Tuesday, 17 May 2016

Sejarah TIA, Mat Said Mahu Kuasai Kawalan Dana RM10B?


■ Disember 2008, DS Najib belum lagi menjadi Perdana Menteri, cadangan penubuhan Terengganu Investment Authority telah dikemukakan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga Sultan Terengganu. Exco kerajaan negeri telah meluluskan cadangan itu. Ianya disiarkan dalam The Star pada Ahad, 14 Disember 2008.


■ Pada ketika itu, DS Najib sebagai TPM menjelaskan yang kabinet telah meluluskan cadangan penubuhan TIA dengan modal permulaan sebanyak RM10 bilion. Aspek teknikal dalam penubuhan badan ini akan menyerahkan cek bernilai RM408.6 juta iaitu sebahagian dari royalti minyak yang dibayar kepada Terengganu melalui MB Terengganu Datuk Ahmad Said.

■ Jumlah itu merupakan baki yang sepatutnya diperolehi Terengganu untuk tempoh 2007-2008. Penubuhan TIA diusulkan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai satu usaha untuk menyalurkan royalti minyak ke dalam dana kekayaan asing yang akan dikendalikan oleh sekumpulan profesional dan akan diselia oleh pelabur asing.

■ Tuanku Mizan akan menjadi pengerusi lembaga penasihat TIA manakala Menteri Besar akan turut berada di dalam lembaga penasihat.

■ Najib berkata TIA akan menggunakan wang royalti minyak untuk melabur di Terengganu dan tempat2 lain di Malaysia.

■ Seperti yang dinyatakan di dalam artikel The Star di atas, penubuhan TIA dan dana RM10 bilion sememangnya telah dibentang dan diluluskan kabinet - yang sepadan dengan jawapan 1MDB kepada Tun Dr Mahathir yang menafikan dakwaan beliau yang kabinet tidak meluluskan TIA (sekarang 1MDB) menjana modal permulaan RM5 bilion.

■ Ini juga telah dilaporkan di dalam The Malaysian Insider bertarikh 12 Disember 2008 (link berita tersebut tidak lagi boleh digunakan tetapi artikel itu telah ditulis semula oleh blogger


■ The Malaysian Insider telah menyedari bahawa idea penubuhan dana kekayaan asing ini telah diajukan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga Sultan Terengganu. Exco kerajaan negeri telah meluluskan cadangan ini pada mesyuarat mingguannya.

■ Di bawah TIA, Sultan Terengganu akan menjadi pengerusi lembaga penasihat TIA. Menteri Besar akan turut berada di dalam lembaga penasihat ini. Tetapi lembaga pengarah akan hanya dianggotai oleh pengurus2 profesional. Ideanya adalah untuk memastikan sebarang keputusan pelaburan akan dibuat oleh profesional tanpa campur tangan ahli politik.

■ Sumber menyatakan RM10 bilion itu akan dilaburkan di dalam dan di luar Terengganu. TIA juga mempunyai mandat untuk melabur di luar negara. RM10 bilion itu akan dijana dari pasaran dana tempatan dan luar negara dengan cadangan kerajaan persekutuan akan menyediakan jaminan kerajaan berjumlah RM5 bilion.

■ Pelan asalnya adalah RM10 bilion tersebut akan dijana dengan jaminan RM5 bilion dari kerajaan persekutuan. Walaubagaimanapun, terdapat banyak perkara yang tidak dipersetujui ketika itu dan apa sebenarnya yang berlaku tidak pernah diceritakan.

■ Terbitan The Edge 14 Disember 2009 telah membawa cerita ini, yang turut dipaparkan di laman web 1MDB. http://www.1mdb.com.my/news-coverage/time-of-reckoning-for-1mdb

■ Kembali ke TIA, idea penubuhannya adalah seiring dengan Mubadala Development Company, SWF milik Abu Dhabi. Malah Khaldoon Al-Mubarak, CEO Mubadala dan pengerusi Pihak Berkuasa Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi sebagai lembaga pengarah 1MDB.

