Wednesday, 28 December 2016

Setiausaha Agong PERKASA "Makan Keliling"?




Dulu orang tua cakap kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Sekarang anak muda zaman internet cakap kalau tiada bukti masakan ribut dalam grup WhatsApp. Mungkin Syed Hassan perlu perjelaskan mengenai paparan sistem pesanan ringkas (SMS) yang biasa kita terima apabila melakukan transaksi perbankan atas talian. Dan pesanan ini biasanya diterima oleh mereka yang membuat pembayaran dan bukannya yang menerima wang tersebut.

Menurut sumber lagi, kemungkinan besar ini berlaku kerana si pemberi duit sudah tidak tahan lagi dengan perangai Syed yang dikatakan suka meminta minta. Kerja malas tapi berlagak bagaikan orang kaya. Kalau setiap 'mangsa' kena bagi duit RM200-RM300 dan jumlah mangsa 100 orang sebulan. Anda boleh bayang berapa 'hasil tol' yang beliau kutip selama ini?

Tambah sumber, pendedahan ini berlaku mungkin kerana sudah mula berlaku pergeseran pendapat antara mereka berhubung isu-isu politik tanahair yang terkini. 

Syed Hassan mula menonjolkan diri sebagai panglima perang siber Mahathir nombor satu. Sepatutnya kedudukan beliau di NGO Perkasa perlu berhati-hati memuat naik status di facebook atau sebagainya terutama tentang isu-isu politik semasa kerana bakal mengundang persepsi negatif terhadap NGO yang diwakilinya.

Syed Hassan wajar perjelaskan sekiranya dakwaan tentang 'makan keliling' ini tidak benar dan Ibrahim Ali juga perlu membuat kenyataan rasmi bahawa status 'Setiausaha Agong Perkasa' sememangnya tidak bergaji atau sebaliknya.

Mahfuz guna istilah 'makan keliling' ini juga untuk membidas PAS.

Tuesday, 27 December 2016

Perlukah Isteri Wakil Rakyat Tunjuk Bermegah Mewah?




Samada Wakil Rakyat dari pihak kerajaan yang memerintah atau pun dari parti pembangkang, semuanya perlu peka dengan sensitiviti rakyat sekarang.

Di Selangor, pelbagai masalah rakyat masih dan belum dapat diselesaikan dengan sempurna. Wakil Rakyat Pakatan hidup mewah dan isteri mereka juga tumpang bermewah sakan.

Di Pulau Pinang, keluarga Ketua Menteri, Lim Guan Eng hidup senang lenang tidak seperti mana yang beliau selalu tohmah orang lain amalkan rasuah. Perlukah sambut harijadi ayah kepada Ketua Menteri secara bermewah?

Di Kelantan, rakyat semakin terhimpit tetapi pemimpin kerajaan PAS hidup mewah. Lihat sahaja kereta mewah mereka dan rata-rata wakil rakyat PAS ada lebih dari sebuah banglo mewah serta mempunyai kondo mewah di KL?

Wakil rakyat yang bertaraf menteri juga perlu jaga sensitiviti yang serupa. Benarkah ini gambar isteri Noh Omar sedang bercuti di Las Vegas?

Tidak salah bercuti ke langit sekali pun namun perlukah tunjukkan gaya hidup mewah?


Saturday, 17 December 2016

'Skandal Seks Anina' - Pemuda PPBM Bakal Buat Laporan MAIK Esok

Menurut sumber bilik gerakan strtegi siber pakatan harapan, satu laporan kepada pihak jabatan agama Islam Kedah bakal dibuat esok oleh anggota pemuda parti PPBM. Ini berikutan kes skandal seks yang didakwa melibatkan Ketua Serikandi PPBM Malaysia Anina Saaduddin dan pasangannya di sebuah hotel di Langkawi.

PPBM dilihat gagal menguruskan isu yang membabitkan imej parti yang baru setahun jagung. Walau ahli di dalam PPBM semuanya orang lama dan hampir 100% bekas ahli UMNO, tetapi gagal mengurus isu. Menurut sumber ini kerana selama mereka di dalam UMNO, mereka tidak peduli sedikit pun tentang hal sebegini.

Tun Dr Mahathir yang memegang kuasa lebih 20 tahun sebagai ketua UMNO Malaysia pun gagal dan dilihat seperti membiarkan sahaja Anina mengharunginya seorang diri. Tidak seperti mana ketika Rafidah Aziz diserang satu ketika dahulu di dalam UMNO.

Wakil pemuda PPBM ingin supaya skandal seks yang didakwa melibatkan ketua wanita mereka ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Jalan terbaik adalah melibatkan pihak jabatan Agama Islam Kedah kerana lokasi yang disebutkan adalah di sebuah hotel di Langkawi.

Friday, 9 December 2016

PWTC: Datuk Facebook Kena Pukul Kerana 'Anjing'



Zaharin Yasin sememangnya terkenal di kalangan pelayar faceebok sebagai individu yang sentiasa memuat naik status yang panas terutamanya apabila memaki hamun kerajaan termasuk memaki hamun Perdana Menteri.

