Sebenarnya Nurul Hidayah Zahid ini
merupakan antara belia yang tidak “fake”. Walaupun beliau merupakan anak
kepada VVIP namun beliau sebenarnya mewakili suara belia bandar yang
tidak 100% sempurna (more human).
Tidak dapat dinafikan bahawa beliau
mempunyai banyak kekurangan yang membuatkan beliau sering menjadi
sasaran parti pembangkang. Teguran yang diberi oleh para netizen boleh
diambil secara positif sekiranya beliau merupakan seorang yang terbuka.
Sesungguhnya manusia tidak lekang dari
silap dan salah selagi ianya tidak memudaratkan orang lain maka langkah
pembaikan sentiasa dialu-alukan.
Tabiat menghisap rokok elektronik atau
lebih dikenali sebagai vape kini sudah menjadi satu trend terutamanya
kepada perokok sebagai alternatif untuk berhenti merokok yang
menggunakan tembakau atau sekadar suka-suka.
Jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia
dikatakan dapat membantu menjimatkan duit berbanding menggunakan rokok
tembakau selain baunya tidak busuk jika dihidsap ditempat awam.
Namun keburukan vape ini ialah apabila
ada mereka yang tidak merokok menjadikanya sebagai satu tabiat baru dan
apa yang lebih tidak manis ianya digunakan oleh golongan wanita dan
remaja bawah umur.
Jika dari segi masalah moral, sama juga
seperti merokok, etika perundangannya sama juga seperti rokok di mana ia
tidak boleh digunakan oleh remaja berumur 18 tahun kebawah.
Tapi apapun yang sebaik-baiknya ialah tidak mengamalkan kedua-dua tabiat ini iaitu tidak merokok dan juga tidak menghisap vape.
Jadi, untuk menggalakkan hal ini
perlulah ada kempen atau contoh ikutan daripada mana-mana tokoh atau
orang yang diangkat sebagai ikon.
Tetapi yang sedikit panas ketika ini
ialah seorang yang diangkat sebagai ‘Ikon Belia’ yang sepatutnya memberi
contoh yang baik kepada masyarakat sebaliknya mempromosi
perkara-perkara yang tidak sepatutnya ini.
Kerana tindakannya menghisap dan
mempromosi vape ini di dalam laman Istagramnya, seorang pengguna laman
sosial bernama Firdaavinci Azmi telah memuatnaik ke laman facebooknya
surat terbuka yang ditujukan kepada Dato Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang
merupakan Ikon Belia Negara.
Berikut adalah apa yang ditulis beliau,
Isu e-cigarets merupakan antara isu yang
hangat di perbincangkan semasa kini. Dari sudut halal haram produk ini
dari pandangan ilmuan Islam sehingga kepada kesan jangka panjang
penggunaan vape ini masih di dalam proses kajian.
Hasil kesimpulan beberapa kajian terkini
ada menyebut penggunaan vape ini adalah “amat tipis” untuk TIDAK
membawa apa apa kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Cuba
anda bayangkan, cecair nikotin dengan pelbagai bahan kimia tambahan
lain, diserap ke paru paru untuk jangka masa panjang, sudah tentu,
sedikit atau banyak, ada kesan yang negatif yang akan memberi kesan
kepada tubuh badan suatu hari nanti.
Tahukah anda, kesan buruk merokok kepada
manusia hanya di temui setelah berpuluh tahun kajian dilakukan. Kajian
terkini juga ada membuktikan vape merupakan “pintu masuk” atau permulaan
kepada ketagihan barangan terlarang lain seperti ganja,heroin dan syabu
terutamanya kepada golongan remaja. Kajian yang menyatakan e cigaret
boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok merupakan kajian
yang telah biayai oleh syarikat tembakau antarabangsa. Cuba fikir
fikirkan, mengapa mereka mahu membiayai kajian sedemikian?
Menurut perangkaan, 1.4% wanita dewasa
di Malaysia merupakan perokok berbanding 38% di kalangan lelaki. Jika
dahulu, wanita, khususnya wanita melayu amat berselindung dan berhati
hati untuk menunjukkan sebagai imej “perokok”. Tetapi dengan peningkatan
populariti Vape sebagai satu trend terkini dan “cool”, kemungkinan
lebih lebih ramai wanita akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat
tersebut. Kini bukan sahaja wanita, malah kanak kanak turut terdedah
untuk mencuba dan seterusnya terus di belenggu oleh bahana perangkap
Nikotin yang mempunyai fungsi dan kesan ketagihan yang sama seperti
dadah yang lain.
Kementerian kesihatan dan pelbagai
agensi lain berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia
dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen “Tak Nak”,
mewujudkan kawasan zon bebas asap rokok untuk melindungi mangsa asap
rokok pasif dan menawarkan rawatan untuk berhenti merokok di klinik
berhenti merokok di Semua fasiliti kesihatan di Malaysia. Kini, dengan
kehadiran “Vape/ e cigaret “, seluruh warga KKM sewajarnya bersedia,
mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan dan
hujah hujah lantang “vaper” yang bagaikan menegakkan benang yang basah.
Saya menghormati hak kebebasan Dato
untuk mengekspresikan pendapat, berkongsi ideologi dan memaparkan gaya
hidup di media sosial yang merupakan satu ruang perkongsian terbuka
untuk semua masyarakat.
Di atas tanggungjawab sosial yang Dato
miliki sebagai “Ikon Belia” saya menyarankan agar Dato dapat
menghentikan tabiat pengambilan nikotin menggunakan peralatan elektronik
yang digelar ” Genius Machine” tersebut serta menghentikan advokasi
penggunaan Vape sebagai salah satu gaya hidup yang cool .
Sebagai ikon belia, tindak tanduk Dato
mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia.
Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkkn untuk
mempromosikan cara hidup sihat.
Salam sihat tanpa asap rokok. – Firdaavinci Azmi