Wednesday, 7 December 2016
Ketua Pengarah Penjara Sungai Buluh Wajar Disiasat - Intim Dengan Anwar?
Anwar kelihatan terlalu bebas di bawah seliaan penjara Sungai Buluh bukan suatu perkara baru. Bebas mengeluarkan kenyataan kepada pihak media setiap kali beliau hadir di mahkamah adalah satu 'keistimewaan' yang tidak ada pada banduan yang bersalah atas tuduhan jenayah berat.
Walau pun pihak penjara menafi sekeras-kerasnya namun lensa kamera tidak boleh menipu. Sejumlah pegawai penjara Sungai Buluh yang mengiri Anwar dilihat tidak mampu untuk aturkan bagaimana supaya penjenayah liwat, Anwar Ibrahim tidak boleh atau dilarang keras untuk 'mengadakan sidang akhbar'. Dari lensa kamera boleh dilihat pegawai penjara Sungai Buluh hanya bertindak seperti pegawai pengiring khas Anwar dan bukannya seperti pengiring penjenayah.
Masyarakat Malaysia tahu liciknya Anwar. Bukan sahaja mampu berlakon sakut dan sebagainya tetapi mampu mengeluarkan kenyataan akhbar dari bilik penjara. Anwar juga tidak pernah memakai pakaian banduan seperti banduan yang menjalani hukuman di atas kesalahan yang mereka lakukan. Kecilkah jenayah yang dilakukan oleh Anwar? Meliwat bekas pekerja umpama mengadakan hubungan jenis dengan paksaan.
Dalam kejadian di mahkamah syariah beberapa hari yang lalu, Anwar dilihat tidak diiring oleh pegawai dan pengawal penjara Sungai Buluh. Yang kelihatan adalah isterinya Dr Wan Azizah dan juga peguam Anwar. Kemana pegawai-pegawai tersebut? Naik lif pun Anwar kelihatan bebas di mahkamah tersebut. Ada jawapan yang munasabah dari penjara Sungai Buluh?
Lebih baik pecat atau tukar sahaja ketua penjara sekiranya tidak mampu melayan banduan sama rata. Atau ketua penjara Sungai buluh juga termakan hasutan pembangkang bahawa Anwar hanya banduan politik dan bukannya individu yang melakukan penjenayah?
Sunday, 4 December 2016
Ratu Naga Tidak Dibenarkan Memasuki Persidangan DAP
Dari bilik sektariat pakatan harapan, Ratu Naga dihalang dari cuba memasuki dewan tempat berlangsungnya persidangan DAP bagi tahun 2016. Menurut sunber ini berikutan beliau tidak mempunyai 'pass media' yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sepertimana wakil media yang seperti kelazimannya. Pengeluaran 'pass media persidangan' hanya diberikan kepada mereka yang betul-betul bergelar wartawan, samada media cetak, media elektronik dan media sosial.
Ratu Naga gagal membuktikan beliau mewakili media mana. Gagal membuktikan beliau adalah penulis atau pemilik mana-mana laman sosial kecuali facebook. Sumber menjelaskan, persidangan DAP bukan tempat untuk pelayar facebook.
Ratu Naga juga gagal menunjukkan kad media yang membuktikan beliau wakil parti PKR kerana menurut krew pakatan harapan, Dr Wan Azizah ditemani oleh pegawai medianya sendiri.
Beliau cuba membuat kecoh dengan meninggikan suara namun beliau dihalau keluar dari bangunan tempat berlangsungnya persidangan.
Tuesday, 29 November 2016
Ratu Naga Dipecat Dari Pasukan Elit Siber PKR
Belum cukup sebulan dari jawatan yang disandang dengan jalan mudah, di atas desakan yang kuat dari team J13 PKR pro Wan Azizah, akhirnya Ratu Naga tidak lagi menjadi ketua pasukan elit siber PKR.
