Sunday, 17 May 2015

Skandal RM3juta; Penggiat Media Sosial Pro BN Ditipu Blogger 'OutSyedTheBox'?

Hangat dan perlu penjelasan segera dari kumpulan blogger yang dikenali sebagai Blogger Elit dan memakai nama "Blog House" dalam penghasilan artikel mereka.

Benarkah kumpulan ini mendapat peruntukan RM 3juta atau Blog House mereka dipertanggungjawabkan untuk menjaga blog dan portal pro BN dengan peruntukan tersebut.

Menurut sumber, mereka menggunakan program penggiat media sosial bersama Najib dan Tun M hanyalah sebagai lakonan. Mereka tunjukkan kepada Najib bahawa peserta yang datang ini adalah penggiat media yang di bawah jagaan mereka.

Hasil dari lakonan tersebut, kumpulan yang diketuai oleh blogger "Outsyedthebox" mendapat dana permulaan sebanyak RM3juta yang kononnya bakal menjaga kebajikan penggiat media pro BN yang lain.

Menurut sumber lagi, belum sampai 6 bulan, dana RM3juta habis dan tidak pernah di auditkan sehingga kini.

Benarkah alkisah ini atau hanya bisik bisik kedai kopi. Presiden Blog House harus memberi penjelasan.

Yang datang ketika majlis penubuhan blog house tersebut ramai yang mengisi borang keahlian dan tidak pernah dipanggil untuk hadir mesyuarat agong.

Penjelasan berhubung RM3juta perlu dibuat secepat mungkin supaya mendapat kesahihan berita ini benar atau sekadar fitnah.

Portal "The Mole" bukan sekadar tiada dalam kedudukan carta top 10 negara tetapi hanya lakonan untuk buat alat tarik duit?


Keterangan gambar: Outside atau Auta Syed di Ipoh menunggu Tun M

Friday, 1 May 2015

Orang Kubang Pasu Dah Lama Dah Tolak Mahathir

Tidak ramai yang sedar Tun M selalu menyerang kepimpinan Pak Lah dan Najib ketika musim mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian.

Sewaktu serangan ke atas Pak Lah dulu, Tun Mahathir bertanding merebut tempat perwakilan G7 UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Dalam pemilihan tersebut, Tun M tumpas. Hanya dapat 227 undi dan berada di tempat ke -9. Anaknya Mukhriz menang dan berada di tempat ke-5.

Perwakilan UMNO Kubang Pasu memang terkesan dengan lirik lirik lagu Setia "kepada pemimpin kepada rakyat.. khidmat diberi penuh taat". Mereka lebih taat kepada Pak Lah pada masa itu berbanding Mahathir.

Mahathir kalah, Mukhriz menang. Ramai perwakilan yang kata "anak bunuh bapa" bila keputusan itu keluar. Kalau Mukhriz tidak masuk, tentu peluang Mahathir menang akan lebih besar.

Kini, Tun Mahathir menyerang lagi. Musim yang sama iaitu pada musim mesyuarat cawangan dan bahagian. Amat berbeza sekali, serangan dulu dan sekarang.

Dulu ada usul dan gelombang di peringkat cawangan. Kini tiada, majoriti ahli UMNO tidak bertepuk pun menyambut tamparan tamparan Mahathir itu.

Boleh dikira dengan jari individu yang membeli bila Mahathir menjual. Rata ratanya ada kes dan skandal. Orang orang itu yang memenuhi K Klub tempoh hari.

Siri perjumpaan yang dibuat Mahathir dulu secara jelas membuktikan Mahathir dalam masa yang sama bercakap untuk kepentingan anaknya. Dalam salah satu perjumpaan, Mahathir menyalahkan Pak Lah kerana tidak memberi peluang kepada anaknya bersaing dengan sama rata.

Bila Mahathir menyerang sekarang, ramai yang kata serangan itu sebenarnya seumpama "bapa membunuh anak". Serangan Mahathir membuatkan Mukhriz berada dalam keadaan ditelan mati bapak, diluah mati anak.