■ Tetapi selepas modal permulaan RM5 bilion, yang dijana melalui jaminan kerajaan persekutuan, masalah telah bermula di TIA. Kerajaan negeri, yang diketuai Menteri Besar Datuk Ahmad Said mahu kuasa ke atas penggunaan wang tersebut, sesuatu yang bertentangan dengan matlamat asal penubuhan badan ini.

■ Dana tersebut sepatutnya diuruskan oleh sekumpulan profesional dan diselia oleh pengarah dan penasihat2. Ia merupakan struktur 3 lapisan untuk memastikan wang royalti dimanfaatkan sepenuhnya.

■ Tetapi tenaga penggerak utama disebalik dana ini telah mengetahui lebih awal yang semua ini lebih mudah diungkap dari dilaksanakan. Akhirnya TIA menjadi entiti persekutuan, yang melahirkan 1MDB.

■ The Edge melaporkan, Menteri Besar ketika itu Ahmad Said mahu kawalan sepenuhnya ke atas dana ini tetapi kerajaan persekutuan tidak mahu keseluruhan RM10 bilion itu diuruskan oleh kerajaan negeri.

■ Selepas dana awal RM5 bilion dijana pada Mei 2009, perpecahan telah berlaku dan pada Julai 2009, TIA menjadi 1MDB.

■ Pada PRU13 lepas, kerajaan pimpinan Ahmad Said tidak mencatatkan keputusan yang memberansangkan dan hanya berjaya memerintah semula Terengganu dengan majoriti paling tipis, 17 vs 15.

■ Beliau sepatutnya bertanggungjawab di atas kemerosotan keputusan PRU tersebut, tetapi beliau enggan meletak jawatan dan malah mengugut untuk keluar dari UMNO dan mahu membawa adun BN Terengganu yang setia padanya keluar dari BN - yang akan bermakna Kerajaan BN Terengganu akan tumbang.

■ Ini telah mencetuskan krisis Menteri Besar di Terengganu yang telah diselesaikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hanya beberapa hari kemudian. Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman telah dilantik sebagai Menteri Besar yang baru - keputusan yang telah direstui Istana -

■ Bekas Menteri Besar Ahmad Said masih lagi ADUN di Terengganu tetapi memandangkan beliau telah ‘dipaksa’ mengosongkan kerusi MB, beliau telah menjadi pengkritik PM Najib dan telah dilihat berada di sisi Tun Mahathir di beberapa acara.

■ Di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974, negeri tidak memiliki sebarang telaga minyak. Ianya dimiliki oleh kerajaan persekutuan melalui Petronas. Tun merupakan seorang yang sangat berpengetahuan dan berpengelaman, dan tidak mungkin beliau tidak ingat langsung mengenai akta tersebut dan pemilikan telaga minyak di negara yang dipimpinnya selama 22 tahun.

Apakah rahsia besar yg Ahmad Said mahu dedahkan bermula dari penyingkiran beliau dulu dari MB?

Ayat sama dialun hingga kini.
Saya ada rahsia besar tentang DS Najib ...


-Suara Dari Bumi-

Saturday, 30 April 2016

SKMM Lubuk Pro Pembangkang, Tidak Serius Tangani Isu?

Warkah yang hangat viral di facebook dan aplikasi WhatsApp:

Dr. Mazlan merupakan antara golongan bekas PAS dan bekas PKR yang bersepah-sepah dalam pentadbiran sekarang? Mengapa orang yang telah lama berjuang dengan UMNO dan Barisan Nasional tidak terpilih sebaliknya bekas calon yang kalah dan kemudian merajuk pula yang dipilih menggantikan Pengerusi dan CEO SKMM yang diketahui bermasalah semenjak dari mula?

Tidakkah tindakan ini akan membuatkan lebih banyak tentangan dari dalam parti sendiri kepada pucuk pimpinan sekalipun sebenarnya ini merupakan tindakan persendirian seorang pegawai berstatus Pengarah Strategik yang lencun kalah dalam PRU tahun 2013 apabila kena game dengan Ketua Bahagian dan calon Ahli Parlimen PAS?