Beliau turut terkenal menyerang 'lawannya' dengan pelbagai gelaran haiwan termasuk 'anjing'. Dan hari ini bagaikan buku bertemu ruas, menurut sumber beliau dipukul dengan tapak kasut di mukanya oleh salah seorang yang beliau gelarkan anjing di PWTC.

Menurut sumber yang lalu lalang di dalam PWTC, Zaharin yang memperolehi gelaran Datuk dari Sultan Pahang terus melarikan diri setelah dipukul dengan tapak kasut dan sempat memuat naik status facebook peribadinya seperti yang tertera.

Sebagai seorang Datuk bergelar, beliau sepatutnya menjaga airmuka istana. Tambahan pula beliau sudah mencapai umur lebih 65 tahun. Tidak manis seorang pemain tegar facebook yang mengaku pro BN menulis perkara yang tidak sepatutnya. 

Beliau juga terkenal dengan gelaran "Salam Balik Tiang". Penunggu tiang PWTC. Apa maksudnya gelaran yang diberikan kepadanya itu?

Thursday, 8 December 2016

Cucu Mahathir Sambut Krismas?


Cucu kepada negarawan Mahathir yang juga perdana menteri negara selama 22 tahun ini sememangnya terkenal dengan aksi-aksi yang seksi melalui akaun peribadi intagram miliknya. Beliau yang juga anak kepada bekas menteri besar Kedah yang dipecat kerana gagal menguruskan rakyat Kedah dengan baik. Ally, itulah nama akaun instagram anak Mukhriz yang juga cucu kesayangan Mahathir ini.

Hangat diperbahaskan mengenai tingkah beliau yang tidak manis dan ada yang mengatakan Ally mencabar akidah sebagai umat Islam. Cucu Mahathir ini juga dikatakan dengan teruja menyambut hari hantu atau halloween sebelum menjelang hari raya orang kristian, krismas.

Di dalam gambar yang beliau sendiri muat naikkan di laman internet miliknya, menurut sumber itu adalah sepupu beliau dan sekiranya benar maka individu seorang lagi itu juga cucu Mahathir. Seluruh rakyat Kedah dan warga Malaysia tahu bahawa hampir kesemua anak cucu Mahathir mendapat pendidikan di luar negara. 

Gaya hidup anak Mukhriz ini sudah menjadi bualan warga internet dan kebanyakannya meluahkan betapa bebasnya gaya hidup cucu mantan perdana menteri selama 22 tahun ini. Gambar di dalam akuan intagram miliknya sentiasa menunjukkan kemewahan yang beliau kecapi bersama adik beradik dan isteri Mukhriz juga.

Barangan berjenama, percutian mewah dan tempat makan yang mahal-mahal menjadi tayangan anak Mukhriz ini kepada rakyat Malaysia. 

Ally Mukhriz ingin perjelaskan sesuatu?

Anwar Bebas Bersidang Media: Ada Unsur 'Upah'?

Pihak penjara Sungai Buluh perlu dedahkan perkara sebenar apabila sudah mula membangkitkan persoalan demi persoalan berkaitan dengan ketelusan 'mengiring Anwar' dan juga beberapa tatacara banduan yang lain. Anwar dilihat begitu istimewa sehinggakan tidak ada satu pun gambar yang menunjukkan Anwar "patuh" kepada peraturan am penjara.

Dari gaya rambut, pakaian banduan, sel penjara dan kebebasan mengeluarkan kenyataan samada melalui peguam beliau, ahli keluarga atau ketika beliau berada di mahkamah. Pihak penjara Sungai Buluh perlu keluarkan kenyataan rasmi berhubung kekeliruan yang tertera di atas. Ini bagi memberi keadilan kepada banduan yang turut menjalani hukuman sebagai penjayah turut sama menikmati apa yang Anwar perolehi.

Sekiranya apa yang Anwar lakukan bercanggah dengan peraturan penjara maka Kerua Penjara Sungai Buluh perlu diambil tindakan termasuk memecat beliau. Sekiranya tidak bercanggah maka banduan lain yang melakukan jenayah setara dengan apa yang Anwar lakukan berhak mendapat keistimewaan tersebut juga.

Pihak penjara Sungai Buluh perlu dedahkan segera peraturan penjara untuk banduan yang melakukan jenayah berat seperti meliwat kerana peguam Anwar membuat kenyataan bahawa Anwar bebas membuat kenyataan akhbar dan penjara tidak boleh menahan hak tersebut.

Wednesday, 7 December 2016

Ketua Pengarah Penjara Sungai Buluh Wajar Disiasat - Intim Dengan Anwar?


Anwar kelihatan terlalu bebas di bawah seliaan penjara Sungai Buluh bukan suatu perkara baru. Bebas mengeluarkan kenyataan kepada pihak media setiap kali beliau hadir di mahkamah adalah satu 'keistimewaan' yang tidak ada pada banduan yang bersalah atas tuduhan jenayah berat.

Walau pun pihak penjara menafi sekeras-kerasnya namun lensa kamera tidak boleh menipu. Sejumlah pegawai penjara Sungai Buluh yang mengiri Anwar dilihat tidak mampu untuk aturkan bagaimana supaya penjenayah liwat, Anwar Ibrahim tidak boleh atau dilarang keras untuk 'mengadakan sidang akhbar'. Dari lensa kamera boleh dilihat pegawai penjara Sungai Buluh hanya bertindak seperti pegawai pengiring khas Anwar dan bukannya seperti pengiring penjenayah.