Menurut sumber rapat pakatan harapan, Ratu Naga gagal di dalam isu menyerang Jamal Yunos dan gagal menaikkan imej Bersih5. Banyak dana yang dikeluarkan untuk bersih5 tetapi Ratu Naga gagal mengeluarkan artikel yang boleh memberi impak yang besar. Hanya mencedok dari Malaysiakini dan tidak berada di lokasi yang sepatutnya. Turut gagal menempatkan anggota pasukan elit siber PKR seperti yang dijanjikan pada hari tersebut. Kesannya, hanya cerita dan gambar Tun Dr Mahatir sahaja yang mendapat liputan meluas sedangkan cerita kehadiran pemimpin PKR tidak wujud langsung.
Sumber rapat pakatan harapan juga mendedahkan bahawa Ratu Naga bukannya seorang penulis dan blog beliau tidak tersenarai langsung di Alexa Ranking. Nama blog beliau juga tidak pernah muncul di mana saluran berita internet. Beliau hanya seorang pelayar facebook, tidak lebih dari itu.
Imej Ratu Naga juga turut tercalar sejak beliau terlibat dari skandal penipuan tandatangan deklarasi rakyat idea Dr Mahathir. Terdedah salah laku penipuan wang upah. YB Zuraidah seperti orang kena guna-guna apabila membuat majlis besar-besaran menyambut Ratu Naga menyerahkan borang keahlian PKR. Acara yang tidak pernah berlaku pada mana-mana individu pemain internet dan YB Zuraidah lakukannya dengan perbelanjaan yang besar. Untuk siapa? Untuk Apa?
Elaun RM8ribu sebulan berbaloi? - pertanyaan dari kem pasukan siber elit Wan Azizah.

Man Badak Cabar Datuk Seri 'Sulu' Zainal Dan Abang Kucing Bertumbuk Di Depan Rumah
Tidak sampai seminggu nampaknya cabaran kumpulan Datuk Seri Zainal Abidin mencabar Datuk Seri Jamal Yunos bertumbuk telah disambut oleh penyokong tegar Jamal yang hanya ingin dikenali sebagai Man Badak.
Menurut Man Badak, beliau mengenali Zainal sejak sekian lama. Zainal pernah mengaku beliau adalah Presiden Karyawan Malaysia dan semua yang terlibat di dalam industri hiburan Malaysia kenal sangat dengan "Datuk Seri" ini. Siasatan telah dibuat dan mendapati beliau tidak pernah menerima gelaran Datuk Seri tersebut dari mana-mana istana di negara ini. Menurut sumber, Zainal menerima gelaran ini dari 'Kerajaan Sulu' - Zainal perlu tampil menjawap isu berhubung dengan anugerah Datuk Seri ini.
Zainal seorang pembohong besar. Dahulunya dana yang beliau perolehi dari UMNO atau mana-mana agensi kerajaan untuk membuat program atas nama kelab yang beliau sertai dikatakan tidak pernah beliau nyatakan bahawa itu sumbangan dari UMNO atau Kerajaan Pusat. Beliau cuba tonjolkan bahawa itu 'dari beliau sendiri'?.
Zainal juga turut mengaku beliaulah yang memujuk Wanita UMNO Kedah supaya terima Mukhriz sebagai Menteri Besar dan mengaku beliau amat rapat dengan Sultan Johor sehinggakan boleh berhubung bila-bila masa melalui aplikasi WhatsApp.
Zainal juga mengaku beliau begitu rapat dan bertanggungjawab memenangkan Aziz Sheikh Fadhil di kerusi parlimen Kulim. Kata Man Badak lagi.
Saya yakin bahawa Zainal yang terkenal dengan kaki auta, kaki cucuk dan kaki ampu yang berada di belakang 'abang kucing' dan mahukan ini berlaku - Man Badak.
Saya cabar secara rasmi:-
Lokasi - Hadapan rumah Zainal di Mutiara Damansara
Tarikh - Bila-bila masa yang Zainal rasakan beliau bersedia
Masa - Bila-bila masa yang Zainal suka
Syarat - Tiada syarat dan tidak terikat dengan undang-undang kerana sukarela.