Kedudukan Mukhriz di Kedah yang baru sepenggal sudah tergugat. Pencapaian pun tidak seberapa. Lebih sibuk bermain badminton di Mentaloon dari melawat rakyat di kampung kampung. Hujung minggunya di Kuala Lumpur bukan berada dalam lumpur bersama rakyat.

Oleh kerana itulah, Muhkriz terpaksa mencari tapak baru di Jerlun bukannya di Kubang Pasu. Bertanding lawan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu pun kalah pada tahun 2004. Kalah dengan taukeh beras.

Bukan taukeh beras yang jadi faktor kekalahan Muhkriz tetapi orang Kubang Pasu sebenar sudah letih dan jemu dah melayan karenah Mahathir di Kubang Pasu. Anaknya pun ditolak di Kubang Pasu.

Itu bukti, orang Kubang Pasu sudah lama tolak Mahathir. Jika dilihat pembangunan di Kubang Pasu, Jitra dan Bukit Kayu Hitam ianya tidak mencerminkan kawasan itu pernah diwakili oleh Perdana Menteri yang 22 tahun memerintah.

Kalau diselak dan diteropong betul betul akan terjumpa rakyat yang masih susah dan miskin di kampung. Mereka ini tidak mendapat nikmat BR1M pada zaman Mahathir. Kepada yang baru memuja dan menyembah nama Mahathir kini, malulah sikit dengan orang Kubang Pasu.

Mereka sudah kenal Mahathir lama dah. Itu belum dicerita bab Perwaja lagi. Pernah dengar Mahathir jelaskan pada rakyat isu Perwaja? Tunggulah kisah seterusnya.

KCD Pertubuhan Haram Atau Sah?

Semalam, ada satu tulisan menyebut bahawa Kelab Che Det (KCD) adalah satu pertubuhan yang tidak sah dari segi undang undang negara.

Difahamkan, kelab tersebut telah cuba untuk menerobos masuk ke program Tun M di USM hari ini tetapi telah dihalang oleh pihak keselamatan universiti.

Jika benar KCD bukanlah satu pertubuhan haram maka silalah tunjukkan nombor pendaftaran kelab sama ada dalam status Register Of Society / Youth atau pun nombor pendaftaran syarikat. Kalau KCD didaftar atas nama persatuan khairat kematian, di mana sijil pendaftarannya?

Jika KCD secara berterusan membuat tohmahan dan tulisan yang berbaur hasutan terhadap kepimpinan negara, kelab tersebut boleh dikira cuba menganggu keharmonian rakyat majoriti untuk berdemokrasi.

Dalam amalan demokrasi, jika suatu badan itu tidak sah dari segi undang undang maka ianya jelas sekali melakukan satu kesalahan bila membuat tulisan tulisan yang cuba menjatuhkan kepimpinan kerajaan.

Bagi menghormati undang undang negara, KCD perlu kemukakan bukti yang mereka bukanlah satu pertubuhan haram di negara ini.

Muhyiddin Restu Tun M Berucap Di USM?

Siang tadi Tun Mahathir berucap di USM dalam program Mendepani Pemikiran Tun Mahathir di Dewan Tuanku Syed Putra. Program tersebut dihadiri oleh 3,000 orang pelajar.

Ada pihak sudah menjadikan angka kehadiran 3,000 itu sebagai satu tanda sokongan kuat terhadap Tun Mahathir yang ketika ini mengkritik kepimpinan Perdana Menteri secara terbuka. USM secara tidak langsung sudah menjadi tempat berkempen Tun M untuk meraih sokongan daripada rakyat.

Ada sumber menyatakan, beberapa orang pelajar sudah mula bersikap taksub dengan bekas Perdana Menteri itu. Mereka mulai bersikap kritikal dan mempercayai bulat bulat apa yang ditulis di blog Che Det.

Apa yang pasti, pihak pentadbiran tertinggi Universiti Sains Malaysia seolah olah tidak gentar dan berasa bersalah menjemput Tun Mahathir ke program terbabit. Apakah pihak USM berani berbuat demikian jika tidak mendapat restu daripada Kementerian Pendidikan?

