Wednesday 27 May 2015

Rahsia Pertemuan Tun M Dengan Anak Tun Dr. Ismail

Remember how Mahathir often liked to say that the major decisions of his administration were often made after consulting his Cabinet ministers and obtaining their consensus?

Mohamed Tawfik, the son of the late deputy prime minister Tun Dr Ismail Abdul Rahman, has a different take on this.

Tawfik was dropped as an Umno MP in 1990. When asked how that happened, he explains in the cover story of The Edge, Options pullout (for the week of 26 January 2009):
Mahathir called me into his office before the election. I was with my journalist friends when he called, so they started joking that I was going to be made a deputy minister.

Sorry to disappoint them… I went to see Mahathir and the first thing he said was, ‘You know, not every son can be like the father.’…

I thought to myself, bloody insult! 

 Then he continued, ‘All of my backbenchers have to be people who stand up when I walk in, thump the tables and say, long live Mahathir. And my ministers are not supposed to think for themselves. I think, and they do what I want them to do.’

I’m thinking that this man does not seem to have a very high opinion of his ministers. He actually says, ‘I don’t want intelligent, honest, hardworking people in politics. People like you should be in business.’ Well, that was a backhanded compliment. He told me to come and see him after the election to see what they could do together.

I said, ‘Datuk Seri, in all honesty, I don’t have any capital to start any business and I’m not tuned in to making money.’

He said, ‘After elections, you come and talk.’

I felt he didn’t give me enough time to mull it over. I thought to myself, what could I say to him that would buy me some time and collect my thoughts? So I said, ‘What about Datuk Shahrir (Abdul Samad, now minister of domestic affairs)?’

And he went on for 40 minutes. He didn’t like Shahrir.

So, while he was talking, I made notes.

After he stopped talking, he asked if there was anything else.

I said, ‘Datuk Seri, the best years of my life in politics were when I was fighting you.’ And then, I walked out. It gave me a big smile to walk out, and I felt good doing it.

Saturday 23 May 2015

Tim Media Sosial Pro Tun M Dibekal Dana Untuk Jatuhkan Perdana Menteri?

Seperti artikel terdahulu, tim media pro Tun M semakin bertambah agresif menyusun strategi asakan supaya matlamat tercapai seiring dengan hasrat Tun M ingin melihat Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.

Menurut sumber, d
ua kumpulan yang terdiri daripada tim media senior, menerusi terbitan artikel di laman sesawang sendiri seperti K.Jasin, Zam Maidin, Apa Nama dan Outsyedthebox. Tim senior dan elit ini diketuai oleh K.Jasin.

Manakala
tim kedua terdiri daripada pemilik laman sesawang yang dahulunya adalah Pro Najib dan menurut sumber, ada di antara mereka masih lagi mendapat tempat dalam beberapa projek khas seperti Permata Negara.

Tim kedua lebih banyak menyerang Najib dengan menggunakan laman sosial facebook dan blog yang bersifat sementara.

Tim kedua diketuai oleh kelab peminat maya facebook yang mempunyai ratus ribuan pengikut. Mereka menggunakan nama ‘Kelab Che Det’. Turut membantu jentera serangan adalah sebuah lagi kelab peminat maya facebook yang menggunakan nama ‘Saya Sayang Tun M’. Juga mempunyai ratus ribuan pengikut.

Menurut sumber, peringkat awalnya Kedua Kelab Penyokong Maya tersebut mendapat dana daripada penyewaan ruang status.

Pelanggan membayar mengikut jumlah artikel yang dimuatnaik di laman mereka. Pelanggan mereka 100% terdiri daripada pemilik laman sesawang seperti portal dan blog yang inginkan tulisan dan isu yang dibawa disebarkan kepada sejumlah pengikut yang ramai. Menurut sumber dalaman nilai sewaan menjangkau anggaran sehingga RM3000 sebulan bergantung kepada jumlah keluaran.

Ada sumber mengatakan
kedua kelab maya tersebut tidak berdaftar dengan ROS dan juga ROC. Bertahun mereka menjalankan perniagaan melalui talian tanpa membayar cukai.

Menurut sumber lagi, hasil pendapatan yang diperolehi mampu membiayai pekerja seramai lebih 20 orang dengan elaun minima sebanyak RM3000 seorang.

Setelah berlakunya krisis antara Tun M dan Datuk Seri Najib maka pendapatan mereka mulai merosot. Pelanggan besar mereka berhenti menyewa dan juga mereka hentikan sewaan di atas dasar tidak sehaluan pendapat mengenai krisis ini.

