Tuesday, 25 October 2016

Pertemuan Sulit Husni - Ratu Naga

gambar hiasan

Puzzle - apabila terlerai kita tidak mungkin tahu gambar sebenar. Tetapi ia semakin jelas apabila cantuman mula dilakukan. Husni Hanadzlah juga begitu. Alasan yang diberikan kenapa menolak jawatan menteri selain dari Menteri Kewangan, rakyat sudah mula nampak.

Alasan pertama, ingin ke Jordan dan belajar bahasa Arab dan mendalami ilmu agama.

Alasan terbaru? Rakyat sudah tahu.

Menurut sumber rapat Ratu Naga, Husni pernah bertemu dengan Ratu Naga di dalam satu pertemuan yang beliau arahkan jangan ceritakan kepada pihak luar semasa beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan II. Lokasi pertemuan mungkin di hotel. Apa yang Husni dan Ratu Naga perbincangkan?

Belum pun seminggu Ratu Naga menyertai PKR, Husni Hanadzlah sudah gelisah seperti kehilangan sesuatu. Husni Hanadzlah lupa bahawa di dalam pertemuan tersebut ada yang mengambil gambar kerana teruja.

Mungkin Husni Hanadzlah perlu tampil jelaskan kenapa pertemuan sulit tersebut diikuti dengan pertemuan-pertemuan lain yang kemudiannya ada sessi perkenalan dengan montok-montok?

Tidak berhenti di sini sahaja.




Monday, 24 October 2016

Butohkan Najib - Bagaimana Zahid Hamidi Tutup Mulut Zaharin


Melihat kepada perkembangan terkini seorang yang mengaku penulis pojok siber Datuk Zaharin Mat Yasin ini, TPM Zahid Hamidi seperti sudah 'selesaikan' masalah beliau membutohkan Najib beberapa hari yang lalu. Begitu juga dengan Tengku Adnan.

Timbul pertanyaan mengenai status Zaharin ini. Adakah Zahid terpaksa tutup mulut Zaharin dengan 'dedak' sebagai jalan pintas untuk redakan suasana panas pertelagahan antara penggiat siber pro kerajaan?

Persoalan lain, apakah mampu Zaharin menulis atau menyerang pembangkang yang mana beliau tidak pernah lakukan selama ini?

Tambahan pula Zaharin pernah mengaku bahawa sudah bertahun tahun Tengku Adnan 'membiayai' periuk nasi beliau secara bulanan. Kini Zahid Hamidi berjanji "akan selesaikan masalah lain"? Apakah masalah tersebut?

Maksud apakah yang hendak Zaharin katakan - "Maka ayat mencarut yang ditujukan kepada YAB Dsri Najib Razak di tarik balik, kerana ayat telah membantu menyelesaikan perang ni, yang sekian hari tidak dipedulikan". Adakah bermaksud Najib tidak pedulikan beliau? Mencarut dapat selesaikan masalah apakah itu?

Murahnya maruah Najib apabila Zahid bertindak begitu, kalau betullah seperti yang Zaharin dakwa.

Hello Zahid, are you OK?

Pasukan Siber PKR Tidak Iktiraf Ratu Naga Ketua Unit Media Sosial Pakatan Harapan


Tiba-tiba di kem pakatan harapan kecoh semalam apabila mendapat tahu bahawa Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah dilantik menjadi Ketua Unit Media Sosial dengan dibantu oleh suaminya dan adiknya yang bekerja di MITI. Rata-rata tidak bersetuju dan enggan menerima keputusan yang dibuat oleh YB Zuraida menurut sumber. (Klik link ini)

Antara alasan yang diberikan oleh penggiat media social blok pakatan harapan ialah Ratu Naga mempunyai rekod yang terlalu buruk ketika di dalam UMNO dan juga ketika membantu Tun M menyediakan tandatangan Deklarasi Rakyat baru-baru ini. Ratu Naga kantoi apabila Cikgu Bard mendedahkan bahawa hampir 300 ribu tandatangan ditiru dan ianya sebuah projek berbayar. Cikgu Bard kemukan bukti dan saksi dan sehingga hari ini Ratu Naga tidak mengemukakan saman sekiranya tidak benar. 'Projek' menipu tandatangan tersebut kantoi apabila wang peruntukan dikatakan disapu bersih oleh Ratu Naga dan hanya keladak sahaja yang diberikan kepada yang membuat kerja bermatian.

