya Saudara yang sahaja yang seronok dan syok sendiri apabila mendapat elaun bulanan sebagai Pengerusi? Harus diingat bahawa Saudara adalah Pengerusi Belia Negeri bukan Pengerusi Belia Daerah Marang sahaja!

Semua orang (bukan sahaja orang-orang Marang) tahu dan faham bahawa Saudara bercita-cita untuk menjadi Yang Berhormat (YB) walaupun Saudara telah kalah sebanyak 2 kali sebagai calon pilihanraya. Ada impian dan cita-cita itu tak salah namun kami ingin memberi nasihat kepada Saudara ; Cermin-cermin dan muhasabah diri kenapa Saudara kalah dalam 2 kali pilihanraya? Apakah Saudara rasakan diri begitu hebat sehingga peluang ketiga harus lagi diberikan kepada Saudara?? Maaf cakaplah, ukur baju di badan sendiri.

Jangan bermegah dengan jawatan yang ada untuk menjadikan diri kononnya hebat kerana masih ramai lagi insan-insan yang hebat di Marang!

Nasihat kami para belia untuk Saudara, berhati-hatilah dalam setiap langkah dan kata-kata kerana niat yang ikhlas pasti akan menghasilkan sesuatu yang baik. Belajarlah untuk redha menerima ketentuan Ilahi. Tak perlu salahkan orang lain andai diri sendiri mempunyai kepentingan peribadi!


Wassalam.



Ikhlas,
Belia Harapan Jaya
Terengganu
2 Ramadhan 1437H

Tuesday, 24 May 2016

Menteri & Timbalan Menteri Dari Terengganu Beri Alasan Klise Tidak Sambut PM


Depa kata lawatan kerja sehari Dato' Seri Najib ke Terengganu sebagai amat memalukan rakyat Terangganu sendiri kerana dua orang penting di Terangganu yang mewakili parlimen Terengganu ia ini Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan Ahli Parlimen Kemaman tidak hadir bagi program Lawatan Kerja Sehari Perdana Menteri di Terengganu.

Mengikut cerita orang Terengganu sendiri apabila di soal kemana hilang dua orang ahli parlimen ini jawapan yang di terima amat 'klise' dan seperti tidak menghormati Dato' Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Yang di Hulu Terengganu depa kata tak sempat turun padang bersama PM sebab konon nak menyiapkan soalan Dewan Rakyat, Adehhh tang nih ada sedikit lah myuskil apa Ahli Parlimen ini tidak cukup pegawai ka? sehingga kehadiran Perdana Menteri tidak begitu penting kepada beliau?.

Lagi satu Ahli Parlimen yang dari Kemaman pula depa habaq lagi tak patut, adaka masa Najib dok ada kat bumi Terengganu ahli Parlimen Kemaman boleh dok ada kat Bangkok, ungkin Ahli Parlimen Kemaman ini rasa kehadiran Perdana Menteri tak sepenting kerja dia kot, atau Ahli Parlimen ini rasa urusan kerja dia lebih penting daripada kunjungan Perdana Menteri dan Rakyat Negeri Terengganu sendiri.

Ramai rakyat Terengganu merasakan bahawa kedua Ahli Parlimen ini lebih mementingkan urusan peribadi depa berbanding Perdana Menteri, Depa kata tidak sepatutnya sebagai Menteri yang berada dibawah kabinet yang dilantik oleh Dato' Seri Najib mengetepikan 'Boss' mereka dan Rakyat.

seterusnya di sumber

Saturday, 16 April 2016

Selepas Ketua Puteri, Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu Bakal Ditukar?


Pemuda Umno Negeri Terengganu disarankan bergerak lebih aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti turun 'padang' dalam mengenalpasti masalah rakyat serta mendampingi mereka untuk menerangkan isu-isu semasa yang berlaku di dalam Umno.

Paling tidak, Ketua Pergerakan Pemuda Malaysia perlu menukar Ketua Pemuda Negeri yang sedia ada kepada orang yang lebih komited. Jika Ketua Puteri Malaysia berani lakukan perubahan kenapa tidak Khairy Jamaluddin yang terkenal dengan ketegasannya.

Menurut sumber, Pemuda Umno di peringkat negeri, yang diketuai oleh Johari Abu Bakar, seharusnya bergerak lebih aktif dalam mengaturkan program-program berjumpa dengan rakyat.

"Pemuda Negeri kena fikirkan program-program yang memberi impak positif kepada parti keramat kita untuk difokuskan kepada pemuda dan belia dan bukannya menumpang di atas program-program ketua pemuda bahagian lain.

"Sekurang-kurangnya, dia (Johari) buat sesuatu yang memberi kesan baik kepada parti di mana pemuda-pemuda dan belia-belia di Terengganu faham akan perjuangan parti untuk agama, bangsa dan tanah air," katanya.

Sumber pemuda pusat turut menyokong bahawa sepanjang Johari memegang tapak Ketua Pemuda Perhubungan Umno Negeri di bawah pimpinan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, tiada program dizahirkan sendiri daripada idea beliau.

Katanya lagi, di masa kini, program-program berkaitan dengan belia tidak perlu terlalu gempak yang menelan belanja yang besar tetapi cukup sekadar program yang cakna terhadap mereka.

"Pemuda Umno mesti rapat dengan belia-belia, bukan sahaja di kampung dan bandar malah pengundi yang berada di luar Terengganu.

"Mereka (belia) mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dibawa oleh pembangkang dan sekiranya dia (Johari) tidak buat program turun padang menerangkan isu-isu semasa yang berlaku dalam parti dan negara, mereka akan percaya kepada dakyah yang tidak betul dan seterusnya akan memberi undi kepada pembangkang pada pilihanraya nanti," katanya.