Sumber menjelaskan bahawa kini kemungkinan dana untuk membiayai serangan terhadap Najib dikatakan datangnya dari ahli perniagaan yang pro Tun M?

Apakah Daim Zainuddin dan
syarikat milik anak-anak Tun M terlibat dalam pembiayaan dana khas untuk tumbangkan Najib?

Kelab Che Det dan Saya Sayang Tun digesa tampil memberi penjelasan berhubung berita yang sedang hangat berlegar di laman social facebook ini. Terutama isu mereka bukan persatuan berdaftar yang bebas menerima dana?

Hangat juga di laman facebook apabila kisah salah seorang pengendali laman tersebut dipecat dari tugas penerbitan status kerana didapati mengambil wang pelanggan cara haram setiap bulan tanpa pengetahuan Presiden Kelab?
 
Pihak Daim dan syarikat milik anak Tun M juga diseru tampil menafikan berita dari laman media sosial tersebut.
 
 

Tuesday 19 May 2015

1MDB: Pengerusi REHDA Tidak Membantu Memberi Penjelasan?

Isu 1MDB banyak berkisar tentang pelaburan hartanah dan juga bisniz venture yang lain. Kecewa apabila mereka yang terlibat di dalam dunia perniagaan yang seumpamanya mengambil sikap berdiam diri.

Isu Tabung Haji membuat pelaburan hartanah di Tun Razak Exchange menjadi topik hangat apabila ada pihak mengambil kesempatan memutarbelit fakta sebenar tentang dunia pelaburan di dalam sektor hartanah.

Pihak yang tampil membuat cerita sehinggakan menimbulkan persepsi buruk adalah pihak yang tidak mempunyai asas langsung di dalam sektor pelaburan hartanah. Mereka hanya bijak memanipulasi keadaan demi kepentingan politik dan juga peribadi.

Ulasan yang tidak logik digunakan menyebabkan terdapat penyimpan wang deposit Tabung Haji mengeluarkan simpanan mereka. Orang kampung menjadi mangsa kerana termakan dengan hasutan yang di olah seperti ada sahihnya.

Menurut sumber, Pengerusi REHDA, Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato Mohamed Mansor atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri FD Iskandar merupakan antara individu yang mendapat kepercayaan Datuk Seri Najib terutamanya di dalam hal ehwal parti politik di Selangor. Beliau juga begitu mahir di dalam sector pelaburan hartanah.


Sepatutnya FD Fateh membuat kenyataan berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pelaburan hartanah.

Kenapa FD Iskandar mengambil sikap membisu?

Menurut sumber terbaru, beliau antara penyokong kuat pegawai khas Muhyiddin Yasin semasa bertanding di jawatan Ketua UMNO Bahagian di dalam Selangor.

Monday 18 May 2015

Tun M Perguna ‘Doa Siti Hasmah’ Untuk Menarik Simpati

Terpukul kewibawaan seorang Negarawan yang dihormati sekelian alam apabila cubaan memalukan Datuk Seri Najib gagal lagi. Isu pengumuman perletakan jawatan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia memakan diri Tun M sendiri.

Sebaik sahaja memijak bumi Malaysia, Tun M kelihatan tidak sabar untuk membawa perkhabaran gembiranya kepada penyokong yang setia menunggu di sebuah hotel di Ipoh. Khabar bahawa Speaker Parlimen Malaysia meletak jawatan dan beliaulah orang pertama yang bertemu dengan Pandikar Amin Mulia.

Kegembiraan Tun M dan pengikutnya hanya bertahan sementara sahaja apabila Pandikar membuat penafian bahawa itu semua fitnah.

Tun M sendiri mengaku bahawa beliau terasa amat malu dengan penafian tersebut dan membuat kenyataan bahawa Pandikar seperti menipu beliau. Pandikar sendiri mengaku ada bertemu Tun M tetapi bukan kerana masalah meletak jawatan.
 
Tim media sosial pro Tun M dengan segera memainkan cerita yang belum pernah rakyat Malaysia dengar sebelum ini. Isteri Tun M, Siti Hasmah diseret buat pertamakalinya dalam serangan terbaru Tun M dan pengikutnya. Kisah Siti Hasmah berdoa munajat di hadapan Kaabah menghiasi laman sosial milik pro Tun M.
Doa Hasmah supaya Perdana Menteri “tidak buat sesuatu yang tidak baik terhadap Islam”.

Sepanjang 22 tahun Tun M memerintah Malaysia, inilah kali pertama Tun M dilihat terpaksa mengheret isterinya terlibat di dalam gerakan menjatuhkan seorang Perdana Menteri. Penganalisa politik berpendapat, Tun M sudah kehabisan modal dan kehilangan arah dalam merangka strategi menjatuhkan Najib.
 