Program tersebut boleh dibatal dan ditangguhkan sebanyak 3 kali sebelum ini kerana alasan kesihatan Tun Mahathir. Apakah program yang sama tidak boleh ditangguh lagi sekali?

Jika Muhyiddin menyokong penuh kepimpinan Najib Razak, mengapa beliau seolah olah benarkan program di USM itu diteruskan penganjurannya? Muhyiddin dan pihak kementerian boleh sahaja memberikan arahan agar program itu dibatal atas alasan tertentu, mengapa itu tidak dilakukan?

Ketika BN sedang hadapi dua pilihanraya kecil di Pulau Pinang dan Rompin, Tun M terus mengasak kepimpinan dengan isu isu yang nampaknya lebih bersifat peribadi berbanding hujah. USM tidak wajar menjadikan universiti sebagai gelanggang persepsi untuk Tun M melemparkan tuduhan tuduhan negatifnya terhadap kepimpinan negara.

Sebelum hadir ke USM, Tun M telah menjadikan German Malaysian Institute (GMI) sebagai tempat untuk beliau mengkritik kerajaan. Apakah kehadiran Tun M di institusi pengajian swasta itu juga telah mendapat restu dari Kementerian Pendidikan? Hasil kehadiran di GMI itu tersebar berita berita menghentam Najib Razak di Malaysiakini dan portal portal pembangkang.

Lebih buruk lagi, bila ada kempen kempen tidak sihat dibuat oleh media propaganda Tun M seperti Kelab Che Det yang terang terang menjadikan kehadiran Tun Mahathir ke USM itu sebagai subjek untuk mengkritik kepimpinan kerajaan.

Malah, KCD tanpa segan silu mempromosi jualan t shirt Tun M yang bertulis "Dare To Speak Out Dr M" kepada pelajar pelajar universiti di laman facebooknya.

Siapa yang harus dituding jari jika pelajar pelajar USM ini bersikap memberontak terhadap kepimpinan kerajaan suatu hari nanti? Pihak Kementerian, Naib Canselor atau MPP yang harus dipersalahkan? Seronoklah Guan Eng tersenyum melihat Kementerian Pendidikan memberi pisau kepada USM dan pelajar pelajar untuk menikam balik kerajaan dari belakang.


Thursday, 30 April 2015

Mahathir Hanya Guna Sumber 'Kedai Kopi'

Adakah Tun Dr Mahathir sedang mengalami Alzheimer yang merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif?

Mungkin boleh di katakan Tun masih lagi di peringkat awalan untuk terkena penyakit itu.

Penyakit Alzheimer adalah satu keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya dan paling serius ianya boleh mengakibatkan pesakitnya tidak mampu mengurus diri sendiri tetapi Tun masih boleh bergaya kesana kemari walaupun di temani oleh body guard dan pegawai pengiringnya.

Mengapa di syaki bahawa Tun sedang dalam proses mengidapi penyakit Alzheimer ini?

Selain dari faktor umur kerana Alzheimer kebiasaannya menyerang orang yang sudah lanjut usia dan ciri ciri itu ada pada Tun yang kini sudah menjangkau ke usia 90 tahun dan ciri ciri yang jelas ialah Tun kini mudah lupa.

Oleh kerana lemahnya daya ingatan, maka Tun sering membuat teguran tetapi terlupa membuktikan rujukkan mana yang beliau ambil dan dari sumber mana maklumat yang diambil. Sehingga ada ketikanya beliau berkata 'Saya dengar orang kata, maka saya sampaikan' tanpa terlebih dahulu menyiasat duduk sebenar perkara tersebut.


Malah ada perkara yang di bangkitkan oleh pembangkang kini di sampaikan oleh Tun dan Tun sudah menjadi penyampai suara pembangkang.