Samada saya menang atau kalah di dalam acara tersebut, saya akan teruskan juga cabaran ini terhadap insan yang menggelarkan dirinya abang kucing. Terma yang sama.

Sunday, 20 November 2016
Kumpulan Baju Kuning Solat Salah Kiblat & Tidak Berwuduq?
Kedudukan masjid India hanya 3 minit sahaja masa berjalan kaki dari tempat kumpulan ini bersembahyang. Sumber untuk mengambil air sembahyang pula lebih jauh dari masjid India. Walaupun ada hotel berdekatan, Swis Hotel namun menurut pengurusan Hotel mereka tidak benarkan penggunaan tandas sebagai tempat mengamnil air wuduq.
Bagaimana mereka tetapkan arah kiblat kerana arah kiblat masjid India tidak sama dengan tempat kumpulan ini cuba menunjukkan kealiman mereka. Maka hanya sedikit sahaja yang turut bersolat dari jumlah 40 ribu peserta bersih 5 yang hadir.
Thursday, 17 November 2016
Isteri Adam Rosly Hidup Seperti Permaisuri Raja
Menatang minyak yang penuh. Kecil tapak tangan, Istana Disney Ampang aku sediakan. Barangkali itu ungkapan Adam kepada isterinya Puteri Balqis yang dilumuri dengan kemewahan mengatasi isteri-isteri konglomerat atau korporat yang mengambil masa berpuluh tahun untuk membina empayar perniagaan dan mengecapi kemewahan. Tidak bagi Adam dan isterinya.
Kisah terhangat terkini, menurut sumber pakatan harapan, isterinya sibuk sakan bershopping di dalam dan luar negara hampir setiap bulan. Destinasi pilihan berbelanja mewah ialah di London dan Paris. Beg, pakaian dan kasut berjenama global menjadi kegemaran isteri beliau. Manakala shopping barang kemas pula hampir setiap minggu?
Benarkah soksek soksek ini?
Hanya Adam dan isterinya sahaja yang tahu dan bila SPRM masuk menjenguk mereka berdua maka soksek ini bakal terjawab sempurna.
Ratu Naga Berbohong Hamil & Beranak - J13
Satu kumpulan netizen bernama singkatan J13 yang sudah lama bersama Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan terlalu kecewa dengan tindakan yang terbaharu oleh Zuraida. Mereka terdiri dari orang lama dalam perjuangan medan siber. Mereka seperti anjing kurap yang sudah dibuang. Seperti madu disedut licin dan sepah dibuang. Itulah kenyataan yang mereka terpaksa terima kini.
Bagaimana Zuraida begitu mudah melupakan jasa pengorbanan mereka selama ini. Menaikkan dan mematikan langkah musuh dari luar dan juga dalaman PKR.
Isu terbaharu mereka kerja round the clock adalah harta kekayaan Zuraida terbocor dan diketahui umum. Lantas kumpulan J13 mempertahankan Zuraida dengan mengeluarkan senarai hanya beberapa kenderaan yang tidak mewah dan sembunyikan aset kemewahan yang lain terutama harta kediaman yang bertaburan di Selangor, Pulau Pinang dan mungkin di Indonesia.
Taktik menggunakan tajuk kereta Zuraida atas nama orang lain juga digunakan oleh Adam Rosly semalam dan kumpulan ini dapat mengagak Ratu Naga meniru strategi mereka ketika mempertahankan kebocoran kemewahan Zuraida.
Pemaju dan kontraktor mana yang tidak kenal Zuraida. Wan Azizah pula mungkin dapat tempias beberapa buah kondominium dan rumah mewah di Selangor terutama di daerah Ampang.
Bagaimana Zuraida sanggup membayar Ratu Naga sebanyak RM8000 sebulan dan akan dilantik menjadi Ahli Majlis PBT sedangkan kami hanya RM2000 untuk dikongsi dengan 13 orang cybertrup. Keluhan J13 ini bagaimanapun tidak diendah oleh Zuraida.
J13 ada rahsia besar Ratu Naga tentang kesah hamil & Beranak.
Subscribe to:
Posts (Atom)