Beliau turut berkata sebagai Ketua Pemuda Umno di peringkat negeri, peranannya amat besar sekali terutamanya dalam mempertahankan apa jua isu yang berlaku dalam parti mahupun berkaitan dengan pemimpin nombor satu negeri.

"Saya tidak tipu. Kadangkala menteri besar juga difitnah (dalam media sosial dan sebagainya) dan sayangnya, di mana tindakan Johari? Adakah beliau terus pergi membuat laporan polis dan membuat sebarang kenyataan?

"Sepatutnya, apabila berlaku sebarang kejadian mahupun perkara yang besar berlaku, sesuatu kenyataan yang mempertahankan parti dan pemimpin bermula daripada sayap-sayap parti sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan oleh majlis tertinggi perhubungan negeri," katanya.

Ujarnya, beliau bukan berniat untuk mempersoalkan tindakan Johari mahupun Ketua Pemuda Umno yang lain tetapi sekadar menegur untuk kebaikan parti, bangsa, agama dan tanah air.

"Boleh mula dah (untuk bergerak turun padang berkempen secara perlahan-lahan) bagi menghadapi PRU ke 14," tambahnya.

Friday, 21 August 2015

PAS Menggunakan Ahmad Said Jatuhkan PM, Umno

Sebuah poster yang disebarkan di media sosial mengenai "Flashmob Save TRG" jelas menunjukkan bahawa Pas terdesak menggunakan mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Poster yang turut menggunakan lambang 1MDB berlatar belakangkan pelantar minyak dan gambar Ahmad Said turut mengajak orang ramai menunjuk perasaan ketidakpuas hatian terhadap Najib dalam isu 1MDB itu dengan memakai pakaian bertema hitam putih.

Dalam masa yang sama, Pas turut memperdayakan rakyat Terengganu dengan mengadakan tunjuk perasaan tersebut pada hari yang sama Najib datang ke Terengganu untuk merasmikan Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kuala Nerus.

Dikatakan Pas amat tercabar dengan kepimpinan dan kewibawaan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sehingga terpaksa melakukan pelbagai cara untuk melihat mesyuarat Umno bahagian yang diketuai oleh Ahmad Razif tidak berjaya.

Pas semakin takut apabila melihat perpecahan dalaman parti dengan tertubuhnya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Pas juga ingin melihat Umno di Terengganu musnah apatah lagi Umno di Kuala Nerus yang dilihat semakin bertambah dan kuat.

Amat menyedihkan ialah apabila Pas terpaksa menggunakan Ahmad Said untuk menyebarkan fitnah kerana buat masa sekarang, Ahmad Said paling jelas dilihat mengkritik perdana menteri selepas dipecat dari jawatan menteri besar.

Apabila gagasan Transformasi Terengganu Baharu yang membawa slogan kecil bagi kita, besar bagi rakyat benar-benar berkesan pada rakyat Terengganu, kedudukan Pas mulai tergugat apabila kebanyakan ahlinya kini, hari demi hari mulai meninggalkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Ini dapat dilihat apabila lebih daripada 150 orang ahli Pas telah keluar dari parti itu untuk menyertai Umno, seperti yang diumumkan di Besut minggu lalu ketika lawatan Ahmad Razif di sana.

Jika dilihat sekarang, Umno di Terengganu semakin kuat walaupun Ahmad Said kian menghentam.

Namun demikian, Ahmad Said tidak dilihat menghentam Umno tetapi terlalu kuat mengkritik pentadbiran Najib dan mengaitkannya dengan 1MDB.

Apabila banyak kali dianalisis ucapan Ahmad Said dalam mana-mana majlis yang dihadirinya, ucapannya lebih kepada mengkritik dan berbaur masalah peribadi dan bersifat dendam.

Tiada sedikit pun Ahmad Said menyentuh mengenai perjuangan Umno dan Pas melihat Ahmad Said merupakan kunci utama untuk melemahkan lagi Najib dan memporakperandakan kekuatan Umno.

Pas dilihat kian terdesak apabila nakhodanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih banyak bersikap mendiamkan diri daripada mengawal ahli-ahli Pas yang kian memberontak.

Tambahan pula 21 Ogos ini GHB akan mengadakan satu majlis perjumpaan di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganj di mana sebuah parti baharu "Parti Amanah Rakyat (AMANAH)" akan diumumkan nanti.

Ini yang membuatkan Pas terutamanya di Terengganu makin gelisah akan kehadiran beberapa Individu terutama yang menggerakkan GHB.

Pas tidak mahu hanya partinya sahaja yang musnah dan cuba mengheret Umno ke kancah kemusnahan yang sama.

Pas tidak lagi relevan apabila lebih banyak menggunakan fitnah dan boikot sebagai alat perjuangan mereka bagi memenangi hati rakyat.

Dalam isu mempergunakan Ahmad Said pula, Pas lebih selesa menggunakan Ahmad Said kerana Adun Kijal itu langsung tidak mengambil tindakan atau mengeluarkan kenyataan tentang apa yang dibuat oleh Pas.

Apabila Ahmad Said dilihat seolah-olah "redha", maka Pas akan terus menggunakan Ahmad Said sebagai kunci utama merosakkan Umno.

Hanya satu pesanan kepada ahli Pas. "Jika mahu boikot dan memperalatkan Ahmad Said dalam membawa agenda busuk mereka, Pas harus mula fikir untuk membuat cara lain pula bagi menunjuk perasaan. Ini kerana tunjuk perasaan FLASHMOB itu sudah sebati dan sinonim dengan Pemuda Pas Terengganu atau bahasa ringkas "TOO CLICHE".