Masyarakat Malaysia tahu liciknya Anwar. Bukan sahaja mampu berlakon sakut dan sebagainya tetapi mampu mengeluarkan kenyataan akhbar dari bilik penjara. Anwar juga tidak pernah memakai pakaian banduan seperti banduan yang menjalani hukuman di atas kesalahan yang mereka lakukan. Kecilkah jenayah yang dilakukan oleh Anwar? Meliwat bekas pekerja umpama mengadakan hubungan jenis dengan paksaan.


Dalam kejadian di mahkamah syariah beberapa hari yang lalu, Anwar dilihat tidak diiring oleh pegawai dan pengawal penjara Sungai Buluh. Yang kelihatan adalah isterinya Dr Wan Azizah dan juga peguam Anwar. Kemana pegawai-pegawai tersebut? Naik lif pun Anwar kelihatan bebas di mahkamah tersebut. Ada jawapan yang munasabah dari penjara Sungai Buluh?

Lebih baik pecat atau tukar sahaja ketua penjara sekiranya tidak mampu melayan banduan sama rata. Atau ketua penjara Sungai buluh juga termakan hasutan pembangkang bahawa Anwar hanya banduan politik dan bukannya individu yang melakukan penjenayah?

Sunday, 4 December 2016

Ratu Naga Tidak Dibenarkan Memasuki Persidangan DAP

Dari bilik sektariat pakatan harapan, Ratu Naga dihalang dari cuba memasuki dewan tempat berlangsungnya persidangan DAP bagi tahun 2016. Menurut sunber ini berikutan beliau tidak mempunyai 'pass media' yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sepertimana wakil media yang seperti kelazimannya. Pengeluaran 'pass media persidangan' hanya diberikan kepada mereka yang betul-betul bergelar wartawan, samada media cetak, media elektronik dan media sosial.

Ratu Naga gagal membuktikan beliau mewakili media mana. Gagal membuktikan beliau adalah penulis atau pemilik mana-mana laman sosial kecuali facebook. Sumber menjelaskan, persidangan DAP bukan tempat untuk pelayar facebook.

Ratu Naga juga gagal menunjukkan kad media yang membuktikan beliau wakil parti PKR kerana menurut krew pakatan harapan, Dr Wan Azizah ditemani oleh pegawai medianya sendiri.

Beliau cuba membuat kecoh dengan meninggikan suara namun beliau dihalau keluar dari bangunan tempat berlangsungnya persidangan.

Tuesday, 29 November 2016

Ratu Naga Dipecat Dari Pasukan Elit Siber PKR

Belum cukup sebulan dari jawatan yang disandang dengan jalan mudah, di atas desakan yang kuat dari team J13 PKR pro Wan Azizah, akhirnya Ratu Naga tidak lagi menjadi ketua pasukan elit siber PKR.

Menurut sumber rapat pakatan harapan, Ratu Naga gagal di dalam isu menyerang Jamal Yunos dan gagal menaikkan imej Bersih5. Banyak dana yang dikeluarkan untuk bersih5 tetapi Ratu Naga gagal mengeluarkan artikel yang boleh memberi impak yang besar. Hanya mencedok dari Malaysiakini dan tidak berada di lokasi yang sepatutnya. Turut gagal menempatkan anggota pasukan elit siber PKR seperti yang dijanjikan pada hari tersebut. Kesannya, hanya cerita dan gambar Tun Dr Mahatir sahaja yang mendapat liputan meluas sedangkan cerita kehadiran pemimpin PKR tidak wujud langsung.

Sumber rapat pakatan harapan juga mendedahkan bahawa Ratu Naga bukannya seorang penulis dan blog beliau tidak tersenarai langsung di Alexa Ranking. Nama blog beliau juga tidak pernah muncul di mana saluran berita internet. Beliau hanya seorang pelayar facebook, tidak lebih dari itu.

Imej Ratu Naga juga turut tercalar sejak beliau terlibat dari skandal penipuan tandatangan deklarasi rakyat idea Dr Mahathir. Terdedah salah laku penipuan wang upah. YB Zuraidah seperti orang kena guna-guna apabila membuat majlis besar-besaran menyambut Ratu Naga menyerahkan borang keahlian PKR. Acara yang tidak pernah berlaku pada mana-mana individu pemain internet dan YB Zuraidah lakukannya dengan perbelanjaan yang besar. Untuk siapa? Untuk Apa?

Elaun RM8ribu sebulan berbaloi? - pertanyaan dari kem pasukan siber elit Wan Azizah.

Man Badak Cabar Datuk Seri 'Sulu' Zainal Dan Abang Kucing Bertumbuk Di Depan Rumah

Tidak sampai seminggu nampaknya cabaran kumpulan Datuk Seri Zainal Abidin mencabar Datuk Seri Jamal Yunos bertumbuk telah disambut oleh penyokong tegar Jamal yang hanya ingin dikenali sebagai Man Badak.