Setelah gagal didalam serangan beliau terhadap Dato' Seri Najib melalui tulisan blognya, beliau mula menyerang keluarga Dato Seri Najib termasuk isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur. Banyak perkara yang tidak benar Tun sampaikan terutama kononnya Datin Seri Rosmah berbelanja boros, bila di tanya dari mana sumber atau bukti Tun sekadar menjawab 'Orang habaq kat saya'.

Penyokong taksub Tun juga sudah seperti tidak boleh berfikir dengan waras, kemungkinan juga sedang mengalamai proses menghidapi penyakit Alzheimer, apa sahaja yang keluar dari mulut Tun di lihat seperti mendengar wahyu dari langit.

Dengarnya kini Tun di bantu oleh beberapa NGO yang kononnya prihatin terhadap keadaan hari ini. Membuat gerakkan untuk mengatur gerak dan pertemuan untuk Tun menyampaikan apa yang beliau ingin sampaikan, sama seperti ketika gerakan menjatuhkan kepimpinan Tun Abdullah Badawi di sekitar tahun 2008.

Walaupun NGO ini bergabung dengan beberapa NGO lainnya, malah ada NGO ini dikatakan mempunyai ahli teramai dan di serata Malaysia tetapi melihat pada kehadiran di Dewan K Club tempoh hari tidaklah boleh di banggakan, begitu juga dengan kelab penyokong Tun yang kononnya mendapat sokongan beratus ribu pengiat media sosial.

Jika NGO ini hebat didalam persidangan dan perancangan tetapi gagal menghadirkan puluhan ribu pada pertemuan dengan Tun Dr Mahathir pada majlis tersebut amat memalukan Tun sendiri yang bertaraf Negarawan.


Lebih memalukan isu yang di perkatakan didalam pertemuan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanya berkisar 'Depa habaq kat saya'.




Artikel: alang saberi

Monday, 27 April 2015

Skandal Perwaja Steel, Eric Chia Dipaksa Mahathir?

Semasa zaman pemerintahan Mahathir, ketirisan dari segi kewangan berjumlah RM 320 billion telah dapat dikenal pasti. Ironinya, Mahathir “berani” mempertikaikan IMDB yang telah disahkan bersih dari sebarang salahlaku.
Penyata kewangan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah disahkan bersih dan menepati standard laporan kewangan antarabangsa oleh firma audit terbesar dunia, Deloitte.
Berbalik kepada kisah Tun Mahathir lagi.
Mungkin terlalu lama Tun dah memimpin Malaysia, jadi mungkin Tun lupa isu-isu yang pernah berbangkit.
Jadi, apa kata kita imbas kembali ketirisan yang berlaku ketika zaman Tun dahulu?
Ia berhubung salah satu projek mega negara yang telah dirancangkan dan dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir sendiri.
Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau nama asalnya, Perwaja Trengganu Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 1982 dan penubuhannya adalah untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’.
Pengeluar besi waja yang berpangkalan di Terengganu itu dikatakan menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion.
Malah, ia pernah dinyatakan sebagai kos siasatan kes penyelewengan yang paling tinggi dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Dan ia menyaksikan Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam syarikat itu yang melibatkan kerugian RM2.9 bilion.
Itu pun ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri.
Paling menarik, kes berprofil tinggi itu berakhir selepas tiga tahun perbicaraan berlangsung dengan Chia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen setelah pasukan pendakwaan didapati gagal membuktikan kes.
Chia juga pernah memberi kenyataan bahawa beliau menerima tugas di Perwaja kerana bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang menggesanya supaya menerima tawaran tersebut pada tahun 1988.
Kes akhirnya terkubur selepas kematian Chia pada 2008.
Selepas tergempar penyelewengan itu, terbuka lagi penyelewengan baru berhubung isu skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ) yang melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, dari RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion.
Dan individu dan tokoh pemimpin lain yang boleh dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah Tun Mahathir supaya skandal PKFZ Malaysia ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Malah, bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik pernah melemparkan tanggungjawab atas kos dan penilaian tanah daripada PKFZ itu kepada Tun Mahathir kerana kos dan penilaian daripada tanah itu ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu, Tun Mahathir.
Itulah orang kata, jangan buka aib orang kalau takut pekung sendiri terbuka.
Manakala isu 1MDB pula amat jelas dan nyata bersih dari semua penyelewengan. Deloitte dan KPMG iaitu sebuah lagi firma audit terkemuka telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan kewangan 1MDB bertepatan dengan standard laporan kewangan Malaysia serta standard laporan kewa­ngan antarabangsa selain menepati syarat-syarat Akta Syarikat 1965. Beliau berkata, komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan urus niaga 1MDB telah ditunjukkan apabila Ketua Audit Negara diminta mengesahkan akaun syarikat itu selain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan penilaian terhadapnya.
Oleh itu kita mempertikaikan tindakan Mahathir yang begitu rakus dan ghairah memfitnah Datuk Seri Najib dalam isu 1MDB ini. Kami menggesa PM kita mengambil tindakan tegas dengan menyaman Mahathir yang dilihat menghasut  rakyat dengan mengadakan “Road Tour” ke seluruh negara. Rakyat keliru, Mahathir ini ular ke manusia? Walau apa pun dan siapa pun Mahathir, kami tidak mahu bertolak ansur lagi dengan segala kerenah beliau yang merosakkan negara ini.
- See more at: http://www.pru14.tv/2015/04/27/mahathir-wajib-jawab-isu-ketirisan-rm320-bilion-part-iii/#sthash.vympJgKs.dpuf
Ketika zaman pemerintahan Mahathir, ketirisan dari segi kewangan berjumlah RM 320 billion telah dapat dikenal pasti.