Semenjak ramainya bekas PAS dan PKR diambil untuk berkhidmat dengan pentadbiran, pengurusan dan perkhidmatan awam, terlalu banyak kebocoran maklumat yang telah berlaku. Kita tidak mengatakan atau menuduh Dr. Mazlan akan membocorkan maklumat tetapi Mazlan sudah pasti akan membawa sama pasukannya kalau tidak pun menjadi boneka kepada pihak yang mengusung dia dan namanya kepada Menteri Penerangan yang baru untuk perlantikan itu.

Tambah-tambah pula SKMM sendiri merupakan lubuk yang sangat banyak emas dan galiannya!

SKMM seolah-olah tidak mempunyai peranan dalam menangani isu fitnah terhadap negara dan pemimpin kerajaan ataupun induvidu2 yg pro kerajaan sehingga dilihat sudah hilang ‘taring’ dan bagaikan tidak wujud di negara ini.
badan tersebut gagal menangani masalah dan provokasi fitnah,malah perkara itu juga semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Walaupun laporan demi laporan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak walau mereka mengemukakan bukti-bukti namun kita tidak pernah mendapat jawapan positif.

“Kita hanya menerima satu jawapan yang dinamakan ‘fail sedang dibuka’ atau ‘sedang disiasat’ walaupun jelas pelaku2 jenayah siber secara terang2 melakukan pelbagai kesalahan tapi skmm bagaikan buta dan tuli.

Friday, 29 April 2016

Calon Melayu DAP Sarawak Ada Krisis Moral, Mabuk Dan Kaki Clubbing?

Kata orang cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar. Mungkin itulah gambaran anak muda Melayu ini begitu angkuh setelah menjadi calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Bagi sesiapa yang sering mengikuti ceramah kempen Abdul Aziz Isa Maridon, dia memang biadap kerap hina Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebagai boghut iaitu dialek bahasa Hokkien bermaksud pengecut.

Konon, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu ditohmah takut ‘bertemu’ dirinya di kerusi Batu Kitang dan memilih kerusi selamat di Tanjung Datu di sebalik kenyataan 75 peratus kaum Cina Sarawak menyokong Adenan.

Abdul Aziz Isa dengan sombong mendakwa parti PBB diterajui Adenan juga rasis berbanding DAP mencalonkan dia di Batu Kitang waima majoriti pengundinya Cina sebagai bukti parti pembangkang itu bukan perkauman.

Hakikatnya, Abdul Aziz Isa terlupa masyarakat Melayu di Sarawak sedar tindakan DAP meletakkan dia di situ bertindih pula sekutunya PKR kerana bimbang akan kalah teruk di kawasan majoriti pengundi bumiputera Islam.

Menurut sumber tempatan, rekod moral Abdul Aziz Isa dalam kalangan umat Islam Sarawak bukanlah baik sejak dia pernah membawa isu kelemahan pengurusan Baitulmal negeri itu yang sebenarnya tidaklah kritikal sangat.

Itu cerita zaman dulu dan sejak itu nama Abdul Aziz Isa menjadi semakin teruk apabila tersebar cerita dia pernah minum arak di sebuah bar terkenal selain memang dikenali sebagai kaki sosial ‘clubbing‘ di pusat hiburan elit.

Gambar dia teguk arak beer bukan rahsia sehingga pernah tersebar perbualan WhatsApp si Abdul Aziz dengan seorang wanita (dipercayai kekasihnya) marah dia sebagai ‘kaki mabuk’ sampai terlibat dalam satu kemalangan.








Memang betul siapalah tidak pernah buat dosa masa muda dan kembali bertaubat apabila insaf. Masalahnya, Abdul Aziz Isa pula kata sumber lagi ibarat alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai terus ke pangkal lengan.

Selain pernah dilabel sebagai lelaki lembut (lebih teruk ada pula dakwa dia pondan), imej Abdul Aziz Isa di mata masyarakat Islam Sarawak ‘sifar cemerlang’ kerana dianggap berfikiran liberal, celupar dan suka maki hamun.

Anak saudara bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud (kini Yang Dipertua Negeri) ini juga bukan contoh role model dalam arena siasah apabila dikatakan terlalu gelojoh bercita-cita mahu menjadi ketua menteri.