Menurut Man Badak, beliau mengenali Zainal sejak sekian lama. Zainal pernah mengaku beliau adalah Presiden Karyawan Malaysia dan semua yang terlibat di dalam industri hiburan Malaysia kenal sangat dengan "Datuk Seri" ini. Siasatan telah dibuat dan mendapati beliau tidak pernah menerima gelaran Datuk Seri tersebut dari mana-mana istana di negara ini. Menurut sumber, Zainal menerima gelaran ini dari 'Kerajaan Sulu' - Zainal perlu tampil menjawap isu berhubung dengan anugerah Datuk Seri ini.

Zainal seorang pembohong besar. Dahulunya dana yang beliau perolehi dari UMNO atau mana-mana agensi kerajaan untuk membuat program atas nama kelab yang beliau sertai dikatakan tidak pernah beliau nyatakan bahawa itu sumbangan dari UMNO atau Kerajaan Pusat. Beliau cuba tonjolkan bahawa itu 'dari beliau sendiri'?.

Zainal juga turut mengaku beliaulah yang memujuk Wanita UMNO Kedah supaya terima Mukhriz sebagai Menteri Besar dan mengaku beliau amat rapat dengan Sultan Johor sehinggakan boleh berhubung bila-bila masa melalui aplikasi WhatsApp.

Zainal juga mengaku beliau begitu rapat dan bertanggungjawab memenangkan Aziz Sheikh Fadhil di kerusi parlimen Kulim. Kata Man Badak lagi.

Saya yakin bahawa Zainal yang terkenal dengan kaki auta, kaki cucuk dan kaki ampu yang berada di belakang 'abang kucing' dan mahukan ini berlaku - Man Badak.

Saya cabar secara rasmi:-

Lokasi - Hadapan rumah Zainal di Mutiara Damansara
Tarikh - Bila-bila masa yang Zainal rasakan beliau bersedia
Masa - Bila-bila masa yang Zainal suka
Syarat - Tiada syarat dan tidak terikat dengan undang-undang kerana sukarela.

Samada saya menang atau kalah di dalam acara tersebut, saya akan teruskan juga cabaran ini terhadap insan yang menggelarkan dirinya abang kucing. Terma yang sama.

Sunday, 20 November 2016

Kumpulan Baju Kuning Solat Salah Kiblat & Tidak Berwuduq?

Kedudukan masjid India hanya 3 minit sahaja masa berjalan kaki dari tempat kumpulan ini bersembahyang. Sumber untuk mengambil air sembahyang pula lebih jauh dari masjid India. Walaupun ada hotel berdekatan, Swis Hotel namun menurut pengurusan Hotel mereka tidak benarkan penggunaan tandas sebagai tempat mengamnil air wuduq.


Bagaimana mereka tetapkan arah kiblat kerana arah kiblat masjid India tidak sama dengan tempat kumpulan ini cuba menunjukkan kealiman mereka. Maka hanya sedikit sahaja yang turut bersolat dari jumlah 40 ribu peserta bersih 5 yang hadir.

Thursday, 17 November 2016

Isteri Adam Rosly Hidup Seperti Permaisuri Raja

Menatang minyak yang penuh. Kecil tapak tangan, Istana Disney Ampang aku sediakan. Barangkali itu ungkapan Adam kepada isterinya Puteri Balqis yang dilumuri dengan kemewahan mengatasi isteri-isteri konglomerat atau korporat yang mengambil masa berpuluh tahun untuk membina empayar perniagaan dan mengecapi kemewahan. Tidak bagi Adam dan isterinya.

Kisah terhangat terkini, menurut sumber pakatan harapan, isterinya sibuk sakan bershopping di dalam dan luar negara hampir setiap bulan. Destinasi pilihan berbelanja mewah ialah di London dan Paris. Beg, pakaian dan kasut berjenama global menjadi kegemaran isteri beliau. Manakala shopping barang kemas pula hampir setiap minggu?

Benarkah soksek soksek ini? 

Hanya Adam dan isterinya sahaja yang tahu dan bila SPRM masuk menjenguk mereka berdua maka soksek ini bakal terjawab sempurna.

Ratu Naga Berbohong Hamil & Beranak - J13

Satu kumpulan netizen bernama singkatan J13 yang sudah lama bersama Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan terlalu kecewa dengan tindakan yang terbaharu oleh Zuraida. Mereka terdiri dari orang lama dalam perjuangan medan siber. Mereka seperti anjing kurap yang sudah dibuang. Seperti madu disedut licin dan sepah dibuang. Itulah kenyataan yang mereka terpaksa terima kini.

Bagaimana Zuraida begitu mudah melupakan jasa pengorbanan mereka selama ini. Menaikkan dan mematikan langkah musuh dari luar dan juga dalaman PKR.

Isu terbaharu mereka kerja round the clock adalah harta kekayaan Zuraida terbocor dan diketahui umum. Lantas kumpulan J13 mempertahankan Zuraida dengan mengeluarkan senarai hanya beberapa kenderaan yang tidak mewah dan sembunyikan aset kemewahan yang lain terutama harta kediaman yang bertaburan di Selangor, Pulau Pinang dan mungkin di Indonesia.

Taktik menggunakan tajuk kereta Zuraida atas nama orang lain juga digunakan oleh Adam Rosly semalam dan kumpulan ini dapat mengagak Ratu Naga meniru strategi mereka ketika mempertahankan kebocoran kemewahan Zuraida.