Ironinya, Mahathir “berani” mempertikaikan IMDB yang telah disahkan bersih dari sebarang salahlaku.

Penyata kewangan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah disahkan bersih dan menepati standard laporan kewangan antarabangsa oleh firma audit terbesar dunia, Deloitte.

Mungkin terlalu lama Mahathir memimpin Malaysia, jadi mungkin beliau lupa isu-isu yang pernah berbangkit.

Apakah ini bukan ketirisan?

Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau nama asalnya, Perwaja Trengganu Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 1982 dan penubuhannya adalah untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’.

Pengeluar besi waja yang berpangkalan di Terengganu itu dikatakan menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion.

Malah, ia pernah dinyatakan sebagai kos siasatan kes penyelewengan yang paling tinggi dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ia menyaksikan Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam syarikat itu yang melibatkan kerugian RM2.9 bilion.

Itu pun ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri.

Paling menarik, kes berprofil tinggi itu berakhir selepas tiga tahun perbicaraan berlangsung dengan Chia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen setelah pasukan pendakwaan didapati gagal membuktikan kes.

Chia juga pernah memberi kenyataan bahawa beliau menerima tugas di Perwaja kerana bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang menggesanya supaya menerima tawaran tersebut pada tahun 1988.

Kes akhirnya terkubur selepas kematian Chia pada 2008.

Selepas tergempar penyelewengan itu, terbuka lagi penyelewengan baru berhubung isu skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ) yang melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, dari RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion.

Dan individu dan tokoh pemimpin lain yang boleh dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah Tun Mahathir supaya skandal PKFZ Malaysia ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Malah, bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik pernah melemparkan tanggungjawab atas kos dan penilaian tanah daripada PKFZ itu kepada Mahathir kerana kos dan penilaian daripada tanah itu ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu, Tun Mahathir.

Isu 1MDB pula amat jelas dan nyata bersih dari semua penyelewengan.


Deloitte dan KPMG iaitu sebuah lagi firma audit terkemuka telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan kewangan 1MDB bertepatan dengan standard laporan kewangan Malaysia serta standard laporan kewa­ngan antarabangsa selain menepati syarat-syarat Akta Syarikat 1965.

Beliau berkata, komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan urus niaga 1MDB telah ditunjukkan apabila Ketua Audit Negara diminta mengesahkan akaun syarikat itu selain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan penilaian terhadapnya.

