Friday 15 January 2016

Pendedahan Ahli Kelab Anti Najib, Syed Ali Berpaling Tadah?

hiasan
Mereka mendakwa bahawa sesiapa yang menentang ANC ( bukan Kongres Kebangsaan Afrika tetapi Kempen Anti Najib) telah dibeli. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membayar mereka dengan menggunakan RM2.6 bilion ‘war chest’, derma yang diterimanya dari Timur Tengah.

Kini mereka mengakui bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan dari Timur Tengah dan bukannya wang yang dicuri daripada 1MDB – tujuan RM2.6 bilion ini adalah untuk menubuhkan ‘war chest’. Dan ia adalah satu ‘war chest’ bukan sahaja untuk membiayai pilihanraya umum 2013 tetapi juga untuk aktiviti politik yang lain.

Kini, sudah tentu, mereka mendesak untuk tahu bagaimana wang itu dibelanjakan. Adakah sesiapa yang meminta Pakatan dedahkan bagaimana mereka membelanjakan RM1 bilion ‘war chest’ di Pulau Pinang atau RM1.5 bilion ‘war chest’ di Selangor? Bagaimana pula Bersih membelanjakan berjuta-juta derma yang dikumpul daripada orang ramai?

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, ‘cash is king’ dan Najib membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk “membeli” orang-orang dan hampir kesemua 191 ketua bahagian Umno telah dibeli. Adakah ini termasuk Syed Ali Alhabshee yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras? Adakah dia dibeli juga?

Dan jika beliau dibeli, berapa kos Syed Ali? Orang kaya seperti Syed Ali tidak akan berpuas hati dengan hanya RM10 juta, ia terlalu murah untuk orang sepertinya. Kos tersebut sekurang-kurangnya RM50 juta atau RM100 juta jika anda mahu “membeli” beliau.

Bagi ANC, jika anda tidak menyokong langkah untuk menggulingkan Najib maka ianya hanya bermaksud satu perkara: Najib “membeli” anda. Tidak ada penjelasan lain. Tidak pernah terlintas kepada mereka bahawa anda menentang ANC bukan kerana wang tetapi kerana menyerang Najib bermakna anda juga merosakkan Umno dan ini hanya memberi manfaat kepada pakatan pembangkang pimpinan DAP.

Ramai yang telah lupa apabila Dr Mahathir melancarkan serangan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006, kesan kerosakan terhadap Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008 sangat teruk. Sejak dari itu, Barisan Nasional tidak mampu bangun semula, sehingga ke pilihanraya umum 2013 dan seterusnya.

Ini adalah serangan pusingan kedua ke atas Perdana Menteri dan kali ini ramai meramalkan yang Barisan Nasional akan disingkirkan pada pilihanraya umum akan datang jika mereka tidak berhati-hati. Dan ini akan bermakna berakhirnya Umno, memandangkan Barisan Nasional adalah satu pakatan yang diketuai Umno.

Syed Ali dalam laporan berita Malaysiakini di bawah memberi amaran agar orang Melayu tidak menjadi Si kitol DAP. Adakah ini termasuk Si kitol Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir aka M42?

Tidak, saya sangsi yang Syed Ali telah berubah kerana Najib “membeli” beliau. Najib tidak perlu “membeli” beliau walaupun semua orang tahu dia adalah penyokong Muhyiddin Yassin. Najib sedar yang beliau hanya perlu meneutralkan Muhyiddin dan Dr Mahathir maka semua penyokong mereka akan berubah haluan, sama seperti apa yang Syed Ali lakukan.

Syed Ali seorang yang bijak. Beliau tidak segera mengisytiharkan bahawa beliau menyokong Najib. Mula-mula beliau memberitahu orang Melayu supaya berhati-hati tentang menjadi Si kitol DAP. Jika tidak maka orang Melayu akan hilang kuasa politik kepada Pakatan Harapan pimpinan DAP. Kemudian, pada peringkat kedua, beliau akan memberitahu orang Melayu agar berhati-hati dalam menjatuhkan Najib kerana ini akan menjejaskan Umno dan boleh menyebabkan gabungan pimpinan DAP itu mengambil alih kerajaan persekutuan.

Jadi ia tidak akan dilihat seolah-olah beliau telah bertukar arah. Beliau hanya mengambil berat tentang orang Melayu mungkin kehilangan kuasa politik kepada Cina.

Apabila Syed Ali menyertai ANC beliau tidak pernah mengambil kira perkara ini. Dia tidak pernah menganggap bahawa menyingkirkan Perdana Menteri akan menjejaskan Umno dan Barisan Nasional. Sekarang bahawa ANC telah kalah dan Najib masih memegang jawatan, dan akan terus berada di Putrajaya sehingga pilihanraya akan datang pada 2018, Syed Ali telah berubah hati.