Pemaju dan kontraktor mana yang tidak kenal Zuraida. Wan Azizah pula mungkin dapat tempias beberapa buah kondominium dan rumah mewah di Selangor terutama di daerah Ampang.

Bagaimana Zuraida sanggup membayar Ratu Naga sebanyak RM8000 sebulan dan akan dilantik menjadi Ahli Majlis PBT sedangkan kami hanya RM2000 untuk dikongsi dengan 13 orang cybertrup. Keluhan J13 ini bagaimanapun tidak diendah oleh Zuraida.

J13 ada rahsia besar Ratu Naga tentang kesah hamil & Beranak.

Wednesday, 16 November 2016

Adam Bayar Ratu Naga Untuk Bersihkan Reputasi?

Licik. Itulah Ratu Naga menurut sumber. Hari ini diberitakan wakil Ratu Naga bertemu dengan pegawai khas Adam semata-mata untuk selesaikan isu kekayaan luarbiasa yang dimiliki oleh Adam.

Pendedahan memiliki rumah mewah dengan harga jutaan ringgit dan beberapa kereta yang juga bernilai jutaan ringgit telah membawa reputasi Adam sebagai pegawai khas Zuraidah. Walaupun Zuraidah telah menafikannya namun menurut sumber pakatan harapan, jawatan Adam sebagai pegawai khas Zuraidah mengkhususkan tanggungjawab sebagai broker projek antara PBT dan kontraktor.

Bukan jawatan rasmi yang tercatat di dalam organisasi pentadbiran Zuraidah tetapi Pegawai Khas kerja-kerja yang sulit dan kerana itu maka Adam tiada di dalam carta pegawai politik Zuraidah.

Ratu Naga sedang menyusun untuk membalas serangan media pro BN. Adam dikatakan mengeluarkan arahan supaya mengeluarkan isu yang sama, mendedahkan rumah-rumah pemimpin BN kecuali Najib kerana rumah Adam lebih besar dari rumah Najib perdana menteri.

Sasaran Ratu Naga adalah rumah pemimpin pemuda BN yang asalnya zero.

Sumber mendedahkan Ratu Naga perolehi bayaran yang lumayan dan Adam tidak yakin pasukan siber PKR yang lain mampu menguruskan isu peribadi beliau.

Ratu Naga Bakal Dilantik Ahli Majlis PBT

Menurut sumber pakatan harapan, hasrat Ratu Naga musnah apabila isu kekayaan luarbiasa Adam Rosly mula terdedah. Keputusan beliau menyertai PKR bukanlah untuk perjuangkan kebebasan Anwar semata-mata tetapi untuk menjadi seperti Adam Rosly. Jutawan Muda rangkaian YB Zuraidah.

Pendakian beliau untuk menjadi Adam Rosly baru sahaja bermula. Lantikan sebagai Ketua Unit Media Sosial PKR di bawah YB Zuraidah adalah langkah kanan menuju cita-citanya. Namun hampa berikutan kekecohan isu skandal rasuah mega ini. Elaun bulanan, menurut sumber pakatan harapan, Ratu Naga dibayar RM8000 sebulan melalui proksi YB Zuraida?

Sumber dari pakatan harapan juga mendedahkan, Ratu Naga sedang melobi untuk menjadi Ahli Majlis di bawah naungan parlimen YB Zuraida dan perlantikan tersebut bakal berlaku setelah tamat tempoh kontrak penggal jawatan ahli-ahli majlis.

Walaupun mendapat tentangan tetapi siapa yang berani melawan YB Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR Malaysia? Pernah sekali kumpulan pro Azmin Ali cuba menyusun anggota Majlis PBT namun semuanya ditolak mentah-mentah oleh YB Zuraidah.


Tahun 2017, rakyat Selangor bakal menyaksikan muka-muka baharu Ahli Majlis PBT dan kesemuanya adalah dari kumpulan YB Zuraidah.



Hiasan

Tuesday, 15 November 2016

Group Kami Guru Malaysia (KGM) Isytihar Perang Dengan Kerajaan Pusat?

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Facebook telah menjadi medium sosial kegilaan ramai sejak 5 tahun kebelakangan ini. Walaupun hebat menghadapi saingan dari medium sosial alternatif seperti Telegram, Whatsapp, Tweeter dan lain-lain, namun ia tetap menjadi pilihan orang lama dan baru untuk menjadi sebahagian daripada 'dunia baharu' ciptaan Mark Zuckerberg ini.

Pelbagai fungsi dan kelebihan yang disediakan oleh Facebook membolehkan pengguna mewujudkan platform seperti 'page', group dan terkini FB LIVE yang membolehkan para pengguna merakam serta memuat turun video secara langsung dari lokasi mereka berada.

Di Malaysia, pelbagai genre 'page' dan 'group' tumbuh bagai cendawan selepas hujan turun. Ada yang menetapkan hala sokongan politik tertentu, ada yang berkongsi hobi dan ada juga yang sekadar 'syok' sendiri. Ada juga dalam kalangan 'group' tertentu yang ditubuhkan mengikut pekerjaan majoriti ahli kumpulan dan juga kegemarannya.