Strategi menyeret Siti Hasmah ini bukanlah pertama kali? Masihkah rakyat malaysia ingat bagaimana majoriti wakil rakyat Kedah menolak Sanusi Junid sebagai Menteri Besar? Bertanyalah kepada kesemua Adun yang dipanggil mengadap Tun M ketika itu. Siapakah yang ada bersama di dalam bilik Tun M?
 
Benarkah Siti Hasmah berdoa di hadapan Kaabah dengan doa khas atau hanya gimik murahan tim media pro Tun M?
 
Mungkin selama 22 tahun rakyat Malaysia tidak sedar siapakah sebenarnya yang banyak campurtangan di dalam diam dan mungkin ada logiknya bila melihat anak-anak Siti Hasmah kaya megawan kesemuanya.

Permintaan halus seorang isteri mampukah ditolak oleh seorang suami? Dan permintaan apakah yang selayaknya selain daripada ingin melihat kesemua zuriat kaya megawan?

Pegawai Khas Najib Pro Tun M?

Sudah terang lagi nak bersuluh. Najib diserang dari semua arah. Tun M dengan siri ceramah di serata negeri dan media sosial yang pro Tun M secara konsisten mencipta gelombang persepsi tentang isu yang sedang hangat diperkatakan.

Isu 1MDB, BR1M dan juga isu peribadi isteri Perdana Menteri.

Ironinya semua isu tersebut telah dijawab secara rasmi melalui laman sesawang rasmi kepunyaan setiap entiti yang menjadi mangsa fitnah. Tetapi semua jawapan tersebut sengaja tidak diendahkan oleh Tun M dan rangkaian media sosial pro beliau.

Menjadi persoalan utama, menurut sumber tim media sosial pro Tun M terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan penulis senior diketuai oleh Zam Maidin dan kumpulan blogger robust diketuai oleh blogger yang selama ini menggunakan nama negeri di utara sebagai platform pemberitaan mereka?

Mereka dikatakan sentiasa mendapat berita eksklusif tentang program Permata Negara.

Satu penjelasan rasmi perlu dibuat oleh Pegawai Khas isteri Perdana Menteri kerana menurut sumber juga, mereka kini sudah menjadi perancang utama di dalam gerakan menjatuhkan Najib?

Modus operasi mereka nampak licik dengan menyerang menggunakan blog atau portal bersifat sementara. Di dalam waktu yang sama mereka menyebarkan persepsi negatif melalui blogger tertentu dan akaun facebook yang mengguna pakai nama samaran tertentu.

Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri kena perjelaskan apa hubungkait beliau dengan blog dan portal tersebut kerana dilihat begitu sukar untuk nasihatkan mereka. Juga perlu diperjelaskan bahawa mereka sudah diberhentikan kontrak penerbitan berita Permata Negara.

Kebiasaannya ada dua perkarà sahaja yang menyebabkan manusia terus menipu dan salah satu daripadanya adalah beliau juga turut menikmati faedahnya.

Penggiat Media mula bertanya, siapakah pemilik portal tersebut dan siapakah penulis tanpa nama yang begitu aktif menyebarkan reka fitnah terhadap Perdana Menteri.


Terbaru, pemilik portal dan blogger tersebut sentiasa mengikuti program Bicara Negarawan dengan alas an untuk mendapatkan bahan berita. Jelas, mereka tidak pernah keluarkan apa-apa berita atau artikel berhubung penipuan Tun M dalam siri ceramahnya.

Sunday 17 May 2015

Skandal RM3juta; Penggiat Media Sosial Pro BN Ditipu Blogger 'OutSyedTheBox'?

Hangat dan perlu penjelasan segera dari kumpulan blogger yang dikenali sebagai Blogger Elit dan memakai nama "Blog House" dalam penghasilan artikel mereka.

Benarkah kumpulan ini mendapat peruntukan RM 3juta atau Blog House mereka dipertanggungjawabkan untuk menjaga blog dan portal pro BN dengan peruntukan tersebut.

Menurut sumber, mereka menggunakan program penggiat media sosial bersama Najib dan Tun M hanyalah sebagai lakonan. Mereka tunjukkan kepada Najib bahawa peserta yang datang ini adalah penggiat media yang di bawah jagaan mereka.

Hasil dari lakonan tersebut, kumpulan yang diketuai oleh blogger "Outsyedthebox" mendapat dana permulaan sebanyak RM3juta yang kononnya bakal menjaga kebajikan penggiat media pro BN yang lain.

Menurut sumber lagi, belum sampai 6 bulan, dana RM3juta habis dan tidak pernah di auditkan sehingga kini.