Ini bukan soal orang Melayu sama sekali. Ini adalah mengenai mengubah kedudukan dan meninggalkan pihak yang kalah untuk bersama dengan pihak yang menang. Mereka ini juga akan bekerjasama dengan Israel dan Barat menentang umat Islam jika mereka boleh membuat lebih banyak wang dengan cara tersebut.

Ramai taikun perniagaan Cina, India dan Melayu diselamatkan, seperti Syed Ali. Pada tahun 2014, kroni kapitalis – yang menghasilkan berbilion-bilion ringgit apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri – semua berkumpul untuk menubuhkan ” RM2 billion-ANC war chest” untuk berlawan dengan RM2.6 bilion “war chest” Najib.

Selepas membelanjakan RM2 bilion tersebut dalam tempoh satu tahun 2015, kini mereka sedar bahawa perjuangan telah berakhir. Orang-orang seperti Vincent Tan cuba untuk menjual asetnya di Singapura. Orang lain seperti beliau cuba lakukan perkara yang sama.

Mereka sedar bahawa pintu ke Putrajaya tertutup kepada mereka selama-lamanya. Najib hanya perlu sekat segala apa yang mereka cuba lakukan. Dan yang sedang dilakukan semasa anda membaca ini. Mereka hanya menunggu masa untuk kehilangan segala-galanya yang mereka usahakan selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Jadi mereka cuba menyelamatkan dengan menjual seberapa banyak yang mereka boleh sementara masih mempunyai nilai.

Walaupun Francis Yeoh cuba menafikan, di Malaysia, anda tidak boleh melakukan perniagaan yang besar berbilion ringgit jika anda berada di pihak yang salah di Putrajaya – melainkan jika anda mahu hanya menubuhkan kopitiam. Apabila anda berada di pihak ‘salah’ maka amat sukar untuk kembali ke pihak yang betul. Walaubagaimanapun Syed Ali mahu melihat sama ada beliau boleh ‘dikecualikan” daripada peraturan ini.

Selamat berjaya kepada beliau. Walau bagaimanapun saya akan mencadangkan beliau membaca talkin (doa kematian).
Anda hanya akan jadi tukang sorak dalam DAP, orang Umno memberi amaran kepada orang Melayu

(Malaysiakini) – Seorang pemimpin Umno memberi amaran kepada orang Melayu supaya tidak dibutakan oleh cita-cita politik dan terpedaya dengan tawaran dari DAP.

Syed Ali Alhabshee mendakwa rancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu di beberapa kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang adalah tidak lebih daripada satu “smokescreen” untuk mengaburi “perkauman” itu.

Ketua Umno Bahagian Cheras berkata majoriti pemimpin-pemimpin tertinggi DAP adalah Cina manakala orang Melayu hanyalah tukang “sorak” semata-mata.

“Saya berharap tidak ada pemimpin Melayu yang gila untuk menjadi YB (wakil rakyat) jatuh ke dalam perangkap dan digunakan oleh DAP untuk memecahbelahkan orang Melayu,” katanya dalam satu catatan blog.

Syed Ali berkata DAP kini lebih agresif dalam merekrut calon Melayu yang sanggup menjadi “obedient sidekicks” selepas hubungan politik dengan PAS berakhir.

Dalam pilihan raya sebelum ini, beliau berkata, DAP berjaya mendapatkan undi Melayu kerana kerjasama dengan parti Islam itu.

Tanpa menapis kata-katanya, orang Umno tersebut lantang mengkritik orang Melayu yang menyertai DAP, menuduh mereka “menjual diri mereka sendiri dan maruah bangsa” untuk ganjaran politik.

Baru-baru ini, satu kajian mendapati bahawa kempen fitnah oleh Umno dan kritikan keras daripada PAS telah menyebabkan Melayu di kawasan luar bandar marah dan tidak percaya terhadap DAP.

DAP sering dituduh cuba melemahkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia, tuduhan yang pemimpinnya tolak.

‘PKR hanya berjuang untuk Anwar’

Menjawab kajian itu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata ia adalah membimbangkan.

“DAP tidak pernah ditubuhkan untuk menjadi parti untuk orang Cina atau mana-mana komuniti tertentu tetapi untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah – dan ia adalah betul-betul laknat dalam DAP untuk sesiapa sahaja menjadi anti-Islam atau mana-mana agama lain,” Lim.

Sementara itu, Syed Ali turut membidas PKR, menolak slogan ‘ranapkan (demolish) Umno’ sebagai tidak lebih daripada gimik politik.

Beliau mendakwa bahawa perjuangan sebenar PKR adalah untuk kepentingan politik bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.

“PKR lantang tentang beberapa isu, bukan kerana mahu membela rakyat tetapi semata-mata untuk menabur fitnah bagi menarik perhatian,” kata Syed Ali.