Alasan lain, Ratu Naga tiada nama di dalam mana-mana cawangan UMNO dan kalau ada hanyalah terlalu baharu kerana keperluan mendesak untuk kepentingan beliau dan adik beradiknya yang lain.

Tambahan lagi, orang-orang kanan beliau meninggalkannya kerana beliau tidak amanah terutama bila melibatkan wang ringgit.

YB Zuraida perlu perjelaskan atas alasan apa Ratu Naga diberi liputan yang meluas berhubung kemasukan beliau di dalam PKR dan seterusnya menjadi ketua unit media social. Anwar sudah terbukti melakukan jenayah liwat dan kemasukan Ratu Naga untuk bersihkan jenayah tersebut?

Datuk Bergelar Mengaku Membutuhkan Najib Untuk Kebaikan


Tidak malukah seorang yang menerima gelaran dari Istana Pahang cuba pertahankan bahawa mencarut kepada pemimpin no 1 negara adalah sesuatu perlakuan yang wajar? Mungkin beliau lupa tatasusila timur atau ada sesuatu yang beliau inginkan dari Najib tidak tercapai?

Hampir setiap hari beliau disekolahkan oleh warga maya facebook akibat kekal pertahankan status beliau yang dianggap tidak wajar bagi seorang yang mendapat gelaran Datuk dari Istana yang begitu menjaga adap susila dengan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sumber rapat dengan beliau menjelaskan sebelum beliau mendapat anugerah Datuk dari Istana Pahang, beliau melepaskan rasa tidak puashatinya terhadap pejabat Perdana Menteri. Hampir kesemua pegawai di Pejabat Perdana Menteri diseranahnya di dalam facebook melalui akaun peribadinya hanya kerana gagal mendapat gelaran Datuk dari Yang di Pertuan Agong?

Sumber menambah, kemarahan beliau juga berhubung dengan lubuk 'cari makan' beliau semakin mengecil di PWTC ataupun di hotel Pan Pac KL. Bukan susah untuk melihat gelagat beliau di sana. Jumpa pak menteri dan menadah meminta wang? Sumber menambah, bertanyalah beliau, apa pekerjaan beliau? Dari mana sumber beliau mampu membeli kereta mewah?

Hanya Datuk Zaharin saja yang mampu clear the air.





Sunday, 23 October 2016

Ratu Naga Bakal Ketuai Unit Media Sosial PKR

Menurut sumber unit gerak saraf Pakatan Harapan, kemasukan Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah bakal menggantikan Cikgu Fairuz, calon PKR menentang Najib di Pekan di PRU13 yang lalu. Cikgu Fairuz juga adalah ketua unit media social PKR yang menggunakan nama Jingga 13. Beliau kini sakit tenat dan kedua kakinya sudah dipotong akibat penyakit kencing manis.

Sumber juga perjelaskan bahawa semua kumpulan media social yang pro Pakatan Harapan akan berada di bawah arahan Ratu Naga yang dikatakan mempunyai lebih dari 3 juta follower facebook dan juga pakar di dala melakukan geraktipu perang media internet. Pengalaman lebih dari 15 tahun beliau akan gunakan untuk menyerang UMNO BN dan musuh-musuh PKR.

Sumber menambah, pada mulanya beliau terlibat di dalam penyediaan tandatangan Deklarasi Rakyat yang di dokong oleh Tun M, namun kerana kebocoran rahsia penipuan tandatangan oleh Cikgu Bard dan terkantoinya Ratu Naga berhubung isu "duit upah" tiris, beliau dikeluarkan di dalam kumpulan media social Tun M.