Oleh itu kita mempertikaikan tindakan Mahathir yang begitu rakus dan ghairah memfitnah Datuk Seri Najib dalam isu 1MDB ini.


Kami menggesa PM kita mengambil tindakan tegas dengan menyaman Mahathir yang dilihat menghasut rakyat dengan mengadakan “Road Tour” ke seluruh negara. Rakyat keliru, Mahathir ini ular ke manusia? Walau apa pun dan siapa pun Mahathir, kami tidak mahu bertolak ansur lagi dengan segala kerenah beliau yang merosakkan negara ini.

Sunday, 26 April 2015

Anak Mahathir Mempunyai Kepentingan Di Dalam 213 Syarikat?

Bukan sekejap Tun Mahathir pegang Malaysia.
Selepas isu Forex, MAS dan Proton, muncul pula isu kematian seorang juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance(BMF), Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Tun lupa?
Senyap tiada berita.
Jalil Ibrahim seorang juruaudit dan diberi tugas khas mengesan penyelewengan melibatkan RM 2 bilion lebih di Hong Kong melibatkan Syarikat Carrian yang diterajui George Tan.
Kalau Tun masih ingat lagi, Lorrain Esme Osman pernah membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian.
Bagaimana RM2.5 bilion boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan Tun? Bagaimana ia boleh dikeluarkan tanpa penglibatan mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan, senang cerita, Perdana Menteri ketika itu.
Ini tidak termasuk negara terpaksa menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 bilion sebabnya?
Oleh kerana MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Tun Mahathir untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyak RM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, iaitu Mirzan.
Kemudian Tun Mahathir pula terus-terusan berdalih dengan mengatakan bahawa beliau tidak campur tangan dalam transaksi Petronas, KPB dan MISC (Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia).
Betul ke? Takkan mudah syarikat besar mahu salurkan pembiayaan begitu sahaja?
Dan bukankah Kelulusan projek-projek penswastaan berada dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Tun Mahathir selaku Perdana Menteri?
Jangan cerita pasal kroni, jangan cerita pasal nepotism jika tiga orang anak lelaki Tun Mahathir sendiri mempunyai kepentingan langsung dalam 213 syarikat sehingga hujung tahun 2014 dahulu.
- See more at: http://www.pru14.tv/2015/04/25/mahathir-wajib-jawab-ketirisan-rm320-billion-part-ii/#sthash.n6xu1ZxS.dpuf
Bukan sekejap Mahathir pegang Malaysia, 22 tahun.

Selepas isu Forex, MAS dan Proton, muncul pula isu kematian seorang juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance(BMF), Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Tun lupa?

Senyap tiada berita.

Jalil Ibrahim seorang juruaudit dan diberi tugas khas mengesan penyelewengan melibatkan RM 2 bilion lebih di Hong Kong melibatkan Syarikat Carrian yang diterajui George Tan.

Kalau Mahathir masih ingat lagi, Lorrain Esme Osman pernah membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian.

Bagaimana RM2.5 bilion boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan Mahathir? Bagaimana ia boleh dikeluarkan tanpa penglibatan mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan, senang cerita, Perdana Menteri ketika itu.

Ini tidak termasuk negara terpaksa menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 bilion sebabnya?

Oleh kerana MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Tun Mahathir untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyak RM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, iaitu Mirzan.

Kemudian Mahathir pula terus-terusan berdalih dengan mengatakan bahawa beliau tidak campur tangan dalam transaksi Petronas, KPB dan MISC (Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia).

Betul ke? Takkan mudah syarikat besar mahu salurkan pembiayaan begitu sahaja?

Dan bukankah kelulusan projek-projek penswastaan berada dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Tun Mahathir selaku Perdana Menteri?

Jangan cerita pasal kroni, jangan cerita pasal nepotism jika tiga orang anak lelaki Mahathir sendiri mempunyai kepentingan langsung dalam 213 syarikat sehingga hujung tahun 2014 dahulu.