Tidak hairanlah dia terpaksa keluar PBB tetapi akibat ‘dendam’ kepada parti teraju komponen BN Sarawak itu, dia buat fitnah PBB dan UMNO konon sebagai rasis hanya untuk orang Melayu berbanding DAP yang multiracial.

Itulah modal sering dicanangkan Abdul Aziz Isa setiap kali ceramah atas pentas DAP hingga terlupa bahawa PBB turut disertai kaum pribumi Dayak manakala UMNO juga dianggotai orang Siam dan bumiputera bukan Islam.

Bayangkanlah jika Abdul Aziz Isa bertanding di kerusi Melayu, semua cerita zaman lampau moral busuk dirinya akan didedah lebih teruk oleh BN dan inilah amat ditakuti oleh DAP sendiri kerana dia dianggap anak emas DAP.

Justeru, memang patutlah Abdul Aziz Isa bertanding bukan di kerusi Melayu kerana kaum Cina yang ‘tegar’ DAP tidak mempersoalkan berapa botol arak diteguk olehnya selain tidak peduli dirinya suka pergi lepak kelab malam.

Setakat ini belum pernah Abdul Aziz Isa menonjolkan dirinya kaki beribadah di dalam masjid atau terlibat aktif dengan aktiviti keagamaan umat Islam setempat dan kita pun boleh agak kenapa sebabnya!


Tuesday, 19 April 2016

Tuduh Wanita Ada Anak Luar Nikah: Laporan Polis Dibuat Terhadap Pemilik Blog Parpukari [Video]

PULAU PINANG – Seorang wanita yang kecewa apabila diaibkan dengan fitnah mempunyai anak luar nikah di laman media sosial tampil membuat laporan polis, pagi tadi.

Munirah Abdul Latheef yang sedih menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab oleh indidvidu yang dikenali sebagai Salim Iskandar itu sebagai satu fitnah yang maha dahsyat.

“Saya membuat laporan polis ke atas pengaiban yang dibuat ke atas saya oleh Salim Iskandar dan ingin menegaskan sekeras-kerasnya (serta) menafikan bahawa anak yang dituduh itu anak (luar nikah) saya.

“Saya (telah) menikah dan melahirkan anak (tersebut) secara sah dan bukannya seperti yang digembar-gemburkan (kononnya) saya telah melahirkan anak haram, itu semua satu fitnah yang maha dahsyat macam mana nak jawab di akhirat nanti,” tegasnya sejurus selepas membuat laporan di IPD.




Munirah turut mendakwa Salim yang merupakan pengendali laman blog Parpukari itu telah menyebarkan poster yang menuduh dirinya mempunyai anak luar nikah di laman Facebook.

“Yang dok buat fitnah tu baik fikir balik, hang (kamu) tak kenal aku siapa tapi aku tahu hang siapa. Jangan jadi anak dajal denagn menyebarkan fitnah. Hang siapa nak minta aku tunjukkan surat beranak anak aku?

“Aku tak kenal hang mana punya benggali, mana punya mamak, mana punya haram jadah jangan dok buat fitnah, Aku berani buat laporan polis hari ini sebab aku berani (yakin) berada di pihak yang benar,” tegasnya lagi.

Beliau turut menggesa mereka yang tidak bertanggungjawab itu segera menghentikan fitnah jahat tersebut.

Terdahulu Presiden Nadi Rakyat, Rafi Awang Kechik turut membuat laporan polis pada Ahad, apabila dihina dan diaibkan terhadap individu yang sama di laman media sosial.

Menurut Rafi tindakan mengunakan akaun Facebook palsu untuk menghina, mengeji dan mengaibkan diri dan keluarganya itu perlu dihentikan segera.


Sumber: SuaraTV

Saturday, 16 April 2016

Selepas Ketua Puteri, Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu Bakal Ditukar?


Pemuda Umno Negeri Terengganu disarankan bergerak lebih aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti turun 'padang' dalam mengenalpasti masalah rakyat serta mendampingi mereka untuk menerangkan isu-isu semasa yang berlaku di dalam Umno.

Paling tidak, Ketua Pergerakan Pemuda Malaysia perlu menukar Ketua Pemuda Negeri yang sedia ada kepada orang yang lebih komited. Jika Ketua Puteri Malaysia berani lakukan perubahan kenapa tidak Khairy Jamaluddin yang terkenal dengan ketegasannya.