PKR melihat ini satu peluang untuk menggantikan Cikgu Fairuz yang lebih pro kepada Azmin Ali maka tawaran lumayan diberikan kepada Ratu Naga bersama suami dan adiknya yang dikatakan bekerja di MITI.

Sumber perjelaskan ramai pengikut kanan Ratu Naga mula meninggalkan beliau kerana isu ketirisan bajet RM300k ketika di dalam UMNO BN dahulu. Semua bajet tersebut Ratu Naga gunakan untuk menyelesaikan hutang piutang peribadinya dan mula hidup mewah. Suaminya yang juga bekas suami warga Singapura juga dikatakan 'terpaksa' mengahwininya kerana isu anak di dalam kandungan yang hadir sebelum akad nikah? Sejauhmana kebenaran dakwaan rakan-rakan rapatnya dahulu ini hanya Ratu Naga yang mampu menjawabnya.

Kami memilih beliau kerana keberanian beliau memaki hamun Najib, kata salah seorang yang hadir ketika hari penyerahan borang tersebut.




Peserta KERIS 2314 Dedahkan Tidak Sokong Najib?


Nampaknya kursus yang dianjurkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sudah tidak selamat lagi. Seakan badi, kalau dahulunya ketika Muhyiddin Yassin menjawat jawatan tersebut, berlaku insiden di mana intipati kursus menjadi kacau bilau kerana ada pihak merakam video dan menyebarkannya untuk pengetahuan umum demi kepentingan perjuangan kumpulan berhaluan kiri di dalam UMNO. Kini kumpulan tersebut sudah dipecat dan menubuhkan parti politik mereka sendiri.

Kini hampir sama dengan waktu insiden tersebut. Giliran Zahid Hamidi pula. Apakah pertemuan alumni kumpulan yang menggelarkan diri mereka Keris 2314 ini pertemuan sulit untuk menyertai kumpulan Anti Najib? Zahid Hamidi perlu jelaskan penjelasan peserta yang bernama Zaharin Mat Yasin yang juga menurut sumbe baharu saja menerima gelaran Datuk di Istana Pahang.

Beliau turut menggelarkan penyokong Najib sebagai anjing. Adakah ini juga intipati pertemuan kumpulan Keris ini memandangkan pengakuan beliau bahawa semua peserta bersetuju dengan beliau apabila beliau "membutuhkan" Najib? Ucapan tahniah dari peserta kumpulan Keris kerana wakil mereka iaitu Zaharin Berjaya membutuhkan Najib?

Menariknya apa maksud beliau apabila statusnya jelas menyatakan bahawa Ketua Bahagiannya seperi menyokong apa sahaja yang beliau lakukan.

UMNO Malaysia, are you OK?



Thursday, 22 September 2016

Siapa Menteri Besar Cuba Belot?


“Black September” merujuk kepada konflik antara Pertubuhan Pembebasan Palestin Yasser Arafat (PLO) dan Angkatan Tentera Jordan King Hussein. Pertempuran penting ini berlaku di antara 16 dan 27 September 1970 tetapi pertempuran tersebut sebenarnya tidak berakhir sehingga Julai 1971.

Perang saudara Jordan pada asasnya adalah perebutan kuasa antara PLO dan Raja Hashimiah yang mengakibatkan kematian beribu-ribu orang, terutamanya rakyat Palestin. Konflik ini berakhir dengan pengusiran pemimpin PLO dan beribu-ribu pejuang Palestin ke Lubnan.

Empat puluh enam tahun kemudian, kita mempunyai satu lagi Black September. Tetapi kali ini, ia adalah di Malaysia dan ia melibatkan konflik di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno, parti yang telah menjadi parti pemerintah (pertama Parti Perikatan pada tahun 1952 dan kemudian Barisan Nasional pada tahun 1973) sejak pilihan raya pertama telah diadakan pada tahun 1955 , dua tahun sebelum Merdeka.