Dalam kalangan penjawat awam juga aktif memainkan peranan mewujudkan 'group' yang murni pada awal tujuan penubuhan dan kemudian lama kelamaan bertukar menjadi sarang kumpulan anti kerajaan. Dengan penetapan 'admin' yang mempunyai kecenderungan politik tertentu mengambil kesempatan untuk menabur racun serta doktrin memburukkan kerajaan semasa yang memerintah kepada ahlinya.

Walaupun mereka menyedari ia sebenarnya menjadi kesalahan mengikut Buku Perintah Am kerana mengeluarkan kenyataan di media tanpa kebenaran ketua jabatan masing-masing kerana mereka beranggapan bahawa akaun FB mereka bersifat peribadi dan adalah menjadi hak mutlak mereka untuk menulis apa jua secara bebas.

Paling menarik perhatian ketika ini ialah pertembungan ego dan super ego serta bengong dan super bengong sebuah group penjawat awam dengan seorang doktor pakar. Isu ini dikatakan bermula apabila doktor pakar berkenaan yang sentiasa menulis mengenai isu dan pelbagai perkara berkaitan kerajaan menyentuh mengenai guru dalam tulisannya.

'Printscreen' status doktor pakar tersebut telah viral dan dilaporkan telah dipaparkan dalam sebuah group yang dikenali sebagai Group Kami Guru Malaysia (KGM) yang turut mempunyai sub-group kononnya khusus untuk memberikan guru yang ada meluahkan perasaan, geram dan marah kepada kerajaan.

Sumber memberitahu hampir tiada status menghentam keburukan pembangkang yang dinaikkan atau diluluskan admin group tersebut. Hanya isu atau status pro pembangkang sahaja yang dilepaskan serta sentiasa menjadi perhatian untuk diprovokasi oleh barisan admin yang majoritinya adalah guru yang masih berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelik tetapi ia benar berlaku. Alasan yang selalu diberikan ialah ia adalah hak bersuara dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Namun hujah tersebut biasanya tidak akan terpakai untuk setiap status yang cenderung kepada pro kerajaan.

Di antara pemimpin negara yang sering menjadi sasaran hentaman, hinaan, caci maki ahli group tersebut ialah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dan Dato Ahmad Maslan serta beberapa orang lagi pemimpin yang sentiasa akan menjadi bahan mainan mereka yang ada dalam sub-group berkenaan.

Menurut sumber, pihak KPM sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kewujudan group ini tetapi anehnya mereka tidak mengambil apa apa tindakan sekali pun terhadap mana mana admin atau ahli yang secara terang menjadi 'tali barut' kepada pembangkang dalam group ini.

Walaupun ada yang lebih berani mencabar pihak atasan di KPM namun sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada tindakan lanjut yang tegas diambil terhadap salah laku dan etika guru dalam group tersebut. Menteri pula sekadar memberi amaran lembut mungkin kerana risau guru guru membenci beliau dan ini akan mengancam populariti menteri yang dikatakan sedang menyasarkan kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan datang.

Lantaran itu mungkin telah memberikan satu ruang yang luas kepada guru dalam group itu untuk terus menunjukkan kepakaran mereka melaksanakan doktrin pembangkang dan tidak hairanlah kenapa prestasi keseluruhan akademik dalam peperiksaan utama menunjukkan data yang kurang memberangsangkan.

Apakah KPM masih mahu mengekalkan status quo mereka dengan hanya melaksanakan polisi memantau tanpa sebarang tindakan tegas kerana melanggar peraturan yang sedia digariskan dalam Buku Perintah Am yang sedang berkuatkuasa....?


Gambar: Kumpulan 'Admin' KGM yang hangat tersebar di laman media sosial. Kalau tidak benar maka Malaysia Respons mohon maaf. 

-Yadeqq Khalifah

Monday, 14 November 2016

Pemilik Syarikat Kosmetik Terkenal Tempatan Sokong Mahathir Secara Terbuka

Mungkin keterujaan dan ketaksuban tanpa batasan maka pemilik syarikat kosmetik suam-suam kuku muncul di Konvensyen Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti DAP

Kemungkinan besar juga kerana baru ternampak ruang luas untuk "money make money" setelah gagal menyaingi pasaran kosmetik tempatan yang tumbuh melata bagaikan cendawan buntat selepas hujan.


Bila manusia mula berduit, perkara pertama terlintas di fikirannya, berlagak kaya dan mula mencari tapak baru untuk tambah kekayaan walaupun pada hakikat mereka sedang menurun tangga kejayaan. Politik boleh naikkan balik kekayaan. Itu pandangan songsang sesetengah ahli perniagaan yang kayanya suam kuku sahaja.

Keterujaan mengikut trend kononnya perlu benci Najib untuk popular seperti artis artis sebelum ini. Mungkin juga.


Gambar ini kami perolehi di laman sosial facebook, pemilik Kosmetik D' Wajah bersama suaminya dan ahli keluarga yang lain.

Sunday, 13 November 2016

Video Jamal Ditumbuk Ratu Badak?

Pihak berwajib wajar bertindak tegas terhadap mana-mana himpunan atau demontrasi yang mengganggu gugat emosi rakyat negara ini. Sudah terang lagi bersuluh pihak penganjur demostrasi haram yang menggunakankan nama 'Bersih' mengaku ditaja oleh penyangak matawang dunia.

Soros ada kepentingan perniagaan. Soros buka menyalurkan dana tanpa ada terma yang memberi kelebihan kepadanya.

Jangan sampai tragedi 13 Mei berulang kembali. Suara minoriti yang berdegil mengancam keselamat negara.


Friday, 11 November 2016

Pendedahan Blogger Zaharin Mohd Yasin: Ketua Pengarah Imigresen Ganggu Isteri Orang





Penulis blog kontroversi Zaharin Mohd Yasin atau juga dikenali sebagai Blogger Sang Kelembai hari ini memuat naik satu status di facebook milik peribadinya:

Pagi ini saya ditemui oleh suami sesaorang yang menceritakan akan kisah isteri dia yang bekerja di Jabatan Imigresen Malaysia di mana Ketua Pengarah (saperti photo in) mengganggu isterinya. Khabarnya si Mamat ini masa di SPRM juga ada cerita yang sama. Penyakit suka nak tunjuk handal bawa bini orang sampai ke katil ni, memang ada pada manusia. Saya tidak mengaibkan ya.. saya tidak melanggar seksyen 504. KK dan SKKM.. Saya ditemui oleh suaminya sendiri. Saya cuba menasihatkan suami atau isterinya buat aduan Polis. Soalnya adakah Polis akan bertindak dan bagaimana perlindungan saksi dan pengadu.



Ketua Pengarah Imigresen perlu jawab pertuduhan serius ini. Pendedaahan dari blogger kontroversi ini akan mencemarkan nama baik jabatan sekiranya tidak tampil menjawab isu tersebut.




Friday, 4 November 2016

Pegawai Khas Media SKMM Biro Promosi Parti Bunga Raya?

Melihat kepada status akaun facebook milik peribadinya beliau mengaku bekerja di SKMM. Netizen mula beranggapan patutlah sukar SKMM untuk bertindak ke atas pemilik akaun facebook atau seumpanya yang jelas memfitnah dan sebagainya.

Pemilik facebook ini perlu tampil menjelaskannya dan pihak SKMM wajar siasat.







Saturday, 29 October 2016

Pertemuan Sulit Husni-Ratu Naga Cetus 'Seks-Blackmail'?

Tuhan sahaja yang tahu kenapa Husni bertindak seperti manusia uang hilang akal. Tidak nampak meyakinkan bahawa perlakuan beliau di dewan rakyat minggu lalu sebagai strategi untuk membantu menteri kewangan atau menteri kewangan II untuk menghangatkan kembali jawapan 1MDB kepada wakil rakyat yang hadir. Tindakan beliau lebih menjurus kepada penilaian rakyat negara ini terhadap beliau dan pengundi Tambun khasnya.

Menjadi trending popular di facebook, twitter dan semua rangkaian media social, "Husni tanya, Husni Jawab".

Dalam pencarian kenapa Husni bertindak seperti orang hilang ingatan, sumber rapat pakatan harapan mula berbahas sesama sendiri. Ada satu alasan yang nampak kukuh juga selain apa yang didedahkan oleh Raja Petra melalui portal tersohornya MalaysiaToday. Husni diugut oleh Ratu Naga?

Pendapat ini ada sokongan bukti bergambar. Bukti setiap pertemuan antara Ratu Naga-Husni akan berakhir dengan gurauan seksual? Contoh- "You ni siapa, i tak pernah tengok, duk la sebelah i, u canteq, body lawa, tembamnya dll". Benar atau tidak Ratu Naga seperti ibu ayam dan akan memperkenalkan perempuan yang berlainan setiap kali pertemuan dengan Husni kononnya perempuan tersebut dari kumpulan siber beliau.

Hanya Husni sahaja yang tahu, hanya Allah sahaja yang Maha Tahu.

Gambar pertemuan sulit tersebut sudah mula tersebar di Tambun.

Thursday, 27 October 2016

Seks Dengan Isteri Orang - Husni Akan Bersumpah Laknat Di Majlis Anjuran Datuk Zaharin?




Selepas Datuk Zaharin Mat Yasin bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan selepas Husni bekas Menteri Kewangan II bertanyakan soalan di Parlimen behubung dengan isu 1MDB, tiba-tiba kedua mereka ini bersetuju untuk membuat satu majlis yang dikenakan yuran masuk dengan tujuan supaya Najib berundur dari jawatan Presiden UMNO.


Apa isi kandungan pertemuan Zahid dan Zahrin? Kenapa Zahrin masih cuba menyerang Najib?


Husni yang berhadapan dengan satu persoalan yang serius dibangkitkan oleh Raja Petra mengenai hubungan sulit beliau dengan isteri orang mungkin akan menggunakan majlis tersebut untuk melakukan sumpah laknat. (klik Malaysia Today)

Zaharin yang dikatakan baru sahaja bertemu dengan Zahid Hamidi di palimen tempohari dan bersetuju untuk tidak menyerang Najib. Sumber dari pakatan harapan menjelaskan bahawa kemungkinan Zaharin melihat ini satu peluang untuk membuat duit kerana beliau dikatakan sudah tidak mendapat apa-apa dana daripada UMNO berikutan terdapatnya cerita 'kaki pow' menteri dan kegiatan mengugut pemimpin umno? Hanya Datuk Zahrin sahaja yang boleh perjelaskan di majlis tersebut nanti.

Husni juga dilaporkan bakal keluar dari UMNO sekiranya gertakan beliau ini tidak memberi apa-apa pulangan yang beliau harapkan dari Najib.



Ku Nan masih menanggung perbelanjaan bulanan Zahrin?

Wednesday, 26 October 2016

Husni Tidak Takut OSA - Rela Ke Penjara





Apabila Husni bertanya tentang 1MDB, ia bukan menjadi kegemparan masyarakat negara ini tetapi menjadi troll kembali kepada Husni. Netizen mula memperli sini, "Husni jawab dan setahun kemudian Husni bertanya apa yang beliau telah jawab".

Akhinya terbongkar kenapa Husni dilihat ingin memulakan seerangan terhadap Najib dan Kerajaan. Menurut sumber, Husni sebelum bertanya di Parlimen kelmarin, beliau ada menghantar mesej berikut dan sepertinya satu ugutan:

Tak apa kita serah pada Allah. Kita berdoa semoga Allah letakkan pemimpin2 yang ada digniti dan integriti demi kesejahteraan negara.

Dah jadi kelaziman…untuk mempertahankan diri..mereka akan reka pelbagai cerita.

Saya tak buka mulut lagi…baru 1% sahaja cerita yang keluar. Saya boleh keluarkan 5%, 10%, 30%, 50%, 75% dan 100%. Semua maklumat dalam tangan saya.

Jangan main foul…nanti terbongkar semua cerita.


Husni sudah membuat perkiraan - do or die. Pedulikan dengan Akta Rahsia Rasmi yang beliau pernah bersumpah ketika hari pertama memegang jawatan. Bagi Husni ke penjara bukanlah suatu yang besar baginya. Menurut sumber rapat, anak lelakinya Khalid yang mendapat jolokan anak muda jutawan baru merupakan sebab musabab Husni menyinga menyerang Najib dan Kerajaan.

Husni sememangnya seorang yang berani. Pernah dedahkan apa yang Mahfuz Omar lakukan di luar negera ketika mereka bersama. Bil "porno" - Husni tidak lupa kisah ceritera biru ini.



Ke penjara amat berbaloi bila hilang projek RM2 billion.

Pasukan Siber Pakatan Harapan Boikot Isu Selangor - Serahkan Kepada Ratu Naga


Semakin kusut pergaduhan antara kumpulan media social Pakatan Harapan berhubung isu perlantikan Ratu Naga sebagai ketua kumpulan siber berbayar penuh dengan kumpulan yang sekian lama setia bermula dari PKR ditubuhkan. Mereka mengeluh kerana selama penglibatan mereka di dalam pasukan media social PKR, mereka tidak mendapat liputan besar-besaran seperti yang diberikan oleh YB Zuraida.

Sumber Pakatan Harapan menjelaskan pasukan media social PKR bermula dengan sukarela dan hanya mendapat imbuhan apabila ada isu-isu panas berbangkit namun layanan kepada Ratu Naga adalah sebaliknya. Sumber menjelaskan kemungkinan Ratu Naga bakal menerima elaun sebanyak RM7k sebulan kerana kemahiran beliau di dalam strategi serangan siber. Pasukan sediada tidak mampu lakukan seperti kemampuan Ratu Naga.

Diberitakan hari ini Ratu Naga bakal menyusun jentera sukarelawan media social yang baru.

YB Zuraida sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tuesday, 25 October 2016

Ratu Naga Diarah Jangan Bela Datuk Husni





Rata-rata jentera media social PKR tahu hubungan 'intim' antara bekas menteri kewangan II dengan Ratu Naga. Justeru arahan dari bilik perang pakatan harapan telah mengeluarkan arahan rasmi supaya Ratu Naga yang membimbing jutaan pengikutnya dengan nama kumpulan LLM tidak mencampuri urusan Husni menembak 1MDB di dewan rakyat semalam.

Sumber menjelaskan pasukan media social PKR masih lagi tidak berganjak dengan keputusan bahawa Ratu Naga tidak layak menjadi komandan jentera siber pakatan harapan seperti yang diumumkan beberapa hari lepas. Mereka begitu curiga apakah maksud sebenar Ratu Naga bersama suaminya (yang juga bekas suami kepada beberapa orang), adik lelakinya yang bekerja di MITI (sumber) menyertai PKR. Curiga bertambah apabila hanya beliau dan kelompok familynya sahaja yang masuk PKR. Dakwaan jutaan pengikutnya tidak menyokong tindakan beliau. Keraguan turut bertambah apabila nama Ratu Naga tiada di dalam mana-mana cawangan umno.



Sumber turut berkata mungkin kerana Ratu Naga ingin bantuan guaman ke atas kes-kes yang sedang beliau hadapi kerana kekangan kewangan. Joli merata, kencing merata dan akhirnya ke pangkuan PKR beliau datang menyembah - Jack Sparrow (ketua unit media social whatApp - Lu Langsi Lu Mampus)

Benarkah Ratu Naga makan seorang ketika menjadi jentera sulit Husni?