Benarkah alkisah ini atau hanya bisik bisik kedai kopi. Presiden Blog House harus memberi penjelasan.

Yang datang ketika majlis penubuhan blog house tersebut ramai yang mengisi borang keahlian dan tidak pernah dipanggil untuk hadir mesyuarat agong.

Penjelasan berhubung RM3juta perlu dibuat secepat mungkin supaya mendapat kesahihan berita ini benar atau sekadar fitnah.

Portal "The Mole" bukan sekadar tiada dalam kedudukan carta top 10 negara tetapi hanya lakonan untuk buat alat tarik duit?


Keterangan gambar: Outside atau Auta Syed di Ipoh menunggu Tun M

Friday 1 May 2015

Orang Kubang Pasu Dah Lama Dah Tolak Mahathir

Tidak ramai yang sedar Tun M selalu menyerang kepimpinan Pak Lah dan Najib ketika musim mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian.

Sewaktu serangan ke atas Pak Lah dulu, Tun Mahathir bertanding merebut tempat perwakilan G7 UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Dalam pemilihan tersebut, Tun M tumpas. Hanya dapat 227 undi dan berada di tempat ke -9. Anaknya Mukhriz menang dan berada di tempat ke-5.

Perwakilan UMNO Kubang Pasu memang terkesan dengan lirik lirik lagu Setia "kepada pemimpin kepada rakyat.. khidmat diberi penuh taat". Mereka lebih taat kepada Pak Lah pada masa itu berbanding Mahathir.

Mahathir kalah, Mukhriz menang. Ramai perwakilan yang kata "anak bunuh bapa" bila keputusan itu keluar. Kalau Mukhriz tidak masuk, tentu peluang Mahathir menang akan lebih besar.

Kini, Tun Mahathir menyerang lagi. Musim yang sama iaitu pada musim mesyuarat cawangan dan bahagian. Amat berbeza sekali, serangan dulu dan sekarang.

Dulu ada usul dan gelombang di peringkat cawangan. Kini tiada, majoriti ahli UMNO tidak bertepuk pun menyambut tamparan tamparan Mahathir itu.

Boleh dikira dengan jari individu yang membeli bila Mahathir menjual. Rata ratanya ada kes dan skandal. Orang orang itu yang memenuhi K Klub tempoh hari.

Siri perjumpaan yang dibuat Mahathir dulu secara jelas membuktikan Mahathir dalam masa yang sama bercakap untuk kepentingan anaknya. Dalam salah satu perjumpaan, Mahathir menyalahkan Pak Lah kerana tidak memberi peluang kepada anaknya bersaing dengan sama rata.

Bila Mahathir menyerang sekarang, ramai yang kata serangan itu sebenarnya seumpama "bapa membunuh anak". Serangan Mahathir membuatkan Mukhriz berada dalam keadaan ditelan mati bapak, diluah mati anak.

Kedudukan Mukhriz di Kedah yang baru sepenggal sudah tergugat. Pencapaian pun tidak seberapa. Lebih sibuk bermain badminton di Mentaloon dari melawat rakyat di kampung kampung. Hujung minggunya di Kuala Lumpur bukan berada dalam lumpur bersama rakyat.

Oleh kerana itulah, Muhkriz terpaksa mencari tapak baru di Jerlun bukannya di Kubang Pasu. Bertanding lawan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu pun kalah pada tahun 2004. Kalah dengan taukeh beras.

Bukan taukeh beras yang jadi faktor kekalahan Muhkriz tetapi orang Kubang Pasu sebenar sudah letih dan jemu dah melayan karenah Mahathir di Kubang Pasu. Anaknya pun ditolak di Kubang Pasu.

Itu bukti, orang Kubang Pasu sudah lama tolak Mahathir. Jika dilihat pembangunan di Kubang Pasu, Jitra dan Bukit Kayu Hitam ianya tidak mencerminkan kawasan itu pernah diwakili oleh Perdana Menteri yang 22 tahun memerintah.

Kalau diselak dan diteropong betul betul akan terjumpa rakyat yang masih susah dan miskin di kampung. Mereka ini tidak mendapat nikmat BR1M pada zaman Mahathir. Kepada yang baru memuja dan menyembah nama Mahathir kini, malulah sikit dengan orang Kubang Pasu.

Mereka sudah kenal Mahathir lama dah. Itu belum dicerita bab Perwaja lagi. Pernah dengar Mahathir jelaskan pada rakyat isu Perwaja? Tunggulah kisah seterusnya.

KCD Pertubuhan Haram Atau Sah?