Pada asasnya, hari ini Black September tidak berbeza dengan yang berlaku pada tahun 1970, ianya merupakan perebutan kuasa di mana Mahathir berharap dapat menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih negara ini – kegagalan tersebut sebaliknya menjurus beliau menggulingkan Umno dan Barisan Nasional dan melalui Pribumi yang memimpin Pakatan Harapan untuk mengambil alih Putrajaya dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Black September Mahathir adalah pada 5 September 2016, bermula dengan beliau memberi penghormatan kepada Anwar di mahkamah. Beliau berharap isyarat tersebut akan dilihat sebagai satu bentuk perdamaian di mana sengketa lama boleh diketepikan dan Pakatan Harapan akan menjemput Pribumi untuk menyertai gabungan pembangkang dan mengambil alih kepimpinan Pakatan Harapan dari DAP.

Pada dasarnya Pakatan Harapan pimpinan DAP akan berubah kepada Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Pribumi.


Ketiadaan pemimpin lain dari PKR dan DAP selain daripada hanya Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah juga di mahkamah tetapi mereka enggan berkongsi pentas dengan Mahathir (bermaksud duduk di barisan hadapan dengan Mahathir, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Khairuddin Abu Hassan, balaci setia). Jadi apabila mereka berjalan keluar dan pulang ke rumah. Penghinaan tersebut tidak memerlukan apa-apa penjelasan melainkan anda adalah Khairuddin.

Selain itu, tiada seorang pun pemimpin DAP, terutama Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hadir ke mahkamah yang membawa mesej yang sangat jelas kepada Mahathir. Malah orang yang bodoh seperti Khairuddin akan menyedari bahawa peristiwa pada September-5 merupakan satu malapetaka.

Sepuluh hari kemudian, pada 15hb September 2016, Mahathir akhirnya berjaya mendapatkan perkenan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mahathir telah cuba tetapi tidak berjaya sebelum itu untuk mendapatkan perkenan baginda malah dia juga berkata beliau tidak dapat untuk mengadap Agong kerana baginda menjadi tahanan di rumah. Mahathir mungkin tidak lupa apa yang pernah beliau lakukan terhadap kemudian Agong yang terdahulu pada bulan November 1999, Almarhum Sultan Selangor, apabila dia “membawa” Baginda ke Langkawi dan tidak membenarkan sesiapa juga untuk bertemu dengan baginda sehingga selepas pilihan raya umum, walaupun anak-anaknya sendiri atau Pemangku Raja ketika itu , Sultan Selangor sekarang ini.

Ya, pada bulan November 1999, Mahathir meletakkan Agong (Almarhum Sultan Selangor) di bawah tahanan rumah. Jadi beliau berfikir Najib telah melakukan perkara yang sama kepada Agong sekarang (Sultan Kedah) bagi menghalang mereka untuk mengadap Seri Paduka Baginda.

Bagaimanapun, Mahathir akhirnya berjaya mengadap Agong pada 15hb September dan beliau menyerahkan kepada baginda Deklarasi Rakyatnya dengan 45 penandatangan. Mahathir menyatakan bahawa beliau mempunyai 1.3 -1.4 juta tandatangan lagi walaupun dia tidak membawanya.

Agong kemudian bertanya kepada Mahathir sama ada beliau boleh menjamin bahawa 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan tersebut adalah tulen. Mahathir terdiam untuk beberapa minit dan akhirnya selepas beberapa jeda, beliau menjawab ini adalah apa yang diberikan kepadanya. (
BACA LAGI DI SINI)

Selepas itu Agong memberi penerangan Dr Mahathir mengenai peranan seorang Raja Berperlembagaan dan sebab mengapa Raja Berperlembagaan tidak boleh terlibat dalam politik atau campur tangan dalam urusan kerajaan. Lagipun, ini adalah apa yang Mahathir sendiri telah lakukan, memberi penerangan Raja-Raja pada tahun 1980-an apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk membuang ‘kekebalan’ Raja-Raja dan meluluskan Rang Undang-undang yang tidak memerlukan persetujuan atau tandatangan Agong dan untuk ‘bil’ yang secara automatik menjadi undang-undang walaupun Raja-Raja tidak bersetuju.