Menurut sumber, Pemuda Umno di peringkat negeri, yang diketuai oleh Johari Abu Bakar, seharusnya bergerak lebih aktif dalam mengaturkan program-program berjumpa dengan rakyat.

"Pemuda Negeri kena fikirkan program-program yang memberi impak positif kepada parti keramat kita untuk difokuskan kepada pemuda dan belia dan bukannya menumpang di atas program-program ketua pemuda bahagian lain.

"Sekurang-kurangnya, dia (Johari) buat sesuatu yang memberi kesan baik kepada parti di mana pemuda-pemuda dan belia-belia di Terengganu faham akan perjuangan parti untuk agama, bangsa dan tanah air," katanya.

Sumber pemuda pusat turut menyokong bahawa sepanjang Johari memegang tapak Ketua Pemuda Perhubungan Umno Negeri di bawah pimpinan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, tiada program dizahirkan sendiri daripada idea beliau.

Katanya lagi, di masa kini, program-program berkaitan dengan belia tidak perlu terlalu gempak yang menelan belanja yang besar tetapi cukup sekadar program yang cakna terhadap mereka.

"Pemuda Umno mesti rapat dengan belia-belia, bukan sahaja di kampung dan bandar malah pengundi yang berada di luar Terengganu.

"Mereka (belia) mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dibawa oleh pembangkang dan sekiranya dia (Johari) tidak buat program turun padang menerangkan isu-isu semasa yang berlaku dalam parti dan negara, mereka akan percaya kepada dakyah yang tidak betul dan seterusnya akan memberi undi kepada pembangkang pada pilihanraya nanti," katanya.

Beliau turut berkata sebagai Ketua Pemuda Umno di peringkat negeri, peranannya amat besar sekali terutamanya dalam mempertahankan apa jua isu yang berlaku dalam parti mahupun berkaitan dengan pemimpin nombor satu negeri.

"Saya tidak tipu. Kadangkala menteri besar juga difitnah (dalam media sosial dan sebagainya) dan sayangnya, di mana tindakan Johari? Adakah beliau terus pergi membuat laporan polis dan membuat sebarang kenyataan?

"Sepatutnya, apabila berlaku sebarang kejadian mahupun perkara yang besar berlaku, sesuatu kenyataan yang mempertahankan parti dan pemimpin bermula daripada sayap-sayap parti sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan oleh majlis tertinggi perhubungan negeri," katanya.

Ujarnya, beliau bukan berniat untuk mempersoalkan tindakan Johari mahupun Ketua Pemuda Umno yang lain tetapi sekadar menegur untuk kebaikan parti, bangsa, agama dan tanah air.

"Boleh mula dah (untuk bergerak turun padang berkempen secara perlahan-lahan) bagi menghadapi PRU ke 14," tambahnya.

Thursday, 14 April 2016

Zakir Naik Mengadap Sultan Mizan, Bukan Ahmad Said

Tatkala mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta untuk mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi pembubaran dewan undangan negeri, penceramah agama antarabangsa, Dr Zakir Naik pula yang diterima untuk dibawa mengadap.
Ini sekaligus memberi persepsi bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin tidak berminat untuk bertemu dengan Ahmad bagi membincangkan isu politik yang digoncangnya malah lebih tertumpu kepada isu-isu agama yang berlaku.

Sekiranya Istana Terengganu menerima permohonan Ahmad untuk dibawa mengadap Sultan Mizan Zainal Abidin, sudah lama Ahmad mensensasikan cerita dengan mengatakan bahawa Sultan Terengganu telah berkenan untuk membubarkan dewan undangan.

Tetapi, sebaliknya berlaku dan Sultan Mizan Zainal Abidin turut meluangkan masa hampir satu jam dengan Dr Zakir, diiringi oleh menteri besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Istana Syarqiyyah, Cendering hari ini.

Mengapa Sultan Mizan Zainal Abidin boleh meluangkan masa hampir satu jam dengan Dr Zakir tetapi tidak langsung menerima Ahmad untuk mengadap?