Showing posts with label muhyiddin yasin. Show all posts
Showing posts with label muhyiddin yasin. Show all posts

Monday, 20 June 2016

Tukar Muhyiddin Kepada Zahid, Shahidan Kassim Ejen Mahathir?


Dalam artikel sebelum ini, artikel nombor tujuh (
Muhyiddin wants Nika’s husband to sign a second SD), kami melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sama sekali tidak gembira dengan skandal terbaru melibatkan Muhyiddin Yassin yang merupakan gandingan beliau dalam ANC (Anti-Najib kempen).

Muhyiddin sepatutnya menjadi proksi Perdana Menteri kepada Mahathir jika mereka berjaya menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dan apabila Muhyiddin mengambil alih beliau akan menjadikan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini merupakan intipati sebenar berkenaan keseluruhan strategi dan isu yang menyelubungi serangan 1MDB.

Beberapa hari yang lepas pada jam 5.00 petang, Muhyiddin dan pengampu serta tali barut beliau telah membuat keputusan mengenai dua tindakan khusus. Pertama mereka mahu Nika Gee Siew Yee menggantikan peguamnya dengan seorang peguam DAP, yang kemudiannya akan menyebabkan empat hari itu prosiding perceraian bermula dari Isnin minggu depan perlu ditangguhkan. Seterusnya mereka cuba untuk mendekati Stanley Clement Augustin bagi menarik balik Akuan Bersumpah atau menandatangani SD baru (kedua), menurut Raja Petra.

Semasa mesyuarat 5:00 itu berlangsung, Mahathir menelefon Muhyiddin untuk bertanya apa tindakan yang mereka sedang mempertimbangkan dan setelah mendengar apa yang mereka telah merancang beliau tahu bahawa ia adalah jalan akhir untuk Muhyiddin. Jika itulah yang mereka merancang untuk melakukan maka “riwayat” Muhyiddin telah “tamat”. Menangguhkan perbicaraan dan mendapat SD kedua yang ditandatangani adalah seperti pengakuan bersalah.

Mahathir tahu bahawa, dengan skandal ini, dia tidak boleh lagi bergantung kepada Muhyiddin sebagai proksi Perdana Menteri. Imej Muhyiddin terlalu tercemar dan Mahathir tidak percaya bahawa dia boleh pulih daripada skandal ini. Perjalanan Muhyiddin dilihat hampir “tamat” dan beliau tidak akan dapat membuat kemunculan semula.

Tambahan pula, Muhyiddin tidak turun padang untuk membantu kempen pembangkang pada dua pilihan raya kecil. Jadi dia tidak melakukan apa-apa yang melayakkannya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, walaupun beliau bersedia untuk melantik Mukhriz sebagai Timbalannya.

Jadi sebelum dia meneruskan langkah menggulingkan Najib, Mahathir perlu menggantikan Muhyiddin sebagai calon beliau untuk proksi Perdana Menteri. Mahathir perlu melihat salah satu daripada tiga Naib Presiden Umno sebagai calon beliau. Memandangkan Ahmad Zahid Hamidi sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri maka beliau menjadi pilihan yang logik kepada Mahathir.

Jadi hari ini “utusan” beliau akan menghadiri majlis berbuka puasa Zahid supaya orang ini boleh berbisik ke telinga Zahid akan cadangan daripada Mahathir. Cadangan itu ialah: Mahathir bersedia untuk menjadikan Zahid sebagai proksi Perdana Menteri jika mereka berjaya menggulingkan Najib, tetapi hanya jika Zahid boleh bersetuju untuk melantik Mukhriz sebagai Timbalannya, menurut Raja Petra lagi.

Selain itu, Raja Petra mendakwa, segala-galanya bergantung kepada Zahid samada bersetuju untuk melantik Mukhriz sebagai nombor dua apabila dia mengambil alih dari Najib – jika dan apabila Najib digulingkan. Dan orang yang Mahathir merancang untuk hantar berbisik ke telinga Zahid adalah Shahidan Kassim yang Mahathir telah gunakan untuk melakukan demikian selama lebih daripada 30 tahun.

Mahathir menyedari bahawa dengan Muhyiddin dikatakan terkeluar dari perancangan asal maka dia dan Mukhriz terpaksa bergantung kepada Zahid. Jika Mukhriz mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan, kemudian, Perdana Menteri, maka Mahathir perlu bekerja dengan Zahid. Jika tidak “riwayat” Mukhriz juga akan “tamat”.

Mahathir juga tahu memandangkan usianya, dia tidak lagi mempunyai banyak masa. Jadi dia tidak mampu untuk mula mendidik calon baru. Mahathir perlu bekerja dengan calon yang ada sahaja iaitu Zahid .