BACA LAGI DI SINI:
‘Citizens’ Declaration unconstitutional, King can’t help Dr M’
Najib: King has told Dr M he won’t interfere in political matters



Ia mengambil masa lebih 30 tahun tetapi akhirnya Mahathir menerima tamparan di muka dengan hujah yang sama yang digunakan terhadap Raja-Raja lebih daripada 30 tahun yang lalu. Inilah yang dipanggil “keadilan puitis” (poetic justice). Anda mendapatkan ‘penampar’ dengan perkara yang sama yang anda gunakan untuk ‘menampar’ Raja-Raja pada 1980-an.

Itu adalah malapetaka kedua untuk Mahathir pada ‘Black September’ selepas yang pertama pada 5hb September. Kemudian, semalam, Sultan Johor telah memberikan tamparan yang lain, yang mana anda boleh membacanya di dalam laporan berita Malaysiakini di bawah.

Jika Khairuddin sekarang masih tidak sedar bahawa Raja-Raja menentang bosnya, Mahathir, maka pastinya dia menjadi lebih bodoh daripada kebodohan beliau sekarang ini. Malah ‘si-lembab’ pun tahu bahawa Raja-raja sedang mengatakan kepada Mahathir agar “screw himself”.

Jadi itulah dia Black September, petaka yang membuatkan Mahathir menderita. Mahathir ditakdirkan dibuat untuk menjilat kembali ludahnya sendiri dan dia ditampar dengan perkara sama yang dia pernah menampar orang lain. Selain daripada Azmin, PKR, dalam keluarga Anwar, memberitahu supaya Mahathir pergi “screw himself” – dan begitu juga DAP yang tidak akan membiarkan Mahathir mengambil alih kepimpinan Pakatan Harapan.

Mahathir tidak mempunyai terlalu banyak pilihan yang ada. Malah, dia mempunyai hampir tidak ada pilihan lagi. Jadi sekarang dia perlu mengambil jalan keluar dengan memeras ugut untuk cuba menggagalkan Umno dan Barisan Nasional. Dan strategi terkini beliau adalah untuk bekerjasama dengan satu negeri dan diharapkan berdasarkan teori domino, negeri-negeri lain akan mengikut kerana cetusan panik merebak di seluruh negara.

Jadi Mahathir mula memilih satu negeri di mana Menteri Besarnya mempunyai kegemaran terhadap lelaki muda yang ‘cantik’. Mahathir mengancam untuk mendedahkan orientasi seksual Menteri Besar tersebut yang ‘luar biasa’ jika dia tidak tunduk berkhidmat sebagai kuda Trojan orang tua itu. Dan tugas beliau adalah untuk menyebarkan ketakutan dan panik di kalangan pemimpin Umno dan wakil rakyat di negeri itu dengan mengatakan bahawa Pribumi adalah satu kuasa yang disegani dan yang tidak boleh diabaikan kerana Umno adalah bakal kehilangan negeri itu.

Jika negeri ini panik dan ahli-ahli Umno di negeri itu menyertai Pribumi beramai-ramai, ianya juga akan mencetuskan panik di negeri-negeri lain juga kerana negeri ini signifikasi dengan Umno cukup kuat di negeri itu. Untuk menarik mereka supaya menyeberang, ahli-ahli Umno diberitahu bahawa mereka boleh kembali kepada Umno kemudian jika Pribumi gagal mengambil negeri ini. Jadi tidak rugi jika mereka “play safe” dengan menyeberang sekiranya Pribumi berjaya.