Semalam, ada satu tulisan menyebut bahawa Kelab Che Det (KCD) adalah satu pertubuhan yang tidak sah dari segi undang undang negara.

Difahamkan, kelab tersebut telah cuba untuk menerobos masuk ke program Tun M di USM hari ini tetapi telah dihalang oleh pihak keselamatan universiti.

Jika benar KCD bukanlah satu pertubuhan haram maka silalah tunjukkan nombor pendaftaran kelab sama ada dalam status Register Of Society / Youth atau pun nombor pendaftaran syarikat. Kalau KCD didaftar atas nama persatuan khairat kematian, di mana sijil pendaftarannya?

Jika KCD secara berterusan membuat tohmahan dan tulisan yang berbaur hasutan terhadap kepimpinan negara, kelab tersebut boleh dikira cuba menganggu keharmonian rakyat majoriti untuk berdemokrasi.

Dalam amalan demokrasi, jika suatu badan itu tidak sah dari segi undang undang maka ianya jelas sekali melakukan satu kesalahan bila membuat tulisan tulisan yang cuba menjatuhkan kepimpinan kerajaan.

Bagi menghormati undang undang negara, KCD perlu kemukakan bukti yang mereka bukanlah satu pertubuhan haram di negara ini.

Muhyiddin Restu Tun M Berucap Di USM?

Siang tadi Tun Mahathir berucap di USM dalam program Mendepani Pemikiran Tun Mahathir di Dewan Tuanku Syed Putra. Program tersebut dihadiri oleh 3,000 orang pelajar.

Ada pihak sudah menjadikan angka kehadiran 3,000 itu sebagai satu tanda sokongan kuat terhadap Tun Mahathir yang ketika ini mengkritik kepimpinan Perdana Menteri secara terbuka. USM secara tidak langsung sudah menjadi tempat berkempen Tun M untuk meraih sokongan daripada rakyat.

Ada sumber menyatakan, beberapa orang pelajar sudah mula bersikap taksub dengan bekas Perdana Menteri itu. Mereka mulai bersikap kritikal dan mempercayai bulat bulat apa yang ditulis di blog Che Det.

Apa yang pasti, pihak pentadbiran tertinggi Universiti Sains Malaysia seolah olah tidak gentar dan berasa bersalah menjemput Tun Mahathir ke program terbabit. Apakah pihak USM berani berbuat demikian jika tidak mendapat restu daripada Kementerian Pendidikan?

Program tersebut boleh dibatal dan ditangguhkan sebanyak 3 kali sebelum ini kerana alasan kesihatan Tun Mahathir. Apakah program yang sama tidak boleh ditangguh lagi sekali?

Jika Muhyiddin menyokong penuh kepimpinan Najib Razak, mengapa beliau seolah olah benarkan program di USM itu diteruskan penganjurannya? Muhyiddin dan pihak kementerian boleh sahaja memberikan arahan agar program itu dibatal atas alasan tertentu, mengapa itu tidak dilakukan?

Ketika BN sedang hadapi dua pilihanraya kecil di Pulau Pinang dan Rompin, Tun M terus mengasak kepimpinan dengan isu isu yang nampaknya lebih bersifat peribadi berbanding hujah. USM tidak wajar menjadikan universiti sebagai gelanggang persepsi untuk Tun M melemparkan tuduhan tuduhan negatifnya terhadap kepimpinan negara.

Sebelum hadir ke USM, Tun M telah menjadikan German Malaysian Institute (GMI) sebagai tempat untuk beliau mengkritik kerajaan. Apakah kehadiran Tun M di institusi pengajian swasta itu juga telah mendapat restu dari Kementerian Pendidikan? Hasil kehadiran di GMI itu tersebar berita berita menghentam Najib Razak di Malaysiakini dan portal portal pembangkang.

Lebih buruk lagi, bila ada kempen kempen tidak sihat dibuat oleh media propaganda Tun M seperti Kelab Che Det yang terang terang menjadikan kehadiran Tun Mahathir ke USM itu sebagai subjek untuk mengkritik kepimpinan kerajaan.

Malah, KCD tanpa segan silu mempromosi jualan t shirt Tun M yang bertulis "Dare To Speak Out Dr M" kepada pelajar pelajar universiti di laman facebooknya.

Siapa yang harus dituding jari jika pelajar pelajar USM ini bersikap memberontak terhadap kepimpinan kerajaan suatu hari nanti? Pihak Kementerian, Naib Canselor atau MPP yang harus dipersalahkan? Seronoklah Guan Eng tersenyum melihat Kementerian Pendidikan memberi pisau kepada USM dan pelajar pelajar untuk menikam balik kerajaan dari belakang.