Mukhriz juga mungkin menghadiri Zahid buka puasa hari ini tetapi kini pelan telah terdedah maka dia mungkin bersembunyi dan tidak hadir sama seperti dia tidak hadir dalam mesyuarat Muhyiddin baru-baru ini.

Malaysia Today

Monday, 27 July 2015

Elok Najib Gugurkan Sahaja Muhyiddin Sebagai TPM

Tindakan Tan Sri Muhyiddin semalam bercakap di hadapan media tentang perkara perkara yang sudah dijawab dan diputuskan oleh MT mengundang persepsi yang semakin tidak baik kepada UMNO dan BN.
 
Sebagai seorang Timbalan dan orang nombor dua, tidak patut Muhyiddin bercakap begitu. Nampak seperti tidak serik. Tan Sri Muhyiddin ulangi cakap benda sama di Janda Baik dalam kursus tertutup UMNO beberapa bulan lepas. Macam lah UMNO ini tidak pernah bermesyuarat langsung mengenai isu negara dan 1MDB.
 
Muhyiddin seolah sengaja bercakap sekali lagi di bahagian yang ramai orang tahu sudah kalah iaitu Cheras. Bercakap pula di atas rostrum yang ditaja Berjaya Times Square, tempat di mana beberapa hari lepas diadakan satu majlis hari jadi untuk Tun Mahathir.
 
Vincent taja mesyuarat UMNO Cheras?
 
Patutlah Tun M berani bergambar secara terbuka di depan wanita bertanduk syaitan, Alice In Wonderland dan Frozen. Rupanya sudah ada penyelamat yang akan memadamkan dosa dosa Tun M itu di tempat yang sama juga.
 
Apakah ini secara kebetulan? Muhyiddin dijemput ke mesyuarat UMNO Cheras, bercakap hentam 1MDB dan kritik 1MDB secara terbuka dengan majlis hari jadi Tun Mahathir serta tempat Vincent Tan iaitu Berjaya Times Square.
 
Cepat benar mesyuarat UMNO Cheras dirancang dan diadakan. Ada komplot berlaku di Berjaya Times Square? Muhyiddin tidak patut cakap perkara yang sudah diputuskan dalam MT. Tangkapan demi tangkapan sudah pun dilakukan berkaitan dalang yang mahu jatuhkan negara menerusi blackmail 1MDB.
 
Audit Negara dan PAC sudah pun dalam proses melakukan siasatan. Laporan awal audit sudah pun nyatakan bahawa tiada perkara yang mencurigakan dalam 1MDB. Jadi apa lagi yang Tan Sri Muhyiddin cuba hendak pertikaikan?
 
Sebagai orang nombor dua, sewajarnya kalau tidak mahu kalah pilihan raya, Muhyiddin perlu membantu orang nombor satu untuk bersama sama menang pilihan raya. Dato Sri Najib seorang yang baik pada kawan dan orang nombor duanya.
 
Tidak seperti Mahathir. Menangguhkan proses pemilihan UMNO sebenarnya telah menyelamatkan Muhyiddin daripada dilawan dan dilanggar oleh lawan yang lebih kuat dan berpengaruh.
 
Patut orang nombor dua berterima kashlah kepada orang nombor satu. Kalau Muhyiddin jadi orang nombor dua pada zaman Mahathir dan bercakap sedemikian secara terbuka dalam mesyuarat UMNO Bahagian, sudah pasti hayat Muhyiddin sebagai Timbalan sudah lama habis.
 
Sama ada dipecat dan disingkir terus dari UMNO. Namun Dato Sri Najib tidak begitu, beliau seorang yang baik pada sahabatnya.
 
Sebenarnya Muhyiddin telah khinati kawan dan rakan rakan lain dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet Malaysia. Jika Kabinet Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional hari ini mahu menang pada PRU14, rasanya Muhyiddin perlu digugurkan sebagai TPM.
 
Beliau sendiri tidak yakin untuk menang pilihan raya, bagaimana hendak berperang jika orang nombor dua sendiri tidak yakin pada pasukannya untuk menang. Majlis Tertinggi UMNO juga perlu buat keputusan segera.
 
Tidak boleh membiarkan orang nombor dua terus menerus bercakap atas kepuasan peribadi di hadapan orang UMNO dan orang ramai. Yang akhirnya akan memberi imej negatif pada UMNO. Majlis Tertinggi UMNO perlu buat satu mesyuarat khas untuk putuskan kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
 
Apakah semua ini berlaku kerana adanya Komplot Berjaya Times Square?