Bagi memastikan bahawa mereka boleh kembali ke Umno, keahlian mereka akan ‘tidak rasmi’ dan nama-nama mereka tidak akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan. Ini bermakna mereka boleh masih secara rasmi kekal ahli Umno tetapi secara tidak rasmi menjadi ahli Pribumi. Dalam dua situasi ini mereka mendapat keuntungan sama ada Umno kekal dengan kuasa atau Pribumi mengambil alih.

Pandai, tidak? Ia seperti memiliki dua pasport dan dwi-kewarganegaraan, seperti apa yang ramai rakyat Malaysia lakukan. Jadi, jika mereka tidak berjaya, katakanlah di Australia, mereka boleh kembali ke Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Besar ini diperas ugut untuk menyebarkan panik dan ketakutan supaya Pribumi boleh menang ke atas negeri tersebut bukan melalui melalui pilihan raya negeri atau pilihan raya umum tetapi dengan mendapatkan pemimpin dan wakil rakyat Umno di negeri itu untuk menyertai Pribumi. Dan apabila Menteri Besar bertindak sebagai “ejen pemasaran”, akan pasti mempunyai pengaruh yang kuat dalam meyakinkan pemimpin dan wakil rakya Umno di negeri itu.

Sudah tentu, Najib mengetahui hal ini, samalah dengan “Boffin Boys” beliau. Dan hakikat bahawa kisah cinta Menteri Besar dengan “lelaki muda yang manis ” bukanlah satu rahsia lagi. Umum sudah mengetahui hal ini dan ianya menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.
Pada awal bulan Ogos tahun 2016, Menteri Besar telah menghadiri rumah terbuka Hari Raya dan ketika kehadirannya ramai yang melihat seorang “budak lelaki yang cantik” duduk di tempat duduk belakang keretanya. “Budak lelaki muda” ini tidak keluar dari kereta tersebut tetapi menunggu di dalamnya sambil Menteri Besar menghadiri majlis Hari Raya. Apa yang membuatkan ia lebih menarik adalah bahawa pemandu itu memandu dengan pengawal peribadi yang paling jijik duduk di sampingnya.

Pengawal peibadi telah memberitahu beberapa orang yang dia tidak boleh bekerja dengan Menteri Besar untuk tempoh yang lama kerana dia meluat dengan apa yang sedang berlaku. Dia mungkin hanya pengawal peribadi tetapi itu tidak bermakna dia bodoh. Dia tahu apa yang berlaku dan dia tidak terlalu gembira mengenainya. Mahathir berkata beliau tidak boleh menerima seorang Perdana Menteri gay tetapi ia kelihatan seperti orang tua itu tidak mempunyai masalah menerima seorang Menteri Besar gay. Adakah ini tanda dari orang yang ikhlas dan berprinsip?

Mahathir, sememangnya betul tentang satu perkara. Orang Melayu boleh bertolak ansur dengan banyak perkara (walaupun rasuah, berjudi, minum arak dan zina). Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada aktiviti homoseksual itu adalah di mana orang Melayu akan mula membuat sempadan. Dan Mahathir tahu ini, itulah sebabnya beliau menggunakan alasan ini untuk menyingkirkan Anwar daripada menggunakan beberapa tuduhan lain. Dan Mahathir tahu bahawa jika cerita tentang gaya hidup gay Menteri Besar ini bocor, orang ramai akan bertindak menghancurkannya tanpa simpati.

Jadi Menteri Besar kini berada di dalam ketakutan yang amat sangat dan dia akan melakukan apa sahaja untuk melindungi rahsianya. Masalahnya, walaupun bahawa rahsia ini bukan rahsia lagi. Ramai orang sudah tahu mengenai ini walaupun tidak ada yang mahu bercakap mengenainya. Tetapi jika Menteri Besar ini akan menjadi liabiliti kerana kegemarannya terhadap lelaki muda yang cantik, maka Najib perlu bertindak menyingkirkan beliau sebelum dia menghancurkan Umno dan Barisan Nasional.

