Wednesday, 26 October 2016
Husni Tidak Takut OSA - Rela Ke Penjara
Apabila Husni bertanya tentang 1MDB, ia bukan menjadi kegemparan masyarakat negara ini tetapi menjadi troll kembali kepada Husni. Netizen mula memperli sini, "Husni jawab dan setahun kemudian Husni bertanya apa yang beliau telah jawab".
Akhinya terbongkar kenapa Husni dilihat ingin memulakan seerangan terhadap Najib dan Kerajaan. Menurut sumber, Husni sebelum bertanya di Parlimen kelmarin, beliau ada menghantar mesej berikut dan sepertinya satu ugutan:
Tak apa kita serah pada Allah. Kita berdoa semoga Allah letakkan pemimpin2 yang ada digniti dan integriti demi kesejahteraan negara.
Dah jadi kelaziman…untuk mempertahankan diri..mereka akan reka pelbagai cerita.
Saya tak buka mulut lagi…baru 1% sahaja cerita yang keluar. Saya boleh keluarkan 5%, 10%, 30%, 50%, 75% dan 100%. Semua maklumat dalam tangan saya.
Jangan main foul…nanti terbongkar semua cerita.
Husni sudah membuat perkiraan - do or die. Pedulikan dengan Akta Rahsia Rasmi yang beliau pernah bersumpah ketika hari pertama memegang jawatan. Bagi Husni ke penjara bukanlah suatu yang besar baginya. Menurut sumber rapat, anak lelakinya Khalid yang mendapat jolokan anak muda jutawan baru merupakan sebab musabab Husni menyinga menyerang Najib dan Kerajaan.
Husni sememangnya seorang yang berani. Pernah dedahkan apa yang Mahfuz Omar lakukan di luar negera ketika mereka bersama. Bil "porno" - Husni tidak lupa kisah ceritera biru ini.
Ke penjara amat berbaloi bila hilang projek RM2 billion.
No comments:
Post a Comment