Seorang Puteri Umno yang cantik sebenarnya telah mengadu tentang perkara ini. Di mana sahaja dia pergi mesti ada”kepala akan berpaling”. Walau bagaimanapun, apabila dia bertemu dengan Menteri Besar, beliau tidak menunjukkan minat untuk melihat dia dan sebaliknya Menteri Besar lebih memberi tumpuan ke atas “orang muda yang cantik” di dalam bilik tersebut. Dan Puteri tersebut mula syak wasangka apabila dia perasan bahawa kebanyakan kakitangan Menteri Besar tersebut adalah apa yang orang Melayu panggil “Jambu”.

Pembangkang tidak menjadikan isu ini sebagai modal kerana mereka menunggu untuk pilihan raya umum akan datang apabila mereka akan pergi ke sana dengan cerita ini. Negeri ini mungkin jatuh, menurut Menteri Besar ini, tetapi ianya kerana ‘rahsia’ beliau dan bukannya kerana Pribumi kuat, seperti mana beliau cuba jelaskan.

Menteri Besar hanya cuba untuk membina kesnya supaya jika negeri tersebut kalah di dalam pilihanraya maka dia boleh menyalahkan Najib dan 1MDB serta Pribumi. Dia tidak perlu dipersalahkan.

Sebenarnya, ia tidak mudah bagi negeri ini jatuh jika ia hanya kerana Pribumi. Negeri ini mempunyai lebih daripada 50 kerusi dengan kurang daripada 20 kerusi adalah di tangan DAP, PAS dan PKR. DAP telah memaksimakan kerusi sehingga mereka tidak boleh memenangi mana-mana lebih daripada apa yang mereka menang pada tahun 2013. Dan PAS tidak lagi bersama Pakatan Harapan, yang bermakna mereka tidak akan mendapat manfaat daripada undi Melayu.

Oleh itu, satu-satunya cara kerajaan negeri boleh jatuh ialah apabila wakil rakyat UMNO menyeberang kepada pembangkang, inilah apa yang Mahathir sedang cuba untuk usahakan. Dan itu adalah peranan Menteri Besar, untuk cuba untuk mendapatkan mereka untuk menyeberang. Tanpa cara itu Mahathir tidak boleh mengambil negeri tersebut. Dan Mahathir berharap bahawa apabila negeri tersebut jatuh kerana lompat parti maka negeri-negeri lain akan mengikuti.

Jadi sekarang Najib perlu memastikan bahawa Menteri Besar ini dipecat sebelum rancangannya untuk mewujudkan ketakutan dan panik itu berjaya dan beberapa wakil rakyat Umno menyeberang ke Pribumi. Menteri Besar ini terlalu berbahaya sekiranya “disimpan”. Malah, mana-mana Menteri Besar dengan sandal seks adalah terlalu berbahaya untuk dikekalkan. Dan apabila Menteri Besar ini dipecat Mahathir akan sekali lagi dikejutkan dan September 2016 benar-benar akan menjadi Black September bagi dirinya.


***********************************************************
Jangan Hirau Orang Tua Hilang Akal Ini – Sultan Johor
(Malaysiakini) – Tanpa menyebut nama, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar membidas “orang tua yang seakan hilang akal ini.”

Bagaimanapun, adalah jelas bahawa kenyataan baginda ditujukan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir menimbulkan kemurkaan sultan apabila beliau tidak bersetuju dengan konsep Bangsa Johor, dan Sultan Ibrahim menyelarnya dalam titahnya, petang ini.

“Mungkin ada orang politik di luar Johor yang cemburu dengan konsep bangsa Johor menyatakan ia hanya membawa pepecahan.

“Bukankan penyatuan pelbagai kaum bawah satu bangsa itu menghasilkan perpaduan? Bukankah perbalahan politik yang membawa perpecahan (antara rakyat)?

“Jangan kita hirau orang tua yang seakan hilang akal ini,” kata baginda.


Terjemahan –